Anda di halaman 1dari 5

TANGGAL 11 September 2012 merupakan hari bersejarah kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan Laporan awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang merangkumi 11
anjakan utama bagi mengubah sistem pendidikan negara. Pelaksanaan PPPM ini telah
dibahagikan kepada tiga gelombang utama atau peringkat pelaksanaan bermula 2013-
2015 (Gelombang 1) 2016-2020 (Gelombang 2) dan 2021-2025 (Gelombang 3).

Perubahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada hari ini adalah bertitik tolak
kepada usaha generasi awal melalui Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan
Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta
Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010) dengan matlamat untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setaraf
dengan negara luar yang lebih relevan dan mapan kearah pendidikan abad ke-21 serta
mempersiapkan generasi muda untuk menyahut cabaran masa depan yang kian
mencabar amnya di Malaysia dengan melangkaui matlamat Wawasan 2020.

Seperti yang kita sedia maklum PPPM ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus
iaitu:

i) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan


memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
ii) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem
pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
iii) Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif
merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi
permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan
menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya telah banyak memberikan jasa dan
membuahkan pelbagai kejayaan. Namun begitu, kejayaan ini tidak menghalang
kerajaan dari melakukan agenda perubahan (taghyiri) yang lebih bermakna. Maka
terhasillah PPPM.

Dalam PPPM juga telah mengambil maklum bahawa isu pendidikan yang dibicarakan
tidak hanya menyangkut soal cabang dan ranting, tetapi ianya turut menggugat esensi
pendidikan sebagai proses memanusiakan manusia dan pengutuhan sumber daya
insani seperti yang termaktub dalam 5 Aspirasi Sistem Pendidikan.

Kita mengharapkan, melalui PPPM ini perubahan sistem pendidikan yang mengambil
kecenderungan untuk more testing than educating yang mana prestasi pelajar diukur
melalui medan peperiksaan sebagai ukuran kualiti dan penentu masa depan dapat
diubah untuk mencapai 6 Aspirasi Murid yang telah dirancang dengan memberi
pengetahuan yang mendalam kepada pelajar, membentuk pelajar berkemahiran berfikir
aras tinggi, melahirkan pelajar yang mempunyai penguasaan kemahiran dwibahasa,
memupuk sikap dan berkemahiran kepimpinan dalam jiwa seorang pelajar, menanam
sikap identiti nasional dan menerapkan semangat etika dan kerohanian sejajar dengan
PPPM 2013-2025.

Ini kerana sistem pendidikan lama ini hanya mementingkan markah dan gred yang
secara tidak langsung mengabaikan pembentukan diri manusiawi seorang pelajar.
Orientasi ini membawa pelbagai implikasi negatif terhadap misi pembinaan insan
secara utuh, bersepadu dan seimbang dalam mencapai pendidikan yang berkualiti.

Persoalannya, adakah selepas 2025 Negara mampu melahirkan ilmuan yang berani
bersikap, berakhlak tinggi serta mempunyai kekuatan intelektual dan keaslian fikiran?
Apakah sistem pendidikan kita dapat melahirkan manusia yang baik (good man)
sepertimana yang diungkapkan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas?

Justeru, matlamat pendidikan bukan sahaja sekadar untuk melahirkan warganegara


yang baik (good citizen) tetapi lebih kepada persoalan untuk mengukuhkan kerangka
kefahaman individu terhadap agama, tahu akan peranan makna diri dan mempunyai
rasa ketuhanan yang tinggi. Maka dengan itu, langkah kementerian untuk mendidik
generasi muda berasaskan prinsip-prinsip agama dan nilai-nilai murni sewajarnya
disuntik dalam sistem pendidikan sedia ada.

Perkara ini sangat penting kerana manusia yang dididik dengan nilai pendidikan yang
benar adalah mereka yang akan mentadbir negara pada masa akan datang. Jika acuan
yang diberikan salah, maka berlakulah tragedi kependidikan oleh kerana manusia yang
mendiami negara itu merupakan individu-individu yang kosong jiwanya, masyarakat
yang keliru pemikirannya dan menjadi beban masalah pula kepada negara.

Hasrat besar kerajaan melalui PPPM ini juga tidak akan tercapai sekiranya kerisauan
yang berlegar dalam kalangan massa tidak diambil kira. Isunya adalah berkaitan
kemunculan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan sekolah-sekolah swasta,
persendirian mahupun sekolah antarabangsa yang tidak berada di bawah satu sistem
pendidikan nasional dan tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996. Walhal didalam PPPM
Identiti Nasional merupakan salah satu cabang Aspirasi Murid untuk menerapkan
semangat berbangga untuk dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik,
agama dan status sosioekonomi. Melalui 11 Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan
Sistem Pendidikan Negara bagi mewujudkan satu Identiti Nasional yang sebenar kita
boleh mencapainya. Bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah ini supaya tidak
menjadi isu yang boleh menggugat kepercayaan masyarakat terhadap sekolah-sekolah
kerajaan.

Justeru, cadangan untuk meletakkan mereka di bawah satu bumbung yang sama dilihat
wajar sejajar dengan hasrat untuk memastikan pendidikan tidak kehilangan esensi
hakikinya sebagai proses pengutuhan manusia dan proses sosialisasi. Justeru, nilai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu difungsikan sepenuhnya di semua dimensi
kegiatan persekolahan pada hari ini agar tiada jurang perbezaan yang ketara dapat
dilihat dan membolehkan masyarakat mencari cacat celanya sistem pendidikan di
Malaysia. Maka PPPM ini dilihat mampu merapatkan jurang yang telah ada dalam
dunia pendidikan di Malaysia.
Selain itu, kebimbangan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu yang dilihat terancang
dari segi permintaan dan gesaan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
sebelum laporan akhir pelan ini dibentangkan kepada Kabinet, Disember lalu telah
mempengaruhi dan mempersoalkan keputusan kerajaan sedia ada dalam isu
pendidikan terutamanya berkaitan soal PPSMI, cadangan mewujudkan semula sekolah
aliran Inggeris, memperkasakan sekolah Antarabangsa dan pengenalan dasar-dasar
lain yang bercanggah dengan semangat, dasar dan falsafah pendidikan negara.

Akhirnya, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini dapat


disimpulkan bahawa pendidikan adalah merupakan proses untuk menanam sesuatu
dalam diri manusia dan pengajaran adab (tadib) sebagai intipatinya.

Dalam erti kata lain, tidak berlaku proses pendidikan tanpa penerapan adab. Di dalam
peribadi-peribadi yang lahir itu, nilai-nilai moral yang akan menentukan arah tujuan dan
penggunaan semua maklumat yang masuk ke dalam dirinya melalui berbagai-bagai
saluran atau proses pembelajaran.

Dalam kaitan ini, untuk mencapai hasrat dan cita-cita PPPM ini, peranan institusi
pendidikan sebagai hujung tombak sistem pendidikan negara dalam erti kata sebagai
akar rumput yang sentuhannya sampai dan langsung kepada sasaran terakhir (anak
didik) harus mencapai tahap kompetensi yang memungkinkannya melaksanakan misi
kependidikan holistik, menyeluruh, seimbang dan sekaligus bersepadu.

Sudah 3 tahun berlalu kita meninggalkan Gelombang 1 2013-2015 PPPM. Kian terasa
hangatnya semangat dan perancangan yang telah di susun atur bagi mewujudkan
sebuah negara yang mempunyai tahap pendidikan yang setaraf dengan negara luar.
Dalam tempoh pelaksanaan Gelombang 1, tumpuan yang diberikan oleh kerajaan
adalah terhadap kaedah bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran guru
sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan
memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/ guru besar serta
meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi
menerusi program pemulihan yang intensif). Dibawah Gelombang 1 kerajaan telah
memastikan 10 inisiatif yang telah dirancang tercapai dengan sepenuhnya.

Maka dengan itu, peralihan Gelombang 2 telah pun berjalan dengan baik selepas
berlangsungnya Gelombang 1 pada 2013-2015. Kini sudah setahun berlalu Gelombang
2 dilaksanakan dengan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk
mempercepatkan perjalanan perubahan. Perancangan ini melibatkan kesemua 410,000
guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej baharu, penstrukturan semula
Kementerian, JPN, PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan
menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha
menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

PPPM ini melalui 11 Anjakan Utama memberi faedah kepada semua pihak,
terutamanya kepada guru, pengurus sekolah, ibu bapa dan komunitii, pegawai
kementerian, dan murid. Melalui PPPM ini dapat memberi laluan yang lebih mampan
kepada murid yang pintar cerdas dengan lebih berfokus kepada pendidikan khas,
pendidikan vokasional dan teknikal, pendidikan sukan dan pendidikan kesenian. Melalui
PPPM ini, impian pelajar lebih mudah dicapai melalui proses yang telah dirancang
dalam pelan pembangunan. Malah melalui PPPM ini juga untuk melahirkan insan yang
mempunyai 6 Aspirasi yang telah dijelaskan di atas. Pada masa yang sama, PPPM ini
juga boleh melahirkan pelajar yang boleh bersaing dengan negara maju.

Anda mungkin juga menyukai