Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKRIKUM

Jurnal Minggu Kelima

Bilangan Jurnal :5

Tarikh Peristiwa / Kejadian :

Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah
Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah
dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal in menimbulkan
masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah
saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati
pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil
perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan terdapat beberapa
orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan tepat. Di
samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguaan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa agak lama sehingga
mengurangkan masa yang telah dirancang.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan
masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menguruskan masa dengan lebih sempurna.
b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu
terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa
yang telah dirancangkan.
c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan
pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan
untuk membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya
perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa
hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing di samping membincang dengan rakan-rakan lain.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.

5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi
penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan
sebaya.

6. Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan
objektif-objrktif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang
diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah
mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi
saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan
masa yang kucar kacir.

Anda mungkin juga menyukai