Anda di halaman 1dari 5

CONTOH FORMAT PENULISAN JURNAL REFLEKSI

1. Masalah
Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak
dapatdijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai
objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada hari-hari tertentu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasi lperbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini
juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktivitisekolah seperti perhimpunan yang telah
mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan
lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada
hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa
yang ada danmeminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang
telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan
memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di
sampingberbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana
pengurusanmasa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi segera, sudah
tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan t idak tercapai sepenuhnya.




5. Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-
objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya
pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama
sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi
mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.





























PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
( 21 JANUARI 2013 25 JANUARI 2013)
ISU : PENGURUSAN MASA

1. Masalah :
Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang
telah dibuat.
Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang
tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran
selepasnya.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :
Apa yang dapat saya lihat masalah ini bermula dari hari pertama saya mendapat jadual
waktu kelas di mana saya juga mempunyai masalah untuk menguruskan masa di
antara waktu kelas Kemahiran Hidup dan juga kelas Bahasa Melayu kerana saya
memerlukan masa yang lebih awal untuk kelas Kemahiran hidup kerana untuk
menyediakan peralatan tangan untuk murid-murid.

3. Analisis :
Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan
set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang
telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid
belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4 Tekun yang
mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.
Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang
dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang
dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu
aktiviti sahaja.
Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid
mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih
mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi
kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas.
Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa
adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada
mereka.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu :
Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi
aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.
Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit
lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau
tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai
topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya
kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

5. Cadangan :
Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan
memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang
pengurusan masa.
Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran
Kemahiran Hidup dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
komputer.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru
pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

6. Tempoh masa:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik
adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

7. Tindakan susulan:
Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak
masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

9. Kesimpulan/Refleksi :
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan
meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar
mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan. Menjadi persoalan sekiranya tidak
dapat menguruskan masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur
akan berjaya?

Anda mungkin juga menyukai