Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Ketiga

Tarikh Peristiwa /

14 18 Februari 2016

Masalah Pengurusan Masa

Kejadian
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa
Saya telah menghadapi masalah pengurusan masa sebagaimana yang telah
dirancangkan. Saya berpeluang untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia Tahun
4 dan 5. Terdapat aktiviti yang telah dirancang dalam pengajaran dan
pembelajaran tidak mengikut masa yang sesuai. Saya menghabiskan masa
untuk keseluruhan pengajaran dan pembelajaran dengan masa yang lambat
tanpa mengikut waktu yang sebenar. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya
untuk membetulkan semula keadan sehingga menyebabkan saya terlupa
beberapa langkah yang patut saya lakukan. Objektif pengajaran juga walaupun
tercapai, tetapi ia amat tidak memuaskan hati saya secara sepenuhnya.

2. Analisis
Masalah ini timbul pada awal waktu pembelajaran lagi kerana kebetulan waktu
pengajaran saya ialah pada waktu selepas waktu rehat murid iaitu pada pukul
11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari. Kebanyakan murid masih tidak bersedia
untuk belajar dan malas melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh guru seperti
menulis dan membaca. Keadaan ini menjadikan saya cemas dan kalut sehingga
menyebabkan aktiviti pengajaran saya menjadi lambat dan mengambil masa

yang lama untuk memberi penerangan. Saya terpaksa menerangkan serta


melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara lambat kerana muridmurid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran yang
berlaku. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud dalam menguruskan murid
kelas lain yang datang mengganggu pembelajaran murid-murid. Perangai dan
kelakuan mereka yang seolah-olah tidak menghormati guru menyebabkan saya
rasa tertekan dengan situasi ini. Oleh sebab itu, saya memulakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lambat. Ekoran terlalu lambat melakukan
setiap langkah pengajaran, saya menghabiskan setiap langkah tidka mengikut
waktu yang sewajarmya. Saya berasa gelabah dan panik ketika mneghadapi
situasi berkenaan.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a. Saya patut membaca buku-buku rujukan yang berkaitan dengan perancangan
masa

dalam

suatu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

agar

dapat

menguruskan masa dengan lebih sistematik,


b. Saya akan menyediakan Pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu
terutama pada hari murid terlibat dengan sesuatu aktiviti yang memakan masa
pembelajaran supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar
dengan masa yang dirancang,
c. Bagi memastikan bahawa setiap langkah pengajaran tidak melebihi masa yang
telah ditetapkan, saya akan menetapkan masa dengan sebaiknya untuk setiap
langkah. Bagi aktiviti berkumpulan, saya akan sentiasa mengingatkan muridmurid tentang masa yang ada dan diminta wakil setiap kumpulan memberikan
laporan dalam masa yang ditetapkan.

d. Saya akan mendapatkan bimbingna dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam seminggu. Pengurusan masa
yang baik sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai