Anda di halaman 1dari 18

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Al-Quran.

TOPIK 2 : PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN.

SINOPSIS

Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran al-Quran j-QAF serta dapat membuat inferens dengan mengaplikasikan
kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat;

1- Membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik.


2- Menggunakan kaedah mengajar yang berbeza mengikut kesesuaian bidang tajuk
pelajaran.
3- Mendefinasikan dan menyenaraikan kaedah mengajar Pendidikan al-Quran yang
terkini.

TAJUK 1.2 : PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN.

1.2.1- PENDEKATAN
1.2.2- KAEDAH
1.2.3- TEKNIK

1.2.1- PENDEKATAN

i- PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF.

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,


kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru
akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang
sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji,
mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah


mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,
khususnya matematik, sains dan bahasa.

7
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

Jenis pendekatan induktif

 Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri


segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
 Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti
daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
 Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya,
mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat
bahasa.
 Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah
laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

 Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru


harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh
murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan
untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
 Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang
berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal
jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
 Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
 Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
 Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
 Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan.
 Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh
spesifik

8
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

PENDEKATAN DIDUKTIF

Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan, Satu pendekatan mengajar yang memulakan

satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-

kesimpulan tentangnya dilakukan (Kamaruddin Haji Husin 1988)

 Pendekatan memggunakan penguasaan peraturan/hukuman daripada aspek


penggunaan

 Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik

MODEL DEDUKTIF Merancang Pelaksanaan Penilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan


Contoh

Menjelaskan Definasi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh Pendekatan

Deduktif/Cerakinan Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Membuat Konsep

ii- PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU.

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang


pemting,

sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

 2.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak

bercakap dan murid banyak mendengar.

 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang

menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan member

arahan.

 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru.

 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai murni


atau

perkembangan emosi .

 Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uijan dan

peperiksaan

9
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

 Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara


menghafal.

Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang


berupaya

membuat intepretasi.

 Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat

dipupuk.

 Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi

kebolehan dan minat tidak diberi perhatian

 Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak
berinisiatif.

iii- PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR.

 Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan peranan yang penting

, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid


menjalankan

aktiviti pembelajaran.

 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru

menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak

balas dengan memberi jawapan kepada mereka

 Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan member

pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti

pembelajaran dan pengajaran

 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran murid.

 Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani,

sosial dan jasmani

10
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

 Uijan formatif adalah ditekankan dan keputusan uijan kerap sekali digunakan untuk

mengkaji kelemahan-kelemahan murid.

 Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-


murid

memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat


kesimpulan

 Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif
seperti

tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.

 Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.

 Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan

berinisiatif

1.2.2- KAEDAH

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),
hukum atau prinsip.

Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik
dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

1.2.2.1- KAEDAH BAGHDADIAH

Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376
Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat
dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke
seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah
menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam. Kaedah Bagdadiah ini begitu popular
di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hanya pada tahun 1990 an
sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.

Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan
tersebut. Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara
menyebut nama huruf dari ‫ا‬ hingga ‫ي‬ secara latih tubi hingga hafaz. Selepas itu
murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu
baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya. Mengeja kalimah-kalimah
yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya. Begitulah seterusnya

11
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang
berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata. Ada bacaan
panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-


Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran
tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada
surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`. Kebanyakan guru-guru yang
menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim
seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaupun murid-murid itu belum mengenal
huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. Dalam kaedah
Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang
mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1.Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari ‫ ا‬hingga ‫ي‬ secara latih tubi sehingga hafaz.

2.Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.

3.Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di atas, di bawah
dan di depan serta membunyikannya.

4.Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ‫ ا‬dan


‫ ي‬serta membunyikannya.

5.Murid diajar mengeja huruf ‫ ا‬، ‫و‬ dan ‫ي‬ bertanda mati dan bersambung dengan satu
huruf serta membunyikannya.

6.Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf ‫ ا‬، ‫و‬ dan ‫ي‬ bertanda mati dan
bersambung dengan “ ‫ “ كم‬serta membunyikannya.

7.Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.

8.Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda
bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku
kata atau lebih. Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan
tidak dengung.

9.Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.

10.Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-
ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba`.

11.Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-


Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu menggunakan kaedah
daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

12
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

1.2.2.2- KAEDAH IQRA`

LATAR BELAKANG KAEDAH IQRA’

KAEDAH IQRA’ ialah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran al-quran yang diasas dan
disusun oleh USTAZ HAJI AS’AD HUMAM, YOGYAKARTA, INDONOSIA ( merujuk
kepada bacaan al-quran yang diperaktikkan oleh Jibril kepada Rasullah dan Rasullah
kepada para sahabat secara Talaqqi Musyafahah ) yang membolehkan kanak-kanak
berusia 4 hingga 6 tahun membaca al-quran dalam tempoh 3 hingga 1 Tahun sahaja, telah
diiktiraf oleh Kementerian Agama Republik Indonesia . Sehingga ini, Lembaga
Pengembangan dan Pembinaan Tadika al-Quran (LPPTKA) Yogyakarta telah memiliki
30,000 Tadika al-Quran dengan murid seramai tiga juta orang di seluruh Rupublik itu.
Perkembangannya terus meluas ke rantau Asean, rantau Dunia Melayu.Kaedah Iqra‟ ini
mempunyai buku asasnya sebanyak 6 jilid.Tulisan buku tersebut adalah berdasarkan tulisan
MASHAF RASM OTHMANI ( ‫مصحف عثماني‬ ) pengajarannya ditekankan kepada
musyafahah individu.Oleh kerana di Indonesia kaedah ini dilaksanakan di sekolah tadika al-
quran yang khusus, maka sebab itulah disana dapat dihadkan bilangan pelajar di sekitar 25-
30 orang murid dan dibimbing oleh 5-6 orang guru yang khusus untuk melaksanakan
musyafahah di kalangan pelajar dan begitu juga peruntukan masa adalah 60 minit bagi satu
masa pengajaran.Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengajar orang dewasa yang
baru ingin mempelajari al-quran.Kaedah ini menjaminkan pembacaan yang baik dalam
tempoh masa yang singkat.Insyallah.

Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia. Kaedah ini
pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.
Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak mengenalkan
huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau
di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid.

Sifat dan Ciri Kaedah Iqra’

1.Bacaan Terus ( Tanpa Analisa dan Dieja)

Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-
tanda bacaan.Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan
bahan pengajaran yang bersusuaian

2.Penggunaan Teks Tertentu.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 jilid.Pelajar
menggunakannya mengikut tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Buku ini
disusun secara berjilid dengan kulitnya yang berwarna warni yang harmoni sehingga
menarik minat murid untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya
juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.
.

13
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif ( CBMA )

Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menjelaskan asas
pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka
pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan
menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya : “ Cuba ulang sekali lagi
bagaimana ? kenapa dibaca panjang ? kenapa dibaca pendak ? dan sebagainya.

4.Talaqqi Musyafahah.

Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan
gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul-betul tahu makhraj dan sifat-sifat
huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu.

Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikuti pelajarannya adalah bergantung
kepada kecekapan individu dan peranan guru dalam membimbingnya. Untuk penilaian dan
pengesanan, rekod prestasi perlulah disediakan dengan baik dan sistematik.

6. Tenaga Pembimbing / Pembantu.

Seorang guru pembimbing mengawasi 5 hingga 6 orang pelajar dalam satu masa. Jika
keadaan memerlukan , guru boleh memilih pelajarnya yang berkebolehan untuk dijadikan
“Guru Kecil” sebagai pembantu bagi pelajar diperingkat bawah.

7. Praktis.

Tujuan Kaedah Iqra‟ dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-
quran.Soal teori dan ilmu tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-
Quran.Istilah tajwid tidak diajar tetapi dipraktiskan sebutannya.

8. Sistematik.

Disusun secara lengkap , sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak
yang seimbang. Bermula daripada mengenal huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan
berirama (Mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga keperingkat
ayat yang bermakna.Kerana prosesnya yang begitu sistematik, ianya terasa mudah.

14
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

9. Komunikatif.

Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat
menyeronokkan mereka yang mempelajarinya.Disusun dalam bahasa melayu yang mudah
difahami, sehingga ianya lebih berkesan.Selain itu sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan
pelajaran secara berirama (Mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa
seronok dalam membacanya.

10. Kelenturan dan mudah.

Buku Iqra‟ ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula dari kalangan kanak-kanak usia
pra tadika, sekolah rendah , sekolah menengah, bahkan orang dewasa mahupun para ibu
bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu bagi sesiapa yang mahir membaca
al-quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baru sahaja tamat jilid.2 atau 3
sudah boleh mengajar murid-murid yang dibawahnya (jilid.1).Ianya boleh menambahkan
keseronokan dalam suasana belajar dan mengajar

15
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

Kemahiran Tajwid Dalam Buku Kaedah Iqra’

Buku Kaedah Iqra‟ mengandungi 41 Kemahiran Hukum Tajwid. Kemahiran-kemahiran


tersebut adalah;

RUJUKAN
BIL KEMAHIRAN
DALAM BUKU IQRA’
1. Menyebut Huruf Tunggal Iqra’1 – ms 27
2. Membaca Huruf Hampir Persamaan Iqra’1 – ms 30
3. Membaca Huruf Bersambung Iqra’2 – ms 1
4. Membaca Bacaan Panjang ( Mad Asli ) Iqra’2 – ms 14
5. Perbezaan Tanda Mad Asli Iqra’2 – ms 21
6. Huruf Berbaris Kasrah Iqra’3 – ms 1
7. Bacaan Panjang Huruf Mad ( ‫) ي‬ Iqra’3 – ms 6
8. Bacaan Panjang Mad Silabh Ha Kasrah ( ً‫) ه‬ Iqra’3 – ms 8
9. Bacaan Dhomah Iqra’3 – ms 14
10. Bacaan Panjang Huruf Mad Wau ( ‫) بو‬ Iqra’3 – ms 17
11. Alif dianggap tidak ada pada bacaan. Iqra’3 – ms 18
12. Bacaan Panjang Pada Huruf Ha‟ Dhamah. Iqra’3 – ms 19
13. Berbaris Dua Di Atas ( Tanwin ) Iqra’4 – ms 1
14. Baris Dua di Bawah Iqra’4 – ms 3
15. Baris Dua Di Hadapan. Iqra’4 – ms 4
16. Bunyi Min Sukun Iqra’4 – ms 11
17. Bunyi Nun Sukun ( Mati ) – Izhar Halqi. Iqra’4 – ms 14
18. Bacaan Huruf Qalqalah Iqra’4 – ms 16
19. Perbezaan Bunyi Huruf Persamaan Sifat dan Makhraj Iqra’4 – ms 21
20. Alif Lam Qamariah Iqra’5 – ms 1
21. Mad „Arid Lissukun Iqra’5 – ms 2
22. Mad Iwad Iqra’5 – ms 6
23. Wakaf Pada Huruf Ta Marbuthah. Iqra’5 – ms 7
24. Mad Jaiz. Iqra’5 – ms 9
25. Nun dan Mim Wajib al-Ghunnah. Iqra’5 – ms 10
26. Idgham Maal Ghunah Iqra’5 – ms 11
27. Alif Lam Syamsiah Iqra’5 – ms 12
28. Huruf Bertasydid Iqra’5 – ms 14
29. Ikhfa‟ Syafawi Iqra’5 – ms 19
30. Kalimah Allah Dibaca Tebal dan Nipis. Iqra’5 – ms 22
31. Idgham Bilaghunah Iqra’5 – ms 24
32. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Iqra’5 – ms 27
33. Idgham Maal al-Ghunah Iqra’6 – ms 1
34. Hukum Iqlab Iqra’6 – ms 7
35. Hukum Ikhfa Iqra’6 – ms 11
36. Tanda-tanda Wakaf Iqra’6 – ms 19
37. Wakaf Di Atas Nun Syaddah Iqra’6 – ms 21
38. Wakaf Atas Hamzah. Iqra’6 – ms 22
39. Wakaf Atas Dua Huruf Sakinah Iqra’6 – ms 23
40. Wakaf Atas Huruf Qalqalah. Iqra’6 – ms 24
41. Huruf Awal Surah Iqra’1 – ms 27

16
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

Panduan mengajar buku Iqra`

Buku Iqra` Panduan


1. Kaedah mengajar:
1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah
cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi
ulasan.
3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan
betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang
pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu
memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
Buku Iqra` 1 5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf
tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara
berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan
sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu
memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (‫) ز‬, guru
mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (‫ )ر‬dan
sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu
menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf
fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja
yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-
murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu
seperti:
‫شسضظزعذقاخ‬
7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam


pengajaran buku 2.
2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi
semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang
disambung, contohnya: ‫ بصر‬، ‫ ب‬diawal, ‫ ب خطب‬di akhir
،‫ب صبر‬ di tengah kerana biasanya murid-murid sudah
Buku Iqra` 2 boleh memahami dan membacanya.
4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara
putus-putus.
6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru
tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur
mengapa dibaca demikian.

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8

17
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk


buku Iqra` 3.
2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang
sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya
maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus.
Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
Buku Iqra` 3 3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar
diikuti
oleh murid-murid.
4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah
yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: ‫وما‬
ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh
diulang lagi.

1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh
digunakan untuk buku 4.
2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf
(sila rujuk buku 1 ms 32)
3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah
atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan
yang keliru itu sahaja.
Buku Iqra` 4 4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah
dengan singkatan : ‫قطــب جــــــد‬
5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.
6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
ulang kemudian baru diamati, contoh:
ْْ ْْ ْ‫تــــك تـــــك تــــك‬

1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,


buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh
diikuti dalam buku 5.
2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya
digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada
murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
Buku Iqra` 5 3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid
seperti:
Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-
murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai
dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan
buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi
buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,

18
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.


2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun
Buku Iqra` 6 panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah
dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah
mereka membaca bahagian seterusnya.
3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan,
walaupun dengan bacaan tartil.
4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
langsung berdasarkan praktik bacaan.

Aplikasi Iqra`

Buku Iqra` Aktiviti


1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
Buku Iqra` 1 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
Buku Iqra` 2 supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan
menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas
perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
‫نـاننــا ننــان نننــان ننــا ننــان‬

1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas,


bawah dan depan.
2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf
Buku Iqra` 3 mad ‫ ْا‬dan huruf mad ْ‫ي‬
3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf
mad ‫ ْا‬، ْ ‫ ي‬dan huruf mad ‫ ْو‬.

1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan


depan.
2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya
berbaris
di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya
berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
di atas.
4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati
sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
Buku Iqra` 4 5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.
8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-

19
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

ulang kemudian baru diamati, contoh:


ْْ ْْ ْ‫تــــك تـــــك تــــك‬

1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak


dibunyikan ms 1-2: ‫مــا اكتسبت‬ ‫والـــــحمد‬
2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-
5: ‫نستعٌِن‬ ‫ءامٌِن‬
3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas
dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua
harakat ms 6 : ‫وزنـــــًا‬ ‫أبـــــ ًدا‬
4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha
Sakinah ms 7-8 : ‫حامٌ ًة‬ ‫ءانٌ ٍة‬
5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8
‫آلاعبُـــ ُد‬
6. Nun dan mim syaddah ّ‫ ّم ن‬dibaca dengung dua harakat
ms 10 .
7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung
dua harakat ms 11 : ُ ‫خٌـــرُُْ ُ ِّنســــــا ُء‬
Buku Iqra` 5 8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif
lam tidak dibaca ms 12-13 : ِ ‫والــــــــــ َّن‬
‫اس‬
9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah
bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms
14-18: ‫بــدَّل‬ ‫كبـــَّر‬
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua
harakat ms19-21 : ‫ســـم‬ ِ ِ‫ٌــهم ِبــاال‬ ِ ‫عـــل‬
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf
lam dibaca tebal ms 22 : ‫واللَّــــ ُه‬
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf
lam dibaca nipis ms 23: ‫لِلَّـــــ ِه‬
13. Huruf nun atau tanwin bertemu ‫ ل‬dan ‫ ر‬bacaannya
Tidak didengungkan ms 24-25: ‫من رَّ ءاى خٌْ ُر ُ لَّك‬
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah
dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: ‫وآلالــضَّــآ لٌِّــن‬
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

Buku Iqra` 6 1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya
hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : ‫خٌ ُر ُ وأبقى‬
2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah
dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar
kepada mim yang ringan ms 7-9: ‫ــعض‬ِ ‫مِن ب‬
3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa`
hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat
ms11-18 : ‫مِن جُوع‬
4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20
5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

20
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

1.2.3- TEKNIK

i- TEKNIK BERNASYID / BERNYANYI / TARANNUM.

Teknik ini ialah satu tekni atau cara pengjaran dan pembelajaran yang dilakukan
dengan cara bernasyid, bernyanyi atau bertarannum. Mengikut penelitian yang saya buat ,
didapati thariqah ini diantara thariqah yang paling digemari dan sangat diminati oleh murid-
murid.

PELAKSANAAN :

Langkah 1:Guru memilih lagu-lagu nasyid yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran.

Langkah 2 :Edarkan senikata lagu kepada murid atau tuliskan senikata lagu itu pada
transferensi dan tayangkan atau ditulis di atas kertas ‘manila kad’ dan dilekatkan di papan
tulis atau sebagainya.

Langkah 3 :Guru menyanyikan lagu itu secara langsung atau memperdengarkannya melalui
radio kaset atau melalui tayangan pita video.

Langkah 4 : Murid-murid menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.

Langkah 5 :Bersoal jawab mengenai isi kandungan lagu dan dikaitkan dengan isi pelajaran
yang telah disampaikan.

Langkah Penutup : Membuat penilaian secara lisan atau bertulis.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

1. Radio Kaset
2. Perakam Video.
3. Pita Rakaman Nasyid.
4. Pita Rakaman Video Nasyid.
5. Transferensi & OHP./ carta Senikata Lagu.

ii - TEKNIK BELAJAR SAMBIL BERMAIN.

Bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Setuasi bermain boleh


digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-
objektif pendidikan.Metode ini sesuai untuk pendidikan
Islam di sekolah rendah atau pre sekolah. Disini diperjelaskan beberapa teknik
permainan .

a - Main Memancing Ikan

Contoh Kemahiran (Al-Quran) :Menyebut Huruf Abjad Arab Berbaris di atas.

PELAKSANAANNYA :

21
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

Langkah 1 : Guru terlebih dahulu menyediakan alat permainan iaitu beberapa kad
berbentuk ikan yang diperbuat daripada kertas keras dan diliminasikannya untuk
dituliskan dengan whitebord Maker serta sebatang pancing, yangmana matakailnya
diperbuat daripada paku atau sebagainya asalkan tidak mendatangkan bahaya kepada
murid ( jangan guna mata kail betul ).

Langkah 2 : Guru membentukkan murid-murid seperti sebuah kolam.

Langkah 3 : Guru menuliskan huruf-huruf abjad itu pada kad-kad berbentuk ikan
kamudian ditanyangkan atau ditunjukkan kepada murid dan murid-murid menyebutnya
dengan baik.

Langkah 4 : Setelah murid-murid sudah mengenalinya dan menyebutnya dengan betul,


guru kamudiannya meletakkannya ke dalam kolam yang dibentuk oleh murid-murid tadi.

Langkah 5 : Guru kemudiannya menyuruh beberapa orang murid untuk memancing ikan
yang disebut oleh guru atau oleh murid-murid yang lain.

Langkah 6 : Guru membuat penilaian pengajaran melalui aktiviti itu. Jika murid yang
diarah itu mengail ikan yang lain daripada yang diarahkan. Contohnya : disuruh kail ikan
yang bernama “ Ba” tapi yang dikailnya ikan yang bernama “ Ta “ . Maka ini menunjukkan
bahawa murid itu belum menguasai apa yang telah diajar.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR( BBM) :

1. Kail / Pancing.
2. Kad-kad berbentuk Ikan.

b) Memburu Binatang ( Memanah ).

Contoh Kemahiran : (Al-Quran) = Membaca Kalimah Arab yang mudah.

PELAKSANAANYA :

Langkah 1 : Guru menyediakan beberapa kad berbentuk haiwan (Burung Hantu / Arnab /
gajah dan sebagainya) dan diliminasikannya dan panah mainan (beli ).

Langkah 2 : Guru juga menyediakan papan selit, untuk diletakkan kad-kad berbentuk
haiwan itu nanti.
Langkah 3 Guru menulis kalimah-kalimah yang telah dirancangkan itu pada kad-kad
yang telah dinyatakan. Kamudian ditunjukkan kepada murid-murid untuk dibaca berulang
kali sehingga mahir.

Langkah 4 : Guru meletakannya /menyelitkannya di papan selit yang telah disediakan


secara tersusun.

Langkah 5 Guru memilih beberapa orang murid untuk memanah haiwan-haiwan yang
diletakkan itu dengan jarak yang telah ditetapkan oleh guru.

Langkah 6 : Guru membuat penilaian melalui aktiviti itu, jika murid itu memanah lain
daripada yang disuruh, itu menunjukkan ianya masih belum menguasai pelajaran yang di
ajar.

22
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

1. Kad-kad berbentuk haiwan.


2. Panah Mainan ( Beli dikedai mainan ).
3. Papan Selit / Papan Poket.

iii - TEKNIK BERCERITA.

Mengajar dengan cara bercerita bukanlah satu perkara asing dalam pengajaran
pendidikan Islam. Salah satu cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia
ialah melalui cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Ambia seperti Nabi Muhammad,
Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa , Nabi Ismail & Ibrahim dan sebagainya.Lain-lain wataknya
pula ialah seperti cerita-cerita Ashabul Kahfi, Iskandar Zulkarnain dan Lukman Al-Hakim.

PELAKSANAANNYA

langkah 1 : Guru menyediakan skrip cerita yang hendak disampaiakan kepada murid.

Langkah 2 : Guru memberi arahan kepada murid-murid sebelum bercerita

Langkah 3 : Guru bercerita dengan penuh gaya dan perasaan.

Langkah 4 : Bersoal jawab tentang cerita yang disampaikan.

Langkah 5 : Guru menyuruh beberapa orang murid untuk


menceritakan semula kepada kelas.

BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )

1. Gambar-gambar yang berkaitan dengan cerita ditayangkan secara slaid, trensferensi


atau sebagainya.

iv- TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-
pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

23
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Al-Quran.

V- KUIZ ( MENDUGA AKAL)

Thariqah ini adalah satu kaedah atau teknik yang mencabar serta menyeronokan.
Thariaqah ini adalah seakan-akan permainan silang kata. Ianya sesuai dilaksanakan untuk
membuat penilaian sebelum akhir pelajaran.

PELAKSANAANNYA :-

Langkah 1:Guru menyediakan carta menduga akal yang dibuat di atas papan gulung , yang
bersesuaian dengan pelajaran.

Langkah 2: Memulakan pengajaran seperti yang dirancang.

Langkah 3:Sebelum pengajaran berakhir ( mengikut jangkamasa yang telah dirancangkan )


guru mula melaksanakan pengajarannya secara thariqah yang dinyatakan.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1.Carta Menduga Akal.

24

Anda mungkin juga menyukai