Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Inovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa. Matlamat akhirnya adalah untuk
menyumbang kepada perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam
konteks pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan harus bergerak dan sedia
berubah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek inovasi dan perubahan-perubahan yang
berlaku dalam pendidikan. Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan yang
berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai golongan pendidik, bagaimanakah anda
sebagai guru harus mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ?

Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan


Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini dalam
melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan
kehidupan manusia itu lebih baik yang mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala
perubahan pula merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan
perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai
relevan dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi Maklumat adalah begitu
pantas. Penggunaan komputer riba telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap
ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari
ini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa
matlamat inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu;
• Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.
• Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu mengajar yang
pelbagai & kreatif
• Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.
• Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.
• Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan kecekapan tenaga pendidik.
• Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar

Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang dikemukakan di bawah.

“......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara,
menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina
keupayaan (capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan”.

(Ucapan YAB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri Pelajaran Malaysia)

Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan


Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang
baharu. Anda pasti mendengar frasa “hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam”. Dalam
merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding
berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan
status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-
perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana bidang pendidikan itu
adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa
ke semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya diamalkan dalam sektor
korporat kini mula digunakan dalam organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam
pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kalau kita
renung dari mula kita bersekolah hingga kini terlalu banyak perubahan yang berlaku.

Strategi Perubahan
Antara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah:

Strategi Kekuasaan
Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa ahli-ahli di bawahnya
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan
balik. Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam waktu atau cap jari (thumb print). Bagi
memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan tindakan disiplin diamalkan.

Strategi Pujukan
Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran interpersonal bagi
menyakinkan kumpulan sasaran atau ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu
dirancang dengan teliti dan dapat diterima oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan
kertas atau elektrik dalam organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi, kejayaan
dan pengamalan budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang ketua sebagai agen perubahan
berjaya mempengaruhi orang bawahannya.

Strategi Pendidikan Semula


Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi atau berfikir sejenak tentang
tindakan yang telah diambil dan sejauhmana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan.
Sebagai contoh, kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat refleksi
tentang implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada organisasi itu sendiri.
Banyak baik atau buruk ?

Strategi Memudah Cara


Dalam kes ini kumpulan sasaran akan menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen
perubahan akan menyediakan sumber-sumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk
memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan
perubahan yang dirancang. Contohnya, guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih
untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran
menulis; maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai