Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal :1
Fasa :1
Minggu :1
Tarikh Jurnal : 15/2/2021
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah : Ts Mohd Harath Ali Bajunid b Omar@Azmi
Guru Pembimbing : Pn Yasminatol Najibah Bt Mohd Zain
Sekolah : SK Desa Jasmin
Tajuk Jurnal : Masalah Mengingat Nama Murid

Isu yang difokuskan:

Masalah yang berlaku dalam diri saya adalah masalah dalam mengingat nama murid. Hal ini
kerana murid-murid yang saya ajar dalam suatu kelas adalah dianggarkan sebanyak 40-45
orang. Sekiranya masalah ini tidak dapat saya atasi dengan segera maka ianya akan
menjejaskan sesi PdP saya kelak.

Analisis yang difokuskan:

Saya mendapati bahawa punca masalah ini berlaku adalah kerana bilangan murid yang
ramai. Selain itu, saya hanya akan mengajar di kelas tersebut dua waktu sahaja untuk
tempoh seminggu. Masa bersemuka dan bersosial yang pendek ini tidak mencukupi untuk
saya mengingat kesemua nama murid saya. Hal ini perlu diselesaikan secepat mungkin
agar murid-murid tidak berasa kekurangan kasih sayang atau perhatian guru semasa sesi
PdPc berlangsung. Jika masalah ini tidak diatasi maka ianya akan menyukarkan saya untuk
membina hubungan dengan murid-murid kerana pepatah ada menyebut ‘tak kenal maka tak
cinta’. Murid-murid juga pastinya akan berasa kecewa jika saya tidak mengingat nama
mereka. Oleh itu, beberapa langkah telah saya fikirkan untuk mengatasi masalah ini.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Bartlett dan Thomas (2004), murid akan berasa bangga dan dihargai apabila
mereka dipanggil oleh guru. Pengetahuan guru pelatih mengenai nama murid akan dapat
membantu mengeratkan lagi hubungan dengan murid sekaligus dapat membantu guru
pelatih mengawal bilik darjahnya dengan baik dan cekap.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya telah berjumpa dengan guru pembimbing berikutan masalah ini. Beliau telah
memberikan saya beberapa panduan ataupun tips untuk menghadapi masalah ini. Antara
langkah yang saya boleh gunakan adalah menggunakan carta tempat duduk murid beserta
namanya, kerap berbual-bual santai dengan murid seperti pada waktu rehat, dan mengingati
fizikal atau karakter mereka yang unik contohnya, murid yang suka bertanya dalam kelas.

Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

Tindakan Susulan :

Saya cuba menggunakan carta tempat duduk murid untuk merekod dan mengingat nama-
nama murid. Selain itu, semasa saya menganti kelas guru lain di kelas yang saya ajar, saya
meminta murid-murid memperkenalkan dirinya dengan menyebut nama dan
keistimewaannya. Hal ini telah membolehkan saya mengingat nama berdasarkan
keistimewaannya.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah-langkah yang dicadangkan telah saya lakukan dan saya mendapati lebih mudah
mengingat nama murid di dalam kelas.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara tuntasnya, guru perlulah kreatif bagi menarik perhatian dan minat murid untuk
berkenalan dan mengenal nama dan diri murid.
Rujukan:

Mohd Hasani & Mohamad Johdi. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan
Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw
Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Bartlett & Thomas. (2004). Taking Control of the Classroom. Chronicle of Higher Education.
51(4).

Anda mungkin juga menyukai