Anda di halaman 1dari 5

Minggu Praktikum: 2

Tarikh: 5 Mac 2020


Tajuk Jurnal: Masalah Pengurusan Masa

1. Isu Yang Difokuskan :


Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa dengan baik
sehingga menyebabkan objektif pengajaran saya tidak tercapai. Dalam hal ini, masalah
pengurusan masa yang kurang baik menyebabkan terdapat langkah pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dijalankan dengan teratur. Misalnya, terdapat aktiviti yang telah dirancang dalam
pengajaran dan pembelajaran yang tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan telah
dipendekkan kerana kekangan masa. Lantas, hal ini menimbulkan masalah bagi saya kerana
sukar untuk saya mencapai objektif yang ditetapkan khususnya objektif yang terakhir dalam
rancangan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Maka, saya terpaksa melangkau langkah yang
terakhir dalam rancangan pengajaran harian untuk menjalankan langkah yang terakhir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah pengurusan masa yang tidak mencukupi timbul kerana murid-murid mengambil
masa tambahan untuk melaksanakan aktiviti permainan yang menyeronokkan bagi mereka. Murid-
murid tidak berhenti bermain disebabkan mereka sangat seronok dan masih belum mendapat
kepuasan dalam permainan tersebut. Kesannya, murid-murid sudah keletihan dan aktiviti yang
seterusnya agak lewat dijalankan (Jasmine, 2017).

Seterusnya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan saya mengajar


seperti yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian tetapi saya tidak menitikberatkan
masa yang telah diperuntukkan bagi setiap fasa pengajaran iaitu set induksi, permulaan dan
penutup. Saya tidak mengendahkan minit yang telah diperuntukkan (Khatib, 2013). Saya hanya
meneruskan pengajaran seperti biasa hinggalah seorang murid menegur saya bahawa guru
subjek selepas waktu saya sudah pun menunggu di hadapan kelas. Walhal ketika itu saya sedang
menjalankan aktiviti bersama murid di dalam kelas. Apabila berlakunya keadaan sebegitu saya
terpaksa berhenti menjalankan aktiviti dan terus membuat kesimpulan pengajaran yang diajar.
Maka, saya menghadapai masalah dalam pengurusan masa semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung (Larsen, D. & Anderson, M., 2013).

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau


Kajian Lepas):

Pengurusan masa adalah perancangan penggunaan masa yang berkesan sama ada
secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk membenarkan masa bagi aktiviti
kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat. Menurt David Nunan (2009),
pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dan kawalan guru iaitu penggunaan masa yang
berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga menyatakan jika masa yang sedikit digunakan untuk
mengajar murid-murid, topik-topik lain yang terdapat dalam sesuatu subjek akan mengambil masa
yang lama (Khatib, 2013).

Negara Sweden menekankan pemberian kerja sekolah di laman forum ataupun blog
yang disediakan oleh guru (Thomas & Eyvind, 2017). Berdasarkan ini, pengurusan masa guru
dapat digunakan melalui analisis dan perancangan. Dalam hal ini, perancangan sangat penting
untuk memastikan masa yang ada dapat digunakan dengan tepat dan berkesan. Perancangan
masa yang baik dapat mengelakkan dari berlakunya pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang tidak sistematik.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa guru adalah salah satu
faktor yang sangat ditekankan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan. Di negara Finland, sistem pendidikan menekankan penggunaan
internet untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru (Thomas & Eyvind, 2017).
Berdasarkan kenyataan tersebut,murid-murid akan menyiapkan kerja tambahan di rumah serta
akan diperiksa oleh guru secara talian. Maka, perancangan yang sistematik perlu bagi memastikan
objektif pembelajaran tercapai (Jasmine, 2017).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa cara yang baik bagi menyelesaikan masalah ini dengan
segera. Antaranya :
a) Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan masa yang baik
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna.
b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada
waktu penghujung persekolahan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.
c) saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang baki masa yang ada dan meminta
mereka bergerak aktif semasa bermain bagi memastikan bahawa aktiviti permainan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan.
d) Peneguhan berbentuk ganjaran juga akan saya sediakan bagi membangkitkan minat murid
dan untuk murid terus bergerak aktif semasa belajar.
e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya berjumpa dengan pensyarah dan guru pembimbing untuk mendapatkan idea bagi
menguruskan masa dengan baik. Dalam hal ini, perbincangan yang sistematik dengan orang-
orang yang berpengalaman mampu meningkatkan cara-cara pengurusan masa yang teratur.
Seterusnya, saya telah memulakan bacaan mengenai pengurusan masa yang baik. Misalnya,
saya telah melayari internet dan melihat cara masa diuruskan mengikut aktiviti yang
dilaksanakan. Tempoh selama satu minggu ini telah digunakan untuk menguji tempoh masa
yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Maka, saya akan praktikkan
pengurusan masa yang lebih baik dalam kelas yang akan datang.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2 Mac 2020
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya telah menyediakan senarai semak untuk setiap langkah dalam rancangan
pengajaran harian. Selain itu, saya telah mengamalkan ketepatan waktu semasa proses
pengajaran berjalan seperti tidak melengah-lengahkan masa yang telah diperuntukkan bagi
sesuatu aktiviti pengajaran yang telah dirancang dalam kelas. Contohnya, dalam rancangan
pengajaran harian set induksi yang diperuntukkan ialah lima minit, maka saya telah patuhi masa
yang telah ditetapkan dalam rancangan pengajaran harian dan terus masuk kepada permulaan
pengajaran. Bukan itu sahaja, saya juga telah melaksanakan tugas secara efisien dan
teratur.Dalam hal ini, saya telah mengutamakan keselesaan para murid ketika berada di dalam
kelas terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Maka, masa dapat
diuruskan dengan bijak (Cribb & Julian, 2017).

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya telah menganalisis masalah ini dengan mencari punca berlakunya masalah ini dan
mengambil beberapa langkah penambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran setelah
mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi. Misalnya, saya telah
memastikan waktu yang telah diperuntukkan telah ditepati seperti dalam rancangan pengajaran
harian. Justeru, saya telah berjaya menghadapi masalah pengurusan masa semasa kelas
berlangsung dengan mudah.
Rujukan.

Cribb & Julian. (2017). Surviving the Twenty-First Century. New York, United States:
SpringerInternational Publishing.
David Nunan. (2009). Task-Based Language Teaching. Cambridge, United Kingdom:
Cambridge University Press.
Firehammer, R. (2007). Characteristics of Civilised People. Diperoleh pada 2018, 26 Ogos
daripada http://www.freerepublic.com/focus/fr/1835667/posts.
Jasmine. (2017, February). ESL Methods-English Language Teaching. Retrieved 26 Ogos,
2018 from https://owlcation.com/humanities/Foreign-language-teaching-methods-
approaches.
Khatib. (2013). Humanistic education: Concerns, Implications and Applications. Journal of
Language Teaching and Research, 4(1), 45-51.
Larsen, D. & Anderson, M. (2013). Techniques and principles in language teaching. Oxford,
United Kingdom: Oxford University Press.
Thomas & Eyvind. (2017). How finnish and sweden learners academic self control relates to
time spent online in class. Diperoleh pada 26 Ogos, 2018 daripada
file:///C:/Users/Asus/Downloads/education-07-00068.pdf.

Anda mungkin juga menyukai