Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KERJA KURSUS

Melalui tugasan subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


(EDU3083) ini membolehkan saya mengetahui tentang prinsip-prinsip untuk menjadi
seorang guru yang kompeten. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara
beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat
dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses
penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi
sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru
hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa
ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional
seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia
Ke-9.

Di samping perbincangan kumpulan, saya dan rakan tugasan saya juga telah
mencari maklumat tambahan dengan merujuk buku-buku yang berkaitan serta melalui
pembacaan dari bahan cetak yang lain serta penggunaan teknologi untuk menambah
sumber-sumber yang yang ada. Pada masa-masa tertentu, terdapat kekangan masa yang
menuntut pengorbanan yang lebih dalam menyiapakn tugasan ini terutamanya bagi saya
dan rakan saya yang merupakan guru pelatih yang sedang berada pada tahun terakhir
pengajian. Kami dibebani dengan tugasan seperti Kajian Tindakan dan pengauditan untuk
subjek pengajian kami. Namun ia dapat diatasi dengan baik dalam menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk lebih
memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari semakin
mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini sangat
membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang baik.

Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam


memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan agenda
Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku adalah
merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya guru. Oleh yang
demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku perubahan termasuk juga dari
segi etika dan akuntabiliti guru.
Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih berkaitan dengan tahap profesionalisme
keguruan, etika dan akuntabiliti sebagai seorang guru dan seterusnya dapat memantapkan
lagi sifat menjadi seorang guru yang baik. Dengan memahami prinsip akuantabiliti,
seseorang guru akan dapat memahami tanggungjawab sebagai seorang guru dalam erti
kata yang sebenar. Guru harus menghayati prinsip kebertanggungjawaban sebagai seorang
guru yang merangkumi tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat, diri sendiri, murid-
murid dan profesien keguruan itu sendiri. Melalui penghayatan yang sempurna, maka guru
akan dapat menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.
Pengabaian terhadap tanggungjawab yang diberikan akan mengakibatkan lahirnya guru
yang tidak beretika dan seterusnya dipertikaikan oleh masyarakat yang merupakan
pelanggan. Ini akan menyebabkan kegagalan dalam melahirkan modal insan seperti yang
dicita-citakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya menjatuhkan martabat
profesion perguruan.

Saya menyedari bahawa tugas menjadi seorang guru amat mencabar. Guru perlu
mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam melayani kerenah murid serta ibubapa yang
mempunyai pendidikan akademik dan tidak mudah naik angin terhadap tindakan yang
dilakukan oleh murid. Terdapat pelbagai yang boleh mendisiplinkan murid yang melakukan
kesalahan selain daripada memukul murid. Hanya dengan membuat bising, murid dipukul
oleh guru. Ini menunjukkan guru telah kehilangan sifat profesional dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pendidik. Setelah melakukan tugasan asas kepimpinan dan perkembangan
profesional guru, banyak maklumat yang dapat saya perolehi hasil pembacaan serta
penulisan tugasan ini. Perlunya guru mempunyai kepimpinan yang baik agar ia menjadi
contoh dan ikutan kepada murid memandangkan guru merupakan role model kepada
mereka.

Kesimpulannya, profesion keguruan merupakan bidang yang tertua di dunia. Guru


tidak lagi berfungsi sebagai penyampai pengetahuan semata-mata, tetapi lebih daripada itu.
Guru adalah pemudahcara dalam proses pembelajaran dan untuk itu seorang guru harus
lebih bersedia dan peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling dan menyerap
perubahan tersebut dan menterjemahkan kepada murid dalam melahirkan warga sekolah
yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras dengan agenda Tranformasi Pendidikan
Negara.

Anda mungkin juga menyukai