Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 1 : PENDAPAT MENGENAI TEMA HARI GURU PADA TAHUN INI

Baiklah, Terima kasih kepada pengacara majlis. Assalammualaikum Selamat


pagi kepada yang dihormati hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana sudi menjemput saya
untuk menghadiri forum ini.
Membincangkan tentang tema hari Guru iaitu guru pencetus kreativiti
Penjana Inovasi,Pada pendapat saya, tema hari guru tahun ini Guru: pencetus
Kreativiti, Penjana Inovasi sangat bertepatan dengan dunia pendidikan masa kini.
Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini.
Para guru seperti saya harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovsi
dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Sebagai seorang guru,
peranan guru untuk melahirkan pelajar yang gemilang ialah guru perlu sentiasa
berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan
inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, pasti akan
menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu,
untiuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think
across, and think ahead.
Dalam hal ini juga saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku
di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the
source of energy for positivie vibrations- the nucleus of change. Slight ripple of
improvement in the classroom will create a strong wave of transformation.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi.
Fokus pembelajaran hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru.

Selain itu, seperti yang kita maklum, Tugas utama guru ialah mereka menjadi
orang pertama yang menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar di sekolah.
Pihak guru telah diberi latihan untuk memastikan mereka berupaya untuk mendidik
anak bangsa dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan
yang dihadapi itu.
Setiap guru hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian
dengan pelajar mereka untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang
diberikan itu. Guru-guru harus sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah agar murid tidak berasa bosan
dengan kemahiran dan gaya yang sama digunakan oleh guru. Sesungguhnya,
peranan guru adalah untuk mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan
pilih kasih.

soalan 2: PENDAPAT AHLI PANEL MENGENAI PERANAN GURU SEIRING


DENGAN ARUS GLOBALISASI MASA KINI?

Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang
mampu berfikir dengan lebih kritis , kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru
sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing sangat penting untuk
menjana satu inovasi kepada sistem pendidikan. Sehubungan dengan itu, kreativiti
dan inovasi dalam pembelajaran mampu meningkatkan minat murid dalam subjek
yang diajar sekali gus lonjak pencapaian mereka.
Penghasilan kreatif dan inovatif sebagai alat bantuan mengajar juga berupaya
menyuntik pengalaman luar bilik darjah yang membolehkan murid mudah
menguasai sesuatu subjek. Hal ini terbukti di kedah di mana seorang guru yang
bernama tan Kooi Heang, 31 telah mencipta beg bbercahaya sebagai alat bantu
mengajar murid prasekolah disitu

dan berjaya meningkatkan penguasaan anak

didiknya dalam subjek Sains dan Matematik. Di sini kita dapat melihat bahawa
kreativiti seorang guru membantu meningkatkan kualiti dan pencapaian murid dan
secara langsung dapat meningkatkan pencapaian pendidikan negara kita.
Selain itu, kreativiti juga penting kerana ia akan melancarkan sistem
pengurusan sekolah. Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh
menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada
belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria,
cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan
berhemah.
Bukan itu sahaja, kreativiti juga penting adalah kerana, kreativiti akan
membantu sistem pendidikan kita berada di sama tahap dengan sistem pendidikan
negara yang maju. Hal ini demikian kerana, kebanyakan negara memang
menekankan kretiviti dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana
penerapan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan pelajar
yang cemerlang dan gemilang.

Pelajar-pelajar yang biasa diterapkan dengan kreativiti sesungguhnya pelajar


yang kreatif dan inovatif dan akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir ingin
mencipta bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri dan inilah cirri-ciri
murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran
depan terutama dalam memasuk era 2020.

Soalan 3: KESIMPULAN YANG DAPAT DIBUAT MENGENAI PERANAN GURU


SEBAGAI PENJANA KREATIVITI, PENCETUS INOVASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem


pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025.

Adalah

menjadi

tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam


aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentitikan nasional.
1 ASPIRASI diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke
arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti
standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan
dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. Semua Guru Malaysia
harus berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.
Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang
mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang
berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara. Pendidikan merupakan salah satu
keperluan setiap manusia, tanpa pendidikan manusia tidak akan pernah maju, tanpa
pendidikan pula manusia akan terbelenggu dalam kebodohan.
Salah satu unsur yang harus ada dalam pendidikan antaranya adalah guru,
guru adalah manusia yang mengabdikan dirinya untuk memberikan segenap
pengetahuan

dan

kemampuannya

untuk

bisa

mencerdaskan

orang-orang

disekitarnya (dalam hal ini muridnya) atau membuat seseorang yang tidak tahu
menjadi tahu atau yang tidak mengerti menjadi mengerti.
Jika dilihat dari pengertian di atas, maka begitu hebat peranan seorang guru,
tapi apakah guru-guru yang mengajar pada masa sekarang ini sudah menunaikan
peranan di atas tadi? Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu
memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
seiring dengan cabaran dunia globalisasi..

Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi


dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan
disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan
bangsa.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk
melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap
guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia
memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang Sains dan Matematik

Anda mungkin juga menyukai