Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Marea a/p Santhanasamy(880426025300)

Salam sejahtera
Pertama sekali saya ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk
berterima kasih kepada Tuhan Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianNya
saya dapat menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebagsaan ini tepat pada
masa yang ditetapkan dengan baik.Saya juga ingin merakamkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu En.Mazlan B Ahmad yang memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan bagi tahun 2013, yang harus
dilaksanakan secara individu.Kami dikehendaki melihat elemen-elemen FPK aspekaspek seperti kepimpinan,budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan aspek disiplin
dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Saya telah mendapatkan maklumat seperti elemen-elemen dan unsur-unsur
penting dalam FPK serta implikasi FPK

terhadap sistem Pendidikan Negara

sebelum pergi bercuti. Selain itu saya telah memberikan beberapa cadangan utuk
guru permulaan di sekolah. Selain itu , saya juga dapat mengenal pasti perbezaan
antara falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan barat yang lain .
Pada akhir kerja kursus pendek ini saya dapat mengenali setiap individu perlu
memiliki falsafah dirinya untuk menjadikan garis panduan hidup sendiri . Setelah
mendapatkan semua maklumat saya sekali lagi menyusun semula maklumat tentang
FPK dan mula menaipkannya.
Semasa menghasilkan tugasan ini , saya dapat mengenal pasti kelemahan dan
kelebihan dalam kaedah menyediakan tugasan saya . Pertamanya , kelemahan saya
adalah tidak merancang tugasan saya selepas mendapatkan KKP ini . Saya juga
tidak begitu bersungguh sungguh untuk mencari maklumat daripada sumber
sumber lain .Tetapi , saya juga berusaha untuk mencari maklumat dan sumber dari
pusat sumber untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun begitu, saya juga dapat
mengenalpasti kelemahan-kelemahan diri dalam menjalankan tugasan ini. Antara

kelemahan yang paling ketara yang telah dikenalpasti ialah suka menangguhkan
kerja-kerja yang diberi. Hal ini menyebabkan kerja tertimbun dan menyukarkan saya
untuk menyiapkan satu persatu. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya bertindak
membuat satu senarai semak kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah. Hal ini
membolehkan kerja-kerja saya dijalankan secara lebih tersusun dan sistematik.
Semenjak kami menggunakan senarai semak saya, banyak kerja-kerja yang
tertangguh sebelum ini telah berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Kelemahan lain pula yang dapat dikesan ialah kurangnya merujuk pensyarah
penasihat mengenai tugasan yang diberikan. Saya hanya berjumpa dengan
pensyarah di waktu kelas sahaja dan tidak mencari beliau di pejabat sekaligus
mengurangkan kolaborasi antara siswa guru dengan pensyarah penasihat. Hal ini
pada pendapat saya amat merugikan kerana tidak mendapat maklumat serta info
yang ingin diberikan oleh pensyarah kepada saya dan ahli kumpulan. Oleh itu, saya
berikrar untuk lebih kerap untuk berkolaborasi dengan pensyarah penasihat pada
tugasan yang akan datang.
Selain itu, saya juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran. Saya dapat merumuskan pemerhatian saya di sekolah itu bahawa
alat bantu mengajar yang menarik merupakan salah satu faktor utama yang
mendorong murid-murid untuk belajar. Walaubagaimanapun , guru harus memikul
tugas untuk menjayakan matlamat FPK iaitu membentuk murid yang seimbang dari
segi jeris disekolah . Bagi mencapai matlamat FPK guru guru perlu membentuk
strategi atau keedah yang baik dan efektif kepada murid demi membentuk murid
yang harmonis . Guru juga harus sentiasa berfikiran positif dalam membentuk murid
yang bertahap tinggi dalam tubuh badan , pemikiran , rohani dan emosi . Sebagai
mereka perlu memiliki aspek kepimpinan , disiplin diri dan terutamanya kesabaran .
Hal ini sebab , seseorang guru menghadapi pelbagai cabaran untuk merealisasikan
matlamat FPK . Oleh itu , mereka perlu tabah menghadapi cabaran dan tidak
berputus asa . Oleh yang sebab , guru perlu seimbang dari semua aspek seperti
keagamaan , tingkah laku , bersosial dan l Setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul.
Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat
unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek
atau sebaliknya. Justeru itu, sebagai persediaan bagi bakal guru saya harus
mengetahui dan menghayati tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan lain lain .
Guru sahaja tidak harus memainkan peranan , malah semua pihak juga
menghulurkan tangan dalam merealisasikan matlamat FPK . Jika semua pihak mula
bertindak untuk berganding bahu bagi mencapai matlamat FPK maka Negara kita
tidak akan ketinggalan zaman dari segi semua bidang terutamanya bidang
pendidikan . Pendidikan adalah penentu kemajuan sesebuah individu , keluarga dan
masyarakat . Oleh yang demikian , sebagai rakyat Malaysia setiap individu perlu
menikmati dan

mengayati pendidikan sepanjang hayat demi kemajuan dan

kesejahteraan Negara .
Akhirnya,saya dengan beraninya menyatakan bahawa daripada tugasan ini
saya mendapat banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga
pengalaman ini

menjadi panduan dalam hidup saya dan dapat mengaplikasikan

pengalaman ini dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran semasa saya mengajar
di sekolah. Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang menolong saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi semester 1 tahun 2013.

Anda mungkin juga menyukai