Anda di halaman 1dari 2

SAVITRY A/P CHELLIAH (P105478)

GGGC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 1 SEMESTER 1 SESI 2019/2020

PENSYARAH : EN. MOHD JASMY ABD RAHMAN

Soalan : Senaraikan 5 isu pendidikan berserta dengan contoh

1. Masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah yang utama. Antaranya ialah kes
merokok, menyalahgunakan dadah,pergaduhan,membuli,melawan guru dan sebagainya. Dalam
menangani masalah ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting namun mereka mengabaikan
tanggungjawab itu lalu memberikan kasih sayang yang berlebihan kepada anak-anak mereka.
Apabila pihak sekolah mengambil tindakan, ibu bapa yang tidak berpuas hati terus menyerang guru
dan ini menyebabkan guru-guru sangat kecewa serta berputus asa untuk membimbing dan mendidik
para pelajar. Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat dengan pihak sekolah untuk
sama-sama membanteras masalah disiplin di kalangan para pelajar.

2. Guru yang mengajar subjek yang bukan opsyen

Isu ini merupakan isu yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru yang
bukan opsyen dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan baru atau
pertukaran ke sekolah lain. Pihak pentadbiran tidak memikirkan kepakaran guru namun mengisi
kekosongan guru di sesebuah sekolah. Contohnya, diri saya sendiri yang mempunyai kepakaran
dalam subjek perdagangan dan memeriksa kertas perdagangan SPM selama 10 tahun apabila
bertukar dari Perak ke Selangor diberikan subjek Bahasa Inggeris dan Matematik untuk tingkatan 1
dan 2. Oleh kerana saya tiada pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua subjek ini, pada
mulanya ia menyukarkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
merugikan para pelajar di samping kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi
kehendak sepatutnya.

3. Pengagihan tugas yang tidak seimbang

Masalah ini merupakan satu kebiasaan di semua sekolah. Pihak pengurusan sekolah ingin
memaksimumkan penggunaan sumber tenaga. Namun, terdapat sebilangan guru yang tidak terlibat
secara menyeluruh dalam agihan tugas tersebut dan hal ini menimbulkan rasa ketidakpuasan di
kalangan guru-guru. Segelintir guru berasa bahawa bebanan tugas berlebihan adalah berpunca
daripada kelemahan dalam pengurusan sekolah. Ketiga-tiga pengurusan iaitu pentadbiran,hal ehwal
murid dan kokurikulum tidak melakukan perbincangan untuk mengagihkan bidang tugas yang
seimbang kepada guru-guru. Sepatutnya, setiap tugas dan jawatan yang diagihkan harus
berdasarkan kelayakan dan kemahiran guru-guru di samping mempertimbangkan kemampuan guru
tersebut untuk memberi sumbangan berdasarkan potensi dirinya. Sehubungan itu, keseimbangan
dan keadilan dalam pengagihan tugas adalah perlu untuk memastikan dguru-guru bekerja dalam
keadaan harmoni dan ini dapat memantapkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
4. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


memperkenalkan penggunaan teknologi terkini iaitu ICT dalam penerapan proses pengajaran
pembelajaran abad ke-21. Contohnya pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi
mobile,vle-frog, google classroom dan sebagainya. Namun, penggunaan ICT tidak dapat diaplikasikan
sepenuhnya kerana kekangan kemudahan infrastruktur dan perkakasan di sekolah. Contohnya
penyediaan bilik multimedia yang tidak mencukupi,bilangan komputer yang dibekalkan kurang
daripada bilangan murid sesebuah kelas,penyelenggaraan komputer yang kurang
memuaskan,kelajuan internet yang perlahan dan sebagainya menyebabkan kesukaran untuk guru-
guru mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

5. Pengaruh internet kepada pelajar

Satu lagi isu sosial ialah ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT khususnya internet
kepada para pelajar sama ada di sekolah,rumah atau syber café yang mencampakkan pelajar ke
dunia tanpa sekatan. Pelajar kita tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan
bilangan pelajar dalam gejala sosial seperti merogol,menagih dadah, menonton video lucah dan
sebagainya semakin merunsingkan Negara. Kemudahan alat teknologi yang canggih disalahgunakan
untuk mengakses laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah
seksual Seperti pembuangan bayi. Fenomena ini semakin menular dan membimbanhkan
terutamanya di kalangan pelajar di bandar dan kota.

Seperti pembuangan bayi.

Anda mungkin juga menyukai