Anda di halaman 1dari 9

UJIAN

PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV


KERTAS 1 & 2
APRIL
40 MINIT Empat puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A (20 item aneka pilihan), Bahagian B (5
item salah benar) dan Bahagian C (5 item padanan) dan Bahagian D (4 soalan esei).
2. Sila jawab kesemua soalan kecuali 4 soalan esei.
3. Bulatkan soalan aneka pilihan, tandakan betul atau salah untuk soalan salah benar
dan suaikan soalan padanan mengikut jawapan yang betul.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak


BAHAGIAN A (OBJEKTIF) 40 Markah

1. Antara laporan tersebut, yang manakah mencadangkan tumpuan kepada


pendidikan asas 3M?

A. Penyata Razak
B. Laporan Kabinet
C. Akta Pendidikan 1996
D. Laporan Hussien Onn.

2. Bilakah konsep KSSM mula dibentangkan?

A. 26 Oktober 1987
B. 26 Oktober 2000
C. 26 Oktober 2006
D. 26 Oktober 2010

3. Pendidikan menengah rendah Tingkatan 1, 2 dan 3 dilaksanakan berpandukan


kurikulum KSSM. Antara berikut, yang manakah bukan fokus utama
kurikulum menengah rendah?

A. Perkembangan bakat dan minat


B. Perkembangan sahsiah
C. Peningkatan asas vokasional
D. Persediaan kerjaya dan pendidikan lanjutan.

4. Salah satu tujuan Penyata Rahman Talib, 1960 adalah menyemak semula
Dasar Pelaksanaan Kebangsaan. Antara cadangan berikut, yang manakah
cadangan beliau untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional?

A. Memajukan pendidikan teknik dan vokasional.


B. Menyediakan tenaga pengajar yang professional dalam bidang tenik dan
vokasional.
C. Menggantikan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional.
D. Menyemak semula kurikulum teknik dan vokasional seiring dengan
pelaksanaan kurikulum negara Jerman.
5. Siapakah pengerusi Laporan Kabinet pada tahun 1979?

A. Dato Abdul Razak Hussien


B. Encik Abdul Rahman Talib.
C. Dr. Mahathir Mohamad.
D. Dato Hussien Onn.

6. Pendidikan menengah terbahagi kepada menengah rendah dan menengah


atas. Apakah perbezaan diantara keduanya?

A. Pengkhususan kurikulum menengah atas lebih memfokuskan kepada


persediaan kerjaya dan pendidikan lanjutan manakala menengah rendah
memfokuskan kepada perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
B. Menengah atas mempunyai pecahan aliran sains tulen dan aliran sastera
manakala menengah rendah tertumpu kepada satu aliran sahaja.
C. Sekolah Menengah Berasrama Penuh hanya untuk pelajar menengah atas
sahaja.
D. Kurikulum menengah rendah berasaskan KBSM manakal kurikulum
menegah atas berasaskan KSSM

7. Diantara berikut, yang manakah benar mengenai KSSR?

A. Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 bidang iaitu komunikasi, manusia


dan alam keliling, perkembangan diri individu.
B. Bahan kurikulum berasaskan sukatan pelajaran
C. Fokus kepada kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul)
D. Fokus kepada kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira)

8. Diantara sekolah berikut, sekolah manakah yang bukan dikategorikan sebagai


sekolah pendidikan umum?

A. Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson


B. Sekolah Menengah Sains Kota Tnggi
C. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri
D. Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.
9. Berikut ialah mata pelajara aliran sastera kecuali?

A. Bahasa Melayu
B. Prinsip Akaun
C. Bahasa Inggeris
D. Biologi

10. Antara mata pelajaran berikut, mata pelajaran yang manakah bukan
merupakan mata pelajaran pengkhususan sains tulen?

A. Bahasa Melayu
B. Fizik
C. Matematik Tambahan
D. Biologi

11. Antara jenis-jenis pendidikan berikut, yang manakah BUKAN berasaskan


kemahiran dan vokasional?

A. Pendidikan Teknologi
B. Pendidikan Kejuruteraan
C. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
D. Pendidikan Seni Perusahaan

12. Berikut adalah tujuan pendidikan teknik dan vokasional kecuali?

A. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan


pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
perdagangan;

B. Membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk


memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan latihan
dalam bidang teknikal ataupun vokasional.

C. Dapat mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan


seterusnya akan mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.

D. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang


13. Bagaimanakah pelajar aliran vokasional akan dinilai?

A. Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia


B. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
C. Jabatan Pembangunan Kemahiran
D. Kementerian Sumber Manusia

14. Berikut adalah bagaimana kita boleh mengarusperdanakan dan memperluas


akses kepada Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti kecuali?

A. Menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih


ramai pelajar.
B. Mengabaikan persepsi masyarakat tentang pendidikan teknik dan
vokasional
C. Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif
D. Memperkemas penyampaian TVET

15. Dalam menjamin masa depan pelajar yang tecicir dalam pelajaran, dasar
Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanan penting dalam membantu
pelajar yang tercicir dalam akademik untuk cenderung bidang kemahiran.
PTV telah memainkan peranannya bagi mengurangkan kadar keciciran
pelajar dan menjamin masa depan mereka, iaitu:

i) mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan swasta di mana


dapat member peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman
sebenar di tempat kerja
ii) Usaha kerajaan yang membandingkan sistem PTV yang dijalankan di
negara lain menjadikan sistem PTV berdaya asing melalui pertukaran
input daripada sumber lain.
iii) Gabungan pendidikan akademik dan latihan kemahiran dapat
bersepadu dengan ilmu yang dapat menjana ekonomi setempat
iv) perlaksanaan pembelajaran berteraskan kompetensi.
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i,ii dan iii
D. i,ii,iii dan iv
16. Antara institusi yang berikut, yang manakah bukan kelolaan Kementerian
Sumber Manusia?

A. Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan


B. Politeknik
C. Institut Latihan Perindustrian
D. Institut Teknikal Jepun Malaysia

17. Berikut merupakan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun
2020 yang menyaksikan pelbagai perubahan telah berlaku dalam PTV:

i) Penstrukturan semula Sekolah Menengah Teknik kepada Sekolah


Menengah Vokasional.
ii) Perubahan visi dan misi politeknik dan kolej komuniti dalam Pelan
Strategik 2005-2010 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti.
iii) Memperkenalkan 14 subjek vokasional di sekolah akdemik harian
yang terdiri daripada tiga kluster utama.
iv) Struktur kurikulum baru jurusan vokasional pada tahun 2006
diperkenalkan dengan menggunakan pendekatan modular.

A. i dan ii
B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

18. Berikut merupakan kaedah Persijilan Kemahiran Kemahiran Malaysia


kecuali?
A. Melalui ujian oleh pakar bidang
B. Melalui latihan institusi di Pusat Bertauliah (PB)
C. Melalui latihan berorientasikan industri (SLDN)
D. Melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT)
19. Dalam usaha untuk mencapai wawasan dan matlamat strategik TVET, sistem
perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut kecuali?

A. Sistem Bersepadu
B. Fleksibel
C. Kurang menarik
D. Berorientasikan pembelajaran sepanjang hayat

20. Yang manakah antara berikut tujuan pendidikan teknikal diwujudkan?

A. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang


B. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam
bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian dalam bidang
kemahiran yang sesuai
C. Pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan kemahiran yang sesuai
dengan alam pekerjaan yang diminati
D. Dapat mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan
seterusnya akan mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.
BAHAGIAN B (SALAH BENAR) 10 Markah

Tandakan benar () atau salah (X) di dalam kotak yang disediakan bagi pernyataan
di bawah :
Bil. Pernyataan /X
1. Laporan Razak, 1956 meletakkan asas bagi perkembangan
sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui
Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang
sama bagi semua sekolah.
2. Melahirkan individu yang seimbang melalui Sistem
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1983
dan Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989.
3. Tindakan untuk meningkatkan keberkesanan latihan
kemahiran adalah melalui perlaksanaan pembelajaran
berteraskan masalah.
4. Sebelum Akta Pendidikan 1995 berkuatkuasa, perlaksanaan
pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah dipisahkan di peringkat menengah atas iaitu tingkatan
empat dan lima.
5. Kementerian Pertahanan adalah antara agensi kerajaan yang
menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional.
BAHAGIAN C (PADANAN) 10 Markah

Sila padankan jawapan dengan betul.

1. Menteri Pelajaran Malaysia Prasekolah


yang pertama Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Pengajian tinggi
2. Pendidikan Malaysia terdiri Binaan Bangunan
daripada beberapa peringkat
3. Suatu Akta untuk Sistem Bersepadu dari segi
menggalakkan, melalui latihan akreditasi, pemerakuan,
kemahiran, pembangunan dan kurikulum, program latihan,
perbaikan keupayaan peringkat, klasifikasi,
seseorang, yang diperlukan pengujian, dan profil
untuk kerjaya; dan untuk kelayakan.
mengadakan peruntukan bagi
perkara lain yang berkaitan
dengannya.
4. Mata pelajaran aliran Tun Abdul Razak
vokasional
5. Ciri-ciri kurikulum pendidikan Akta 652
teknik dan vokasional

BAHAGIAN D (SOALAN ESEI)

1. Terangkan tahap persekolahan mengikut kurikulum KSSR.

2. Salah satu penguasaan kemahiran yang terdapat dalam tahap persekolahan


ialah kemahiran menaakul. Terangkan kefahaman anda mengena kemahiran
menaakul.

3. Berikan perbezaan antara teknikal dan vokasional?

4. Nyatakan jenis-jenis pendidikan berasaskan kemahiran dan vokasional?

Anda mungkin juga menyukai