Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 12/12


Minggu Praktikum : Dua Belas
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 22 Oktober hingga 26 Oktober 2018
Tajuk Jurnal : Minggu Akhir Praktikum di SKTM 1
1. Masalah / Peristiwa
Minggu yang terakhir merupakan minggu yang penuh emosi bagi saya. Ia memberikan impak
yang positif bagi saya yang telah membuatkan saya untuk lebih cenderung untuk menjadi seorang
pendidik yang bagus demi menjaminkan masa depan murid-murid. Oleh kerana mereka akan
menjadi pemimpin Malaysia pad masa yan akan datang. Terdapat suatu perasaan semangat yang
terdapat dalam diri saya yang ingingkan menjaminkan keselamatan bagi mereka. Tambahan lagi
dengan cabaran masa kini yang sudah menakutkan dan akan kian bertambah. Oleh itu, sebagai
seorang pendidik. 

2. Analisis
Saya melihat bahawa saya dapat memberikan impak yang lebi besar kepada murid-murid dari
segi intelek, nilai, rohani, jasmani dan sosial. Mereka lebih matang dan lebih ingin belajar apabila
selepas menghadapi peperiksaan. Walaupun terserlah peningkatan yang dapat dilihat dalam diri
murid yang terhasil daripada usaha guru yang ingin melihat anak murid untuk berjaya. Namun
begitu, ia merupakan peningkatan yang tidak stabil. Ini kerana, para guru terlalu menyibukkan diri
untuk mencapai objektf-objektif yang telah dinyatakan dan telah mengambil endah mengenai
pembentukan murid tersebut. Bagi saya, jika seorang murid berdisiplin dan kaya dalam nilai. Maka
impak untuk mencipta murid tersebut untuk menjadi ihsan yang berguna akan menjaddi lebih
drastik. Dengan ini, guru-guru haruslah menunjukkan sikap yang dapat masuk dalam cara berfikir
murid-murid dan pada masa yang sama membina huubungan kepercayaan antara kalangan guru
dan murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

i. Perlu lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu dan lebih bersikap mendidik dan
membimbing anak didik.
ii. Mendapat nasihat dan pendapat daripada guru-guru di sekolah untuk menghadapi murid-murid
pada masa akan datang.
iii. Sentiasa berniat untuk menyampaikan ilmu dengan ikhlas dan ilmu yang bermanfaat.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya mengambil tindakan susulan masa praktikum akan datang dan akan diparktikkan
sekiranya ditempatkan di mana-mana sekolah kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ___________________ Tandatangan : ___________________


Nama : ___________________ Nama : ___________________
Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________
JURNAL MINGGUAN

Anda mungkin juga menyukai