Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL

MINGGU PRAKTIKUM

PERTAMA

TARIKH PERISTIWA

21 MAC 2011

TAJUK JURNAL

MENGINGAT NAMA MURID

1.

MASALAH MENGINGAT NAMA PELAJAR


Pada hari ini, 21 Mac 2011, masalah yang saya hadapi ialah masalah untuk

mengingat nama murid-murid saya. Apabila saya tidak dapat meningat nama muridmurid saya deng baik, komunikasi dua hala antara saya, guru dan murid-murid tidak lah
begitu berkesan. Mungkin juga murid-murid saya juga akan menganggap saya sebagai
seorang guru yang tidak mesra. Saya juga tidak boleh hanya mengingat segelintir
sahaja nama murid-murid di dalam kelas bahkan perlu cuba untuk mengingat kesemua
mereka kerana takut pula dikatakan pilih kasih.

2.

ANALISIS
Masalah ini mungkin timbul kerana saya merupakan guru baru di sekolah itu.

Jadi, untuk mengingat semua nama pelajar di dalam kelas yang puratanya adalah 40
orang bagi setiap kelas, ini akan mengambil masa sedikit kerana agak mustahil untuk
mengingat semua nama murid dalam masa yang sangat singkat. Selain itu, saya
perlulah berhati-hati dengan murid yang pendiam kerana murid yang tidak banyak
terlibat mungkin akan lagi menyukarkan saya untuk mengingat nama mereka.

3.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

A)

Saya perlu berfikir dan mencari kaedah terbaik untuk mengingat nama murid .

B)

Saya perlu membanyakkan interaksi dua hala dengan murid-murid.

C)

Saya perlu selalu memanggil nama murid-murid semasa mereka hendak


menjawab soalan dan selalu bertanyakan nama mereka supaya saya dapat
mengingat dengan secepat mungkin.

4.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, pasti hubungan saya sebagai
guru dan murid-murid saya tidak begitu berkesan.

Disemak oleh guru pembimbing,


Tandatangan

Nama

Tarikh

Disemak oleh pensyarah pembimbing,


Tandatangan

Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai