Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Bersyukur ke hadhrat Allah S.W.T kerana dengan limpah da kurnianya dapat


saya menyiapkan tugasan subjek Literasi Bahasa yang telah diberikan dengan jayanya
dan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Saya berasa sangat bersyukur kerana
dengan bantuan rakan-rakan serta pensyarah,dapat juga saya menyiapkannya.Bagi
semester kali ini, saya juga berasa amat gembira dan berpuas hati kerana telah banyak
input-input dan ilmu yang berguna telah saya peroleh melalui tugasan ini. Selain itu,
melalui tugasan ini telah banyak pengetahuan mengenai aktiviti asas kemahiran
membaca dan kemahiran menulis dalam mata pelajaran muzik disamping
menitikberatkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai telah dapat saya
ketahui dengan lebih mendalam lagi.Saya mengakui tajuk tugasan saya ini agak kecil
skopnya berbanding tajuk tugasan yang lain,tetapi,itu bukan halangan bagi saya untuk
menyiapkannya kerana jika kita berusaha,sudah pasti kita akan dapat
melakukannya.Tambahan pula sebagai seorang bakal guru,ini juga secara tidak
langsung melatih saya untuk sentiasa bersedia menerima apa pun tugasan yang akan
diberikan kelak apabila sudah bergelar seorang guru.
Bagi saya, kemahiran asas melalui penulisan nota ketika di dalam kelas sahaja
tidak dapat membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang
sesuatu pelajaran. Antara pengalaman yang saya perolehi adalah bagaimana untuk
menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar yang
menarik untuk menjadi tontonan murid-murid, menyediakan manual kemahiran
membaca dan menulis dalam mata pelajaran muzik untuk dijadikan panduan kepada
murid-murid dan seterusnya menghasilkan tugasan yang dikira lengkap dan memenuhi
kehendak tugasan yang diberikan. Saya akui sebelum menerima tugasan ini saya agak
kurang mahir tentang tajuk ini. Namun begitu, dengan mendapat sedikit tunjuk ajar
daripada rakan-rakan seperjuangan,maka lebih mudah untuk saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Selain itu, saya juga menperoleh kesukaran untuk mencari maklumat.Akan
tetapi,dengan berbekalkan semangat yang kental dan kolaborasi dengan pensyarah
maka berjaya jugalah tugasan ini disiapkan. Berdasarkan kepada maklumat yang telah
saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini, saya mempelajari beberapa aspek
penting yang terdapat dalam penilaian dan pemilihan strategi pengajaran dan
pembelajaran seperti kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kaedah, teknik dan pendekatan
mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ini bermakna guru-guru harus bijak
memilih cara pengajaran yang ingin digunakan bagi merangsang minat murid untuk
belajar.Oleh itu,bagi saya yang mendapat tajuk kemahiran membaca dan menulis
dalam mata pelajaran muzik ini,aktiviti menyebut nama huruf mengikut melodi dan
mengeja perkataan satu dan dua suku kata mengikut melodi ini adalah salah satu
strategi pengajaran yang baik.
Di samping itu, saya juga berasa sedikit teruja kerana dapat belajar membina
bahan bantu mengajar yang sesuai (mengikut criteria-kriteria pembinaan bahan)
dengan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.Bagi saya,ianya
adalah satu pengalaman baru bagi saya untuk membina sendiri bahan bantu mengajar
atau BBM mengikut kreativiti saya sendiri bagi membuat persembahan kepada
pensayarah dan rakan sekelas.Walaubagaimanapun,bagi saya,proses untuk
menyiapkan bahan bantu mengajar ini adalah satu proses yang rumit dan sedikit
membebankan.Akan tetapi,itu semua bukan penghalang untuk saya berputus asa.Saya
berusaha mencari maklumat-maklumat tentang BBM ini di internet,buku serta gambar
model bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mendapatkan idea tentang bagaimana
untuk membuat BBM ini.
Setelah membuat beberapa penilaian tentang contoh-contoh BBM yang sedia
ada,akhirnya,saya memperoleh idea yang sesuai selari dengan tajuk yang telah saya
perolehi iaitu Kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran Muzik.Saya cuba
untuk membina BBM berdasarkan tajuk tersebut dengan sebaik yang saya boleh
lakukan.Bagi saya,banyak halangan dan kekangan yang perlu saya hadapi semasa
dalam proses untuk menyiapkan BBM ini dan antara perkara yang merumitkan adalah
kos untuk membina BBM ini.Akan tetapi,sebagai seorang bakal guru,saya merasakan
perkara itu harus ditolak ke tepi kerana penyampaian kepada murid itu lebih penting
sedangkan wang ringgit kita boleh cari.Selain itu,saya juga berasa sedikit ragu-ragu
kerana adakah bahan bantu mengajar saya ini dapat diterima dan selaras dengan tajuk
yang saya perolehi iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran
muzik?walaubagaimanapun,hasil perkongsian idea daripada rakan-rakan
sekelas,akhirnya saya telah dapat memperbaikinya dan menyiapkan juga pembinaan
bahan bantu mengajar ini.Saya terapkan di dalam diri saya bahawa setiap halangan
dan kesusahan semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini sebagai satu
cabaran bagi saya. tugasan yang diberikan ini, memberi sedikit sebanyak pengetahuan
tambahan kepada saya sepanjang tempoh proses pembinaannya. Walaupun sibuk
dengan tugasan-tugasan lain, namun ia bukanlah satu halangan bagi saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Bagi saya,pembinaan bahan bantu mengajar ini amat berguna untuk saya dan
rakan-rakan saya yang lain kerana di masa akan datang,saya pasti perlu membuat
bahan bantu mengajar untuk dipertonton kepada murid-murid.Oleh itu,tugasan ini
amatlah sesuai kerana ianya sedikit sebanyak memberikan pengalaman kepada saya
yang juga akan digunakan pada masa akan datang.Saya juga merasakan bahawa
dengan adanya bahan bantu mengajar ini,ianya akan dapat membantu murid-murid
untuk lebih memahami topik yang ingin para guru sampaikan kepada mereka.Selain
itu,saya juga merasakan bahawa bahan bantu mengajar ini akan dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar dan memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru.Disamping itu,saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih
kepada pensyarah serta rakan sekelas yang lain yang memberikan bantuan untuk saya
menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang baik.Tanpa bantuan daripada
mereka,saya dapat rasakan yang saya tidak akan dapat menghasilkan satu bahan
bantu mengajar yang baik.


Bagi saya,tugasan untuk membuat bahan bantu mengajar ini adalah satu
tugasan yang baik dan perlu diteruskan.Seperti yang saya katakan tadi,melalui tugasan
ini,ianya dapat memberikan pengalaman yang baik kepada semua guru pelatih untuk
digunakan apabila sudah bergelar seorang guru kelak.Disamping itu,saya juga berasa
sedikit teruja dan tidak sabar untuk mempamerkan hasil kerja bahan bantu mengajar
saya ini dia Pameran Bahan Bantu Mengajar yang akan dilangsungkan nanti.Saya amat
berharap BBM saya ini akan dapat memberi idea kepada rakan-rakan saya yang lain
tentang kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran muzik.Sekali lagi,saya
ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa dalam proses untuk
menyiapkan tugasan subje Literasi Bahasa ini.Sekia,terima kasih.


AMIR IKHMAL B. ZUHAIMI
930211-06-5121















REFLEKSI LITERASI BAHASA

AMIR IKHMAL B. ZUHAIMI

Anda mungkin juga menyukai