Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU

TAHUN 1 (KSSR)
PENGENALAN (KSSR)
Pengenalan :-
Apa itu KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah( KSSR ) berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk
bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
PendekatanBersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan
secara bersepadu.
Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera .......
Saya Noor Azlina Bt Ibrahim D20112053439 -
El-A02 (A121PJJ) adalah pemilik blog "
Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu"
mengucapkan selamat datang ke blog saya.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog
saya. Saya mengucapkan selamat maju jaya
terutama kepada pelajar - pelajar UPSI dan
tidak ketinggalan kepada Tutor El- Learning
saya iaitu Encik Mohd Nazri bin Md. Saad.
Akhir kata terima kasih kerana follow
(pengikut) dan memberi komen kepada blog
"Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu".
KANDUNGAN
HOME
PENGENALAN (KSSR)
MEMBACA
MENULIS
TATABAHASA
SENI BAHASA
GALERI
VIDEO
ARKIB
Search here...
converted by Web2PDFConvert.com
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran
berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi
fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,
serta nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan
kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang
bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya
dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan,
badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri
sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
matematik
pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).
Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin
ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam.
2012 (32)
December (9)
November (22)
Tatabahasa
Tatabahasa
Tatabahasa
Pengetahuan tentang bulan bahasa
Mari Menulis
Membaca dengan sebutan yang betul dan
jelas
Mari Belajar Menulis
Lembaran Kerja (Kebersihan)
Contoh Lembaran Kerja (menulis)
Sebut, eja, dan baca
Contoh Latihan Latih Tubi Membaca
Instrument Pentaksiran Kemahiran Prestasi
(Band 3)...
Latihan Membatang Suku Kata (Contoh)
Mari Mengenali Huruf (kemahiran
membaca)
Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
(Band 2)
Belajar Sambil Menyanyi
Seni Bahasa (Pantun)
Seni Bahasa (Contoh Aktiviti Mengikut
Kemahiran As...
Seni Bahasa
Kata Nama Khas
Kata Nama Am
Lagu Guru Malaysia
October (1)
WAKTU SEKARANG
AQUARIUM SAYA
converted by Web2PDFConvert.com
Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.
Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah
Organisasi Kurikulum
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan
secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang
kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard
Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan
kriteria atau petunjuk
(indicator) kualiti
pembelajaran dan
pencapaian yang
boleh diukur bagi
setiap standard
kandungan
1 comments |
NOOR AZLINA IBRAHIM
November 26, 2012 at 10:02 PM
KSSR merupakan satu fenomena yang positif kepada warga pendidik dan generasi masa kini.
Post a Comment
1 comments:
PELAWAT
PENGIKUT
PAUTAN
0 PORTAL RASMI UPSI
0 LAMAN FACEBOOK
Powered by Blogger.
RUANG KOMEN
9 Sep 14, 04:44 PM
azlan: Assalamualaikum Cikgu,
terima kasih di atas info yang
sangat berguna..
11 Aug 14, 08:02 PM
ummi deen: salam cikgu...tq
atas info yang berguna..sy copy
ilmu cikgu nie tuk ajar anak2 sy
di rumah.
11 Jul 14, 12:10 AM
zahir: maria
11 Jul 14, 12:09 AM
zahir: nak
11 Jul 14, 12:08 AM
zahir: lu mahu figh sama gua
28 Dec 13, 09:43 PM
aisya: bye bye saya nak tengok
youtube
28 Dec 13, 09:40 PM
aisya: nasyrah naurah awak
[Get a Cbox] refresh
name e-mail / url
message
Go
help smilies cbox
POPULAR POST
1 0 0 5 9 2
converted by Web2PDFConvert.com
Enter your comment...
Comment as: Select profile...
Publish Publish

Preview Preview
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Latihan Membatang Suku
Kata (Contoh)
Contoh Latihan Latih Tubi
Membaca
Contoh Lembaran Kerja
(menulis)
Tatabahasa
Instrument Pentaksiran
Kemahiran Prestasi (Band 3)
Tatabahasa
Mari Belajar Menulis
Tatabahasa
Blogger Template by Blogger Template Place - Blogger Templates Gallery. All rights reserved. Designed by Certified Public Accountants.
converted by Web2PDFConvert.com

Anda mungkin juga menyukai