Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PIMK3093 Semester / Tahun: SEM 4 / TAHUN 2


Ambilan: JUN 2019
Nama Kursus: PEDAGOGI PENDIDIKAN
ISLAM 2 (IBADAH, AKHLAK & JAWI) Kumpulan: PISMP 4.01, 4.02, 4.03, 4.04, 4.05,
4.06, 4.07

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan
1 FEBRUARI 2021 26 FEBRUARI 2021

2. Persembahan 1 MAC 2021 8 MAC 2021

3. Kuiz 10 MAC 2021 17 MAC 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan kandungan bidang ibadah, akhlak dan jawi Pendidikan Islam sekolah rendah. (C2,
P2, A4, PLO1).

2. Menganalisis strategi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dalam bidang
ibadah, akhlak dan jawi. (C4, PLO1, PLO3, CTPS2).

3. Membina rancangan pengajaran dan pembelajaran semester, mingguan dan harian yang
lengkap dan berkesan dalam bidang ibadah, akhlak dan jawi. (C6, PLO3, CTPS3).

4. Melaksanakan pengajaran Mikro bidang ibadah, akhlak dan jawi Pendidikan Islam sekolah
rendah melalui pembentangan. (C6, PLO2, PLO4, CS2).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menganalisis kandungan bidang ibadah, akhlak dan jawi serta strategi pengajaran dan
pembelajaran melalui kuiz.

2. Membina rancangan pengajaran harian dalam bidang ibadah, akhlak dan jawi yang lengkap
dengan berfokus kepada kaedah, teknik pengajaran dan bahan sumber yang kreatif dan
inovatif.

3. Merancang dan melaksanakan pengajaran mikro Pendidikan Islam mengikut bidang ibadah,
akhlak dan jawi.
Personaliti guru yang berkualiti merangkumi pencapaian ilmu pengetahuan, mengaplikasikan
pengetahuan pedagogi, mempunyai kepelbagaian kemahiran dan bermotivasi dalam pelaksanaan
pdpc. Untuk mencapai tahap personaliti guru berkualiti ini, bakal guru perlu melengkapkan diri
dengan penguasaan kandungan Dokumen Standard Kurikulum (DSKP), kaedah dan teknik
pengajaran serta kemampuan membina sumber pengajaran yang kreatif berasaskan media digital.

Bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap ilmu dan bidang yang dipelajari
semasa kuliah, pelajar dikehendaki melaksanakan tugas berikut :

TUGASAN 1: Penulisan (30%)

Anda dikehendaki menghasilkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) meliputi perkara-
perkara berikut:

- memilih satu tajuk dalam salah satu bidang sama ada ibadah, akhlak atau jawi dari
mana-mana Tahun 1 – 6.
- mengaplikasikan sekurang-kurang tiga kaedah dan teknik pengajaran abad ke 21
dalam langkah pengajaran.
- membuat justifikasi aplikasi tiga bahan sumber yang kreatif dan inovatif serta sesuai
dan bertepatan dengan tajuk dengan merujuk rujukan yang terkini serta guru pakar
Pendidikan Islam.
- menggunakan format RPH yang terkini.
- tugasan individu.

TUGASAN 2: Persembahan (10%)

Berdasarkan RPH yang telah dibina, anda dikehendaki:

- memilih satu kemahiran mikro untuk dipersembahkan


- melaksanakan pengajaran mikro
- mengaplikasikan bahan sumber yang dicadangkan dalam RPH yang dibina dengan
menarik dan kreatif
- mengaplikasikan media digital kreatif dalam pengajaran mikro tersebut.
- tugasan individu.

TUGASAN 3: Kuiz (10%)

Anda dikehendaki menjawab soalan kuiz mengikut ketetapan berikut:

Masa : 30 minit
Bentuk Soalan : Struktur
Jumlah Soalan : 2 soalan

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
ii. Bertaip jawi dengan menggunakan Font Jawi- Biasa2 – saiz 18
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) dan terkini
v. Penulisan mesti dalam Bahasa Melayu

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


4. Anda mesti hantar tugasan penulisan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Rabihah Mohd Ghazali Abdul Aziz bin Mahayudin


____________________________ ____________________________________
(Nama: RABIHAH BINTI MOHD GHAZALI) (Nama: DR ABDUL AZIZ BIN MAHAYUDIN)

Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Rujuk Bidang (SME)

Disahkan oleh:

Paharudin Arbain
_____________________________
(Nama: DR PAHARUDIN BIN ARBAIN)

Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai