Anda di halaman 1dari 3

1

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE-5


TARIKH : 24 OGOS 2015 28 OGOS 2015

1. MASALAH YANG DIFOKUSKAN


Keadaan kelas 4 Vetri dan 5 Vetri yang bersepah, kotor dan tidak terurus.

2. PERKEMBANGAN MASALAH YANG DIFOKUSKAN


Daripada pemerhatian sepanjang saya mengajar matapelajaran Sains bagi kelas 4
Vetri dan 5 Vetri, kelas tersebut senantiasa berada dalam keadaan bersepah dan tidak
terurus. Suasana kelas yang tidak kondusif ini menyebabkan saya sukar untuk meneruskan
PdP di dalam kelas. Masa PdP turut akan terganggu kerana setiap kali saya masuk ke
kelas, saya perlu menyuruh mereka untuk mengutip dan membuang sampah terlebih
dahulu.
Oleh itu, saya perlu memikirkan langkah penyelesaian supaya masalah ini tidak
berlarutan. Hal ini kerana, selain ianya mengganggu masa PdP, keadaan kelas dan
kebersihan juga menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran secara
baik dan teratur.
3. ANALISIS MASALAH
SEBAB
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat

rendah.
Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri

setiap murid.
Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

KESAN/ AKIBAT
Matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran akan lebih mudah unutk dicapai kerana
murid-murid dapat terus melaksanakan sesi PdP apabila guru masuk ke kelas. Masa tidak
akan disia-siakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan
1

2
dengan maksimum. Sementelahan, disiplin murid-murid dapat dipertingkatkan. Murid-murid
akan juga akan menghormati segala arahan daripada guru dan tidak membuat sesuatu yang
tidak disenangi oleh guru mereka disamping suasana bilik darjah yang kondusif dapat
diwujudkan agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Dengan adanya keadaan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan. Murid-murid juga
akan lebih berminat untuk belajar. Dan, murid-murid akan sentiasa mematuhi peraturan bilik
darjah dan mengikuti arahan guru
4. KAJIAN LAMPAU YANG BERKAITAN DENGAN MASALAH
(LITERATURE REVIEW)
Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah
satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan
iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik
darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah
member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur
di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum
memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu
memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
5. CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja

dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.


Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan

bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.


Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam agama.
Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya

boleh dan bersesuaian.


Mengingatkan mereka supaya membersihkan kelas sebelum saya masuk ke kelas.

6. TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH


Saya merancang agar menggunakan 2 minggu mulai sekarang, di mana awal
September masalah ini akan dapat diselesaikan.
2

7. TINDAKAN SUSULAN YANG DIRANCANG


Saya akan memberikan markah bagi kebersihan kelas setiap kali saya masuk kelas.
Mana-mana pelajar yang didapati mempunyai sampah berdekatan mereka, akan ditarik
token pembelajaran nanti. Bagi murid yang sentiasa mengamalkan kebersihan pula, token
ganjaran akan ditambah pada papan token.

Anda mungkin juga menyukai