Anda di halaman 1dari 50

Jelaskan dan huraikan aspek-aspek yang berkaitan dengan aqidah bagi perkaraperkara berikut: Apakah pengertian aqidah dari

sudut bahasa dan istilah?

KONSEP AKIDAH DEFINISI dari segi bahasa Akidah diambil dari perkataan Arab iaitu aqada yang bererti menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi). Justeru, akidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi. Dari segi penggunaan perkataan aqada sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli seperti aqdul bai yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga dikaitkan dengan ikatan nikah kahwin seperti aqdun nikah, malah perkataan ini dikaitkan juga dengan perjanjian seperti aqdulahdi. Perkataan akidah tidak terdapat penggunaannya di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun ada tujuh perkataan yang berakarkan perkataan aqada yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan oleh Al-Quran. Sebaliknya, Al-Quran lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja (kata nama iman ada 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali). Oleh itu, perkataan akidah selalunya dikaitkan denganperkataan iman seperti aqaidul iman yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan.

Akidah atau ikatan kepercayaan mempunyai beberapa kategori iaitu: 1. 2. 3. Kepercayaan yang batil, palsu dan sesat Kepercayaan / akidah karut marut, bukan bersifat agama, dongeng dan lagenda Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran Al-Quran dan as sunnah.

DEFINISI dari segi istilah Para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu

pegangan yang benar. Antaranya Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Al-Fairuz pula menjelaskan akidah ialah suatu yang diikat, disimpulkan di dalam hati, jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Imam Al-Ghazali berpendapat akidah ialah suatu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Al-Murtadha Az-Zabidi mendefinisikan akidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa. Kesimpulannya akidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti

yang terdapat di dalam wahyu Allah, Al-Quran dan as-sunnah tanpa sebarang keraguan (Abdul Aziz, 2005). Akidah ialah kepercayaan yang kuat dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan hak. Akidah merupakan asas dan dasar dalam Islam. Ia berupa keimanan dan keyakinan seseorang muslim terhadap nilai-nilai yang murni dan mutlak yang terikat kukuh dalam sanubari seseorang dan tidak mungkin terurai dengan paksaan manusia, pertukaran masa dan tempat kecuali atas kehendak sendiri dan izin Allah SWT. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan di sini ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaib (ghaibiah) yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah SWT Yang Maha Esa, iaitu Esa dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah-Nya serta Esa pada Asmawassifat. Bertitik tolak dari keimanan inilah lahirnya keimanan kepada Malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat, alam barzakh, pengadilan di hari mahsyar, syurga, neraka dan qadak dan qadar. Firman Allah SWT bahawasanya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, dan segala kitab dan sekalian nabi. (Surah Al-Baqarah:177) Akidah secara umum merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak dan keraguan. Akidah dalam Islam merupakan perkara asas (usus) di mana tumbuh cabangcabang syariat darinya. Syariat pula ialah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil dari akidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu akidah

itu juga inamakan sebagai ilmu usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama. Dalam agama Islam, akidah merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan akidah itu disertai dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan akidah. Firman Allah SWT yang bermaksud: Alif, Laam Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya. Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah: 1-2) Masalah-masalah akidah yang wajib diiktikadkan atau keyakinan di dalam hati merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT ketika memuji orang-orang yang beriman. Firman Allah bahawasanya: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. (Surah Al-Baqarah: 3) Akidah yang mantap pasti akan dapat membentuk seseorang individu itu yang sentiasa beriman dan patuh akan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza Wajalla. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya:" . "

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama. Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayatayatNya bertambalah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Yaitu) orang- orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka ( Al- Anfaal: 2-3)

Apakah yang dimaksudkan dengan akidah islamiah? Sesungguhnya agama Islam adalah akidah dan syariah. Apa yang dimaksudkan dengan akidah itu ialah setiap perkara yang dibenarkan oleh jiwa, yang dengannya hati menjadi tenteram serta menjadi keyakinan bagi para pemeluknya, tidak ada keraguan dan kebimbangan di dalamnya. Adapun yang dimaksud syariah adalah tugas-tugas pekerjaan yang dibebankan oleh Islam, seperti solat, zakat, puasa, berbakti kepada orang tua, dan lain sebagainya. Landasan akidah Islamiah adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhir, dan beriman kepada qadar (takdir), yang baik maupun yang buruk.

Dalilnya adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang ertinya: "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi." Akidah Islamiah merupakan suatu kewajipan yang paling penting dan amat ditekankan dalam pengukuhan iman seseorang. Oleh kerana itu, ianya merupakan perkara pertama yang diwajibkan kepada manusia. Hal ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah S.A.W:-

"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak, kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah." (HR Bukhari dan Muslim).

Akidah Islamiah merupakan syarat pokok menjadi seorang mukmin, dan merupakan syarat sahnya semua amal kita. Untuk memperoleh akidah yang lurus kita perlu mempelajari dan memahami sifat-sifat Allah dan apa-apa yang disukai dan dibenci Allah. Tanpa akidah yang lurus maka amal ibadah kita tidak diterima-Nya. Salah satu hal yang paling dibenci Allah SWT adalah syirik, yaitu mensejajarkan diri-Nya dengan makhluk atau benda ciptaan-Nya. Allah berfirman, Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang yang merugi (QS, Az-Zumar: 65). Oleh yang demikian, melalui keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah SWT dengan segala pelaksanaan kewajiban, bertauhid dan taat kepadaNya, beriman kepada Malaikat-Malaikat-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Kitab-Kitab-Nya, hari akhir, taqdir baik dan buruk akan membentuk akidah Islamiah yang mantap dan jitu pada diri seorang muslim yang benar-benar beriman. Akidah Islamiah dapat disimpulkan secara ringkas iaitu: 1) Beritiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini. 2) Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan cara yang hatihati dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang

sebenarbenarnya antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhluk- makhluk dan sifat-sifat mereka. Dalam Surah Al-Anam, Al-Quran menjelaskan: (Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al-Anam: 102 -103) 3) Akidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis marifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis marifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsiarahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera. 4) Akidah Islamiah menuntut orang-orang Mumin supaya kesan-kesan daripada unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam tuturkata dan segala perbuatan mereka. Seseorang mumin itu bila telah beritiqad bahawa Tuhan yang menjadikannya itu bersifat Maha Kuasa, maka sebagai natijah secara praktik dan akidah ini hendaklah ia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah menumpukan segala harapan kepadaNya; dan apabila ia beritiqad bahawa Allah itu Maha mengetahui, tentulah a sentiasa berhati-hati terhadapNya dan sentiasa diliputi rasa takut kepada Allah untuk melakukan sebarang maksiat; dan apabila ia beritiqad bahawa Allah itu Esa, tentulah ia tidak memohon selain daripadaNya dan tidak meminta kepada yang lain daripada Allah, dan tidak pula menghadap atau menghalakan mukanya melainkan kepada

Allah, dan begitulah seterunya. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan keadaan mi memanglah banyak, umpamanya firman Allah Taala: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayatayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Iaitu) orangorang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarbenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia. (Al-Anfal: 2-4).

JELASKAN PENGERTIAN DAN MAKSUD AQIDAH SAHIH DAN FASAD. AKIDAH SAHIH Akidah sahih ialah akidah yang disampaikan kepada manusia yang

bersumberkan kepada wahyu sawami serta datang daripada Allah SWT samada mengenai iktikad perundangan atu akhlak. Akdah inilah yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan kepada petunjuk agama yang benar, jalan yang lurus dan sah iaitu agama Allah SWT. Syeikh Abdul Aziz al-Bazz mentakrifkan akidah yang sahih ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam sesuai dengan dalil syarak serta berdasarkan kepada Al- Quran dan hadis. Ia diterima oleh Allah SWT dan juga merupakan kemuncak dan asas dan pegangan hidup seorang muslim. Akidah yang salah merupakan suatu pegangan yang batil dimana cabang atu rantingnya berpunca daripada perbuatan dan perkataan yang salah. Sesungguhnya Allah SWT menolak setiap amal seseorang Muslim yang dilakukan berdasarkan akidah yang salah.

Akidah sahih merupakan syarat pertama bagi seseorang yang ingin menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafus salih dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketakwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam. Iman amat menitikberatkan akidah yang benar dan betul, serta menolak akidah selain daripadanya. Oleh itu, akidah Islam yang sahih telah mencukupi dan tidak perlu sama sekali kepada sebarang pindaan atau sandaran kepada sumber-sumber yang lain daripada apa yang difahami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat (r.a) Akidah sahih ialah : 1. 2. 3. Percaya kepada Allah SWT, malaikat-Nya, rasul-Nya,kitab-Nya, hari akhirat,serta qadak dan qadar. Berlandaskan dalil-dalil syariah daripada Al-Quran dan as sunnah yang menjadi asas agama Islam. Amal ibadat seseorang itu hanya sah diterima Allah SWT apabila ibadat yang terbit dan datang dari akidah yang sahih. Amal ibadat yang bukan terbit dari akidah yang sahih adalah sia-sia sahaja,iaitu tidak mendapat apa-apa balasan daripada Allah SWT. 4. Mempunyai ciri-ciri mentauhidkan Allah SWT iaitu mempunyai iktikad yang pasti dan tetap, Allah SWT itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Dia. 5. Mempunyai keyakinan bahawa sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah SWT ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT secara khusyuk, rughbah, hubbullah, tazallul dan ikhlas. 6. Mempunyai ciri-ciri tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang berlandaskan Al-Quran dan as sunnah supaya orang-orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.

7.

Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mnempertahankan agama Islam dan akidah sahih itu.

8.

Rasulullah SAW dengan kekuatan akidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum musyrikin yang mengajak baginda menyembah berhala mereka. 9. Akidah yang bersumberkan Al-Quran dan as sunnah sepertimana iktikad Nabi Muhammad SAW. Kita perlu yakin hanya kepada aqidah yang sahih sahaja; iaitu aqidah yang diturunkan melalui rasul-rasul pada setiap tempat dan zaman kerana ianya turun daripada Yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. [an-Nahl 16:36] Amalan seseorang tidak akan diterimaAllah SWT, kecuali amalan-amalan orang yang beriman yang berasaskan akidah yang sahih. Orang yang tidak beriman dan tidak mengharapkan pahala daripada Allah SWT dan tidak takut akan seksaan Allah,malah beramal kerana bukan menuntut keredaan Allah SWT, maka dia tidak berhakmenerima pahala dari Allah SWT. Sebagai muslim, mukmin hendaklah membentuk diri dengan iman dan Islam yang berasaskan akidah sahih.

AKIDAH FASAD Aqidah yang berbeza dari apa yang diajarkan Rasul merupakan aqidah fasad (buruk). Bercambahnya aqidah fasad ini berpunca daripada akal fikiran manusia

semata ataupun kombinasi akal fikiran serta hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani atau golongan-golongan sesat yang mengaku Islam seperti Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Jahimiyyah, Qadariyyah dan bermacam lagi. Perkara aqidah tidak mampu ditentukan akal melainkan wahyu kerana walau setinggi mana akal fikiran manusia namun ilmu yang ada disisinya adalah terhad dan tidak mencukupi. Selain dipengaruhi persekitaran, adat resam, peniruan cara hidup dan pemikiran pihak-pihak lain. Sekiranya ditanya apakah kita beragama Islam dengan aqidah seperti mana aqidah Islam yang diajarkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam? Tentunya setiap yang mengaku Muslim akan menjawab YA. Tepi sedarkah kita jawapan yang sama juga akan keluar dari mulut golongan-golongan sesat Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Jahimiyyah, Qadariyyah dan lain-lain. Begitu juga apabila ditanya apakah kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah Rasul-Nya? Maka sekali lagi kita boleh lihat semua pasti memberikan jawapan yang sama. Sekalipun di dalam perkara-perkara aqidah yang merupakan perkara teras, iktikad mereka yang berbeza dengan kita golongan ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Jadi siapakah yang benar? Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. [ Hasan: Sunan Abu Daud no: 4429] Apakah yang menjamin kita berada di dalam golongan yang dijanjikan syurga seperti yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Bagaimanakah untuk

menjamin bahawa pegangan kita adalah pegangan yang diajar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tanpa sebarang pencemaran? Untuk memastikan iktikad kita benar maka pemahaman kita terhadap al-Quran dan al-Sunnah perlulah selari dengan pemahaman Salaf al-Ummah. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda:

Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya. [ Sahih: Sahih alBukhari no: 3650.] Hadis tersebut merujuk kepada para Sahabat, mereka yang mengikuti sahabat (Tabiin) dan mereka yang mengikuti Tabiin (Tabi at-Tabiin). Tiga generasi awal itulah yang disebut sebagai Salaf al-Ummah. Hadis tersebut bertujuan untuk menjadikan umat Islam pada tiga generasi tersebut sebagai contoh dan modal ikutan umat-umat Islam. Hal ini seperti mana yang dianjurkan dalam firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi (bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]

Perkara yang paling utama sekali perlu dicontohi tentulah dalam hal-hal aqidah kerana merekalah yang mempunyai aqidah yang murni. Cara pemahaman kita terhadap al-Quran dan as-Sunnah juga mesti bertepatan dengan cara mereka yakni Salaf al-Ummah memahaminya dan bukannya pemahaman mengikut hawa nafsu dan kesombongan diri. Marilah kita bertanya pada diri, apakah aqidah kita selari dengan mereka, generasi terbaik yang diiktiraf Rasulullah shallallahu alaihi wasallam?

NYATAKAN DAN HURAIKAN PRINSIP AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH. AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH Akidah ahli sunnah waljamaah adalah berasaskan akidah yang sahih. Dalam Islam, iman menjadi asas sesuatu amalan, yakni amalan-amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang beriman yang berlandaskan kepada akidah yang sahih. Berdasarkan kepada hadis-hadis sahih didapati bahawa ahli sunnah waljamaah mempunyai akidah yang sahih dan firqah an najihah. Al Firqatun najiyyah Ahli sunnah waljamaah masih tetap berada dalam keadaan berperang teguh terhadap ajaran Islam yang benar berjalan di atasnya dan menyeru kepadanya, bahkan akan tetap berada dalam keadaan demikian sebagaimana diberitakan dalam hadis Rasulullah SAW tentang keabadiannya dan kelangsungannya. Sesungguhnya ahli sunnah waljamaah berada di atas jalan yang dilalui oleh para sahabat (r.a) bersama Rasulullah SAW baik dalam perkataan, perbuatan mahupun keyakinan sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Mereka iaitu barangsiapa yang berada pada apa-apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini

Sesungguhnya ahli sunnah waljamaah merupakan kesinambungan orang-orang yang baik pada masa dahulu. Keadaan merekla adalah sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maka sepatutnya ada antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi, tetapi sayang, tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang yang Kami telah selamatkan antara mereka. Dan orang yang tidak melarang itu telah menitik-beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang yang berdosa. PRINSIP-PRINSIP AHLI SUNNAH WALJAMAAH Dr Soleh bin Fauzan al-Fauzan dalam kitabnya Prinsip-prinsip Ahli Sunnah Wajamaah menjelaskan sembilan prinsip ahli sunnah waljamaah iaitu: 1. Beriman kepada Allah SWT, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasulrasul-Nya, Hari Akhirat serta Qadak dan Qadar. i. Iman kepada Allah: Beriman kepada Allah ertinya berikrar dengan macam-macam tauhid yang tiga serta beritiqad dan mengamalkannya, yaitu: tauhid Rububiyah, tauhid Uluhiyah, dan tauhid Asma dan sifat. Tauhid Rububiyah Tauhid Rububiyah adalah mentauhidkan segala apa yang dikerjakan Allah baik mencipta, memberi rizki, menghidupkan dan mematikan; dan bahwasanya Dia itu adalah Raja dan Penguasa segala sesuatu. Tauhid Uluhiyah (Surah Hud: 116)

Tauhid Uluhiyah ertinya mengesakan Allah melalui segala pekerjaan hamba yang dengan itu mereka dapat mendekatkan diri kepada Allah, apabila memang hal itu disyariatkan oleh-Nya, seperti: berdoa, takut, berharap, cinta, penyembelihan, nadzar, isti'anah, istighatsah, minta perlindungan, shalat, puasa, haji, berinfaq di jalan Allah dan segala apa saja yang disyariatkan dan diperintahkan Allah dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun baik seorang malaikat, nabi, wali, maupun yang lain. Tauhid Al Asma Wash- shifat Sedangkan makna tauhid Al Asma Wash- shifat adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas Diri-Nya baik itu berkenaan dengan nama-nama maupun sifat-sifat Allah dan mensucikannya dari segala cela dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Semua ini kita yakini tanpa melakukan tamtsil (perumpamaan), difirmankan Allah : Tak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya danDia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui. (QS.Asy- Syura: 11). Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka berdoalah kamu dengannya. (QS. Al- Araf: 180). Iman kepada para Malaikat-Nya: Beriman kepada para Malaikat-Nya Yakni membenarkan adanya para malaikat, dan bahwasanya mereka itu adalah makhluk dari sekian banyak makhluk Allah, diciptakan dari cahaya. Allah menciptakan malaikat dalam rangka untuk beribadah kepada-Nya tanpa tasybih (penyerupaan), dan tahrif (penyelewengan), tathil (penafian), dan tanpa takwil; seperti

dan menjalankan perintah-perintah- Nya di dunia ini, sebagaimana difirmankan Allah: Bahkan malaikat-malaikat itu adalah makhluk yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dalam perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. (QS. Al-Anbiyaa: 26-27). Allahlah yang menjadikan para malaikat sebagai utusan yang memiliki sayap dua, tiga dan empat, Allah menambah para makhlukNya apa-apa yang Diakehendaki ( QS. Fathiir: 1). Iman kepada Kitab- kitab-Nya: Yakni membenarkan adanya Kitab-kitab Allah beserta segala kandungannya baik yang berupa hidayah (petunjuk) dan cahaya serta mengimani bahwasanya yang menurunkan Kitab-kitab itu adalah Allah sebagai petunjuk bagi seluruh manusia. Dan bahwasanya yang paling agung di antara sekian banyak kitab-kitab itu adalah tiga kitab yaitu; Taurat, Injil, dan Al-Quran, dan di antara kitab agung di atas yang teragung lagi adalah Al- Quran yang merupakan mukjizat yang agung. Allah berfirman: Katakanlah (hai Muhammad): Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al- Quran niscaya mereka tidak akan mampu melakukannya walaupun sesama mereka saling bahu-membahu. ( QS. Al Israa': 88). Dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengimani bahwa Al Quran itu adalah kalam (firman) Allah, dan dia bukanlah makhluk, baik; huruf maupun maknanya. Berbeda dengan pendapat golongan Jahmiyah dan Mutazilah, mereka mengatakan bahwa Al-Qur'an adalah makhluk baik huruf maupun maknanya. Berbeda pula dengan pendapat Asyariyah dan yang menyerupai mereka, yang

mengatakan bahwa kalam (firman Allah) hanyalah maknanya saja, sedangkan huruf-hurufnya adalah makhluk. Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah kedua pendapat tersrbut adalah batil, berdasarkan firman Allah: Dan jika ada seorang dari kaum musyrikin meminta perlindungan kepadamu maka lindungilah ia, sehingga ia sempat mendengar kalam Allah (Al- Quran)". (QS. At Taubah: 6). Mereka itu ingin merubah kalam Allah. (QS. Al Fath: 15). Dalam ayat-ayat di atas, tegas dinyatakan bahwa Al Quran sebagai Kalam Allah, bukan kalam yang selainnya. iv. Iman kepada para Rasul: Yakni membenarkan semua rasul-rasul, baik; yang Allah sebutkan nama mereka maupun yang tidak, dari yang pertama sampai yang terakhir, dan penutup para nabi tersebut adalah nabi kita Muhammad . Ertinya pula, beriman kepada para rasul seluruhnya dan beriman kepada nabi kita secara terperinci, serta mengimani bahwa beliau adalah penutup para nabi dan para rasul serta tidak ada nabi sesudahnya. Maka barangsiapa yang keimanannya kepada para rasul tidak demikian berarti dia telah kafir. Termasuk pula beriman kepada para rasul adalah tidak melalaikan dan tidak berlebih-lebihan terhadap hak mereka. Berbeda dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang berlebih-lebihan terhadap para rasul mereka, sehingga mereka menjadikan dan memperlakukan para rasul itu seperti memperlakukannya sebagai tuhan (Allah), sebagaimana yang difirmankan Allah: Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair itu anak Allah, dan orang-orang Nashrani berkata: Isa Al Masih

itu anak Allah. (QS. At Taubah: 30). Sedang orang-orang sufi dan para Ahli filsafat telah bertindak sebaliknya. Mereka telah merendahkan dan menghinakan hak para rasul, dan lebih mengutamakan para pemimpin mereka, sedang kaum penyembah berhala dan atheis telah kafir kapada seluruh para Rasul tersebut. Orang yahudi telah kafir kepada Nabi Isa dan Muhammad , sedang orang Nashrani telah kafir kepada nabi Muhammad , dan orang-orang yang mengimani sebagian dan mengingkari sebagian (para rasul) maka dia telah mengingkari seluruh Rasul, Allah telah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasulrasul-Nya dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-Nya, dengan mengatakan: "kami beriman kepada yang sebagian dan kami kafir kepada sebagian (yang lain), serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan di antara yang demikian (iman dan kafir) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya, kami telah menyediakan untuk mereka siksa yang menghinakan. (QS.An-Nisa:150-151). Dan juga Allah telah berfirman: Kami tidak membeda-bedakan satu di antara Rasul rasul-Nya. (QS. Al Baqarah: 285). v. Iman kepada hari kiamat: Yakni membenarkan apa-apa yang akan terjadi setelah kematian dari hal-hal yang telah diberitakan Allah dan Rasul-Nya; tentang adzab dan nikmat qubur, hari kebangkitan dari qubur, hari berkumpulnya manusia di padang mahsyar, hari perhitungan dan

ditimbangnya segala amal perbuatan, dan pemberian buku catatan amal dengan tangan kanan atau tangan kiri, tentang jembatan (shirath), serta surga atau neraka, di samping itu keimanan untuk bersiap sedia dengan amalan shaleh, dan meninggalkan amalan buruk serta bertaubat meninggalkannya. Dan sungguh telah mengingkari adanya hari akhir orang-orang musyrik dan kaum dahriyyun, sedang orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashrani tidak mengimani hal ini dengan keimanan yang benar sesuai dengan tuntunan, walau mereka beriman akan adanya hari akhir. Firman Allah: Dan mereka (Yahudi dan Nashrani) berkata: sekalikali tidaklah masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nashrani, demikianlah anganangan mereka". (QS. Al Baqarah: 111). Dan mereka berkata: kami sekali-kali tidak akan disentuh api neraka kecuali hanya dalam beberapa hari saja. (QS.Al Baqarah: 80). Imam kepada takdir: Yakni beriman bahwasanya Allah itu mengetahui apa-apa yang telah terjadi dan yang akan terjadi; menentukan dan menulisnya di Lauh Mahfudz; dan bahwasanya segala sesuatu yang terjadi, baik maupun buruk, kafir, iman, taat, maksiat, itu telah dikehendaki, ditentukan, dan diciptakan-Nya, dan bahwasanya Allah itu mencintai ketaatan dan membenci kamaksiatan. Sedang hamba Allah itu mempunyai kekuasaan, kehendak, dan kemampuan memilih terhadap pekerjaan-pekerjaan yang menghantar mereka kepada ketaatan atau kemaksiatan, akan tetapi semua itu mengikuti kemauan dan kehendak Allah. Berbeda dengan pendapat golongan

Jabariyah yang mengatakan bahwa manusia terpaksa dengan pekerjan-pekerjaannya, tidak memiliki pilihan atau kemampuan, sebaliknya golongan Qadariyah mengatakan bahwasanya hamba itu memiliki kemauan yang berdiri sendiri dan bahwasanya dialah yang menciptakan pekerjaannya, kemauan dan kehendak itu terlepas dari kemauan dan kehendak Allah. Allah benar-benar telah membantah kedua pendapat di atas dengan firman-Nya: Dan Kamu tidak bisa berkemauan seperti itu kecuali apabila Allah menghendakinya. ( QS. At Takwir: 29). Dengan ayat ini Allah menetapkan adanya kehendak bagi setiap hamba sebagai bantahan terhadap golongan Jabariyah yang ekstrim, bahkan menjadikannya sesuai dengan kehendak Allah, dalam saat yang sama, juga merupakan bantahan atas golongan Qadariyah. Dan beriman kepada takdir dapat menimbulkan sikap sabar saat seorang hamba menghadapi berbagai cubaan dan menjauhkannya dari segala perbuatan dosa dan hal-hal yang tidak terpuji, bahkan dapat mendorong orang tersebut untuk giat bekerja dan menjauhkan dirinya dari sikap lemah, takut dan malas. 2. Bahawasanya iman itu perkataan, perbuatan dan keyakinan yang bertambah dengan ketaatan dan berkurangan dengan kemaksiatan. Maka iman itu bukan hanya perkataan dan perbuatan tanpa keyakinan sebab yang demikian itu merupakan keimanan kaum munafiq, dan bukan pula iman itu hanya sekedar marifah (pengetahuan) dan meyakini tanpa ikrar dan amal. Sebab yang demikian itu merupakan keimanan orang-orang kafir yang menolak kebenaran. Allah berfirman: Dan mereka mengingkarinya karena kadzoliman dan kesombongan (mereka), padahal hati-hati mereka meyakini kebenarannya.

(QS. Al Anam: 14). Karena sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, akan tetapi orangorang yang dzalim itu menentang ayat-ayat Allah. (QS. Al Anaam: 33). Dan kaum Aad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu kehancuran tempat-tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah padahal mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (QS. Al Ankabut: 38). Bukan pula iman itu hanya satu keyakinan dalam hati atau perkataan dan keyakinan tanpa amal perbuatan, karena yang demikian adalah keimanan golongan Murjiah, Allah sering kali menyebut amal perbuatan termasuk iman sebagaimana tersebut dalam firman-Nya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah meraka yang apabila ia disebut nama Allah bergeter hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya dan kepada Allah-lah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan apa-apa yang telah dikaruniakan kepada mereka, merekalah orang-orang mukmin yang sebenarnya". (QS. Al Anfaal: 2-4). Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan iman kalian. (QS. Al Baqarah: 143). Iaitu: solatmu dengan menghadap ke baitul Maqdis, maka shalat di sini dinamakan iman. 3. Bahawa mereka tidak mengkafirkan sesiapa pun daripada kaum Muslimin kecuali apabila seseorang melakukan perbuatan yang membatalkan keislamannya. Adapun perbuatan dosa besar selain kemusyrikan dan

tidak ada dalil yang menghukumi pelakunya sebagai kafir, misalnya meninggalkan solat karena malas, maka pelaku (dosa tersebut) tidak dihukumi kafir akan tetapi dihukumi fasiq dan imannya tidak sempurna. Apabila ia mati sedang dia belum bertaubat maka dia berada dalam kehendak Allah. Jika Ia berkehendak Ia akan mengampuninya dan jika Ia berkehendak Ia akan mengazdabnya, namun si pelaku tidak kekal di neraka, Allah telah berfirman: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa-dosa selainnya bagi siapa yang di kehendaki-Nya." (QS. An Nisaa: 48). Dan madzhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam masalah ini

pertengahan antara Khawarij yang mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar walau bukan termasuk syirik, dan Murjiah yang mengatakan si pelaku dosa besar sebagai mukmin sempurna imannya, dan mereka mengatakan pula suatu dosa maksiat tidak mengurangi iman, sebagaimana tak berguna suatu perbuatan taat dengan adanya kekafiran. 4. Wajib taat kepada pemimpin kaum Muslimin selagi mereka tidak menyuruh membuat kemaksiatan. Apabila mereka menyuruh membuat maksiat, tatkala itulah kita dilarang untuk mentaatinya. Namun tetap wajib taat dalam kebenaran lainnya, sebagaimana firman Allah : Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlan kepada Rasul serta para pemimpin di antara kalian .. (QS. An Nisaa: 59). Dan sabda Nabi :

Dan aku berwasiat kepada kalian agar kalian bertaqwa kepada Allah dan mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian seorang budak Dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah memandang bahwa maksiat kepada seorang pemimpin yang muslim merupakan maksiat kepada Rasulullah , sebagaimana sabdanya: Barangsiapa yang taat kepada pemimpin (yang muslim) maka dia taat kepadaku dan barangsiapa yang maksiat kepada amir maka dia maksiat kepadaku". (HR. Bukhari-Muslim). Demikian pula Ahlus Sunnah Wal Jamaah memandang keharusan shalat dan berjihad bersama para pemimpin dan menasehati serta mendoakan mereka untuk kebaikan dan keistiqamahan. 5. Haram keluar untuk memberontak terhadap pemimpin kaum Muslimin apabila mereka melakukan hal-hal yang menyimpang, selama hal tersebut tidak termasuk amalan kufur. Hal ini sesuai dengan perintah Rasulullah SAW tentang wajibnya taat kepada mereka dalam hal-hal yang bukan maksiat dan selama belum nampak pada mereka kekafiran yang jelas. Berlainan dengan Mutazilah yang mewajibkan keluar dari kepemimpinan para imam pemimpin yang melakukan dosa besar walaupun belum termasuk amalan kufur, dan mereka memandang amalan tersebut sebagai amar maruf nahi mungkar. Sedang pada kenyataannya, tindakan Mutazilah seperti ini merupakan kemungkaran yang besar karena dapat menimbulkan bahaya yang besar, berupa; kericuhan, keributan, dan kerawanan dari pihak musuh. 6. Antara prinsip ahli sunnah waljamaahialah membersihkan hati dan percakapan terhadap para sahabat Rasulullah SAW. sebagaimana hal ini

telah digambarkan oleh Allah ketika mengkisahkan sahabat Muhajirin dan Anshar dan pujian-pujian terhadap mereka:

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka mengatakan: "ya Allah, ampunilah kami dan saudara- saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kebencian kepada orang-orang yang beriman; ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Hasyr: 10). Dan sesuai dengan sabda Rasulullah : Janganlah kamu sekali-kali mencela sahabat-sahabatku, maka demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, kalau seandainya salah seorang di antara kalian menginfaqkan emas sebesar gunung Uhud, niscaya tidak akan mencapai segenggam kebaikan salah seorang di antara mereka tidak juga setengahnya. (HR. Bukharidan Muslim). Berbeda dengan sikap orang-orang ahlul bidah baik dari kalangan Rafidhah maupun Khawarij yang mencela dan meremehkan keutamaan para sahabat. Ahlus Sunnah memandang bahwa para khalifah setelah Rasulullah adalah Abu Bakar, kemudian Umar bin Khatab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib radiallahu anhum. Barangsiapa yang mencela salah satu di antara mereka, maka dia lebih sesat dari pada keledai karena bertentangan dengan nash dan ijma atas kekhalifahan mereka dalan urutan seperti ini. 7. Mencintai ahlul bait sesuai dengan wasiat Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud sesungguhnya aku mengingatkan kalian dengan ahli baitku . Sedang yang termasuk ahli bait (keluarga) beliau

adalah isteri-isterinya sebagai ibu kaum muminin. Dan sungguh Allah telah berfirman tentang mereka setelah menegur mereka: Wahai istri-istri Nabi " (QS. Al Ahzaab: 32). Kemudian mengarahkan nasihat-nasihat kepada mereka dan menjanjikan mereka dengan pahala yang besar, Allah berfirman: Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kalian, hai ahlul bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya". (QS. Al Ahzaab: 33). Pada dasarnya ahlul bait itu adalah saudara-saudara dekat Nabi dan yang dimaksudkan di sini khususnya adalah yang shaleh di antara mereka. Sedang saudara-saudara dekat yang tidak shaleh, seperti pamannya, Abu Lahab, maka mereka tidak memiliki hak. Allah berfirman: Celakalah kedua tangan Abu Lahab, dan sungguh celaka dia. (QS. Al Lahab: 1). Mereka sekedar ada hubungan darah yang dekat dan bernisbat kepada Rasul tanpa keshalehan dalam beragama (Islam) tidak ada manfaat dari Allah sedikitpun baginya, Rasul bersabda: Hai kaum Quraisy, belilah diri-diri kamu, sebab aku tidak dapat memberi kamu manfaat di hadapan Allah sedikitpun, wahai Abbas paman Rasulullah, aku tidak dapat memberikan manfaat apapun di hadapan Allah. Wahai Shafiah bibi Rasulullah, aku tidak dapat memberi manfaat apapun di hadapan Allah, wahai Fathimah anak Muhammad, mintalah dari hartaku semaumu, aku tidak dapat memberikan manfaat apapun di hadapan Allah (HR. Bukhari dan Muslim).

Dan saudara-saudara Rasulullah yang soleh tersebut mempunyai hak atas kita berupa penghormatan, cinta dan penghargaan, namun kita tidak boleh berlebih-lebihan. Mendekatkan diri dengan suatu ibadah kepada mereka. Adapun keyakinan bahwa mereka memiliki kemampuan untuk memberi manfaat atau mudharat selain dari Allah adalah bathil, sebab Allah telah berfirman: Katakanlah (hai Muhammad) bahwasanya aku tidak kuasa

mendatangkan kemudharatan dan manfaat bagi kalian." (QS. Al Jin: 21). Katakanlah (hai Muhammad): "Aku tidak memiliki manfaat atau mudharat atas diriku kecuali apa-apa yang dikehendaki oleh Allah, kalaulah aku mengetahui yang ghaib sungguh aku akan perbanyak berbuat baik dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan". (QS. Al Araf: 188). Apabila Rasulullah saja demikian, maka bagaimana pula yang lainnya. Jadi apa yang diyakini sebagian orang terhadap kerabat Rasulullah adalah suatu keyakinan yang bathil. 8. Membenarkan wujudnya karamah para wali iaitu apa yang Allah SWT perlihatkan dengan tangan-tangan mereka hal-hal yang luar biasa sebagai penghormatan kepada mereka sebagaimana hal tersebut telah ditunjukkan dalam Al Quran dan As Sunnah. Sedang golongan yang mengingkari adanya karamah-karamah tersebut di antaranya Mutazilah dan Jahmiyah, yang pada hakikatnya mereka mengingkari sesuatu yang diketahuinya. Akan tetapi kita harus mengetahui bahwa ada sebagian manusia pada zaman kita sekarang yang tersesat dalam masalah karamah, bahkan berlebih-lebihan, sehingga menganggap hal-hal yang sebenarnya bukan termasuk karamah, berupa; jampi-jampi, pekerjaan

para ahli sihir, syaitan-syaitan dan para pendusta. Perbedaan karamah dan kejadian yang luar biasa lainnya itu jelas. Karamah adalah kejadian luar biasa yang diperlihatkan Allah kepada para hamba-Nya yang shaleh, sedang sihir adalah keluar-biasaan yang biasa diperlihatkan para tukang sihir dari orang-orang kafir dan atheis dengan maksud untuk menyesatkan manusia dan mengaruk harta mereka. Karamah bersumber pada ketaatan, sedang sihir bersumber pada kekafiran dan kemaksiatan. 9. Menggunakan dalil yang bersumberkan kitab Allah SWT atau sunnah Rasulullah SAW baik secara lahir mahupun batin ketika berhujah dan mengikuti apa-apa yang dijalankan oleh para sahabat dari kaum Muhajirin maupun Anshar pada umumnya dan khususnya mengikuti Khulafaurrasyidin sebagaimana wasiat Rasulullah dalam sabdanya: Berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku, dan sunnah

Khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk Dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mendahulukan perkataan siapapun atas firman Allah dan sabda Rasulullah . Oleh karena itu mereka dinamakan Ahlul Kitab was Sunnah. Setelah mengambil dasar Al Quran dan As Sunnah mereka mengambil apa-apa yang telah disepakati ulama umat ini. Inilah yang disebut dasar ketiga yang selalu dijadikan sandaran setelah dua dasar yang pertama; yakni Al Quran dan As Sunnah. Segala hal yang diperselisihkan manusia selalu dikembalikan kepada Al Kitab dan As Sunnah. Allah telah berfirman: Maka jika kalian berselisih tentang sesuatu, kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman pada Allah dan hari akhir, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu dan lebih baik akibatnya. (QS. An Nisa: 59).

Ahlus Sunnah tidak meyakini adanya kemasuman (terpelihara dari berbuat dosa) seseorang selain Rasulullah dan mereka tidak bertaassub (fanatik) pada suatu pendapat sampai pendapat tersebut bersesuaian dengan Al Kitab dan As Sunnah. Mereka meyakini bahwa mujtahid itu bisa salah dan benar dalam ijtihadnya. Dan tidak boleh berijtihad sembarangan kecuali mereka yang telah memenuhi persyaratan tertentu menurut ahlul ilmi. Perbedaan-perbedaan di antara mereka dalam masalah ijtihad tidak boleh mengharuskan adanya permusuhan dan saling memutuskan hubungan di antara mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang ta'assub (fanatik) dan ahli bidah. Sungguh mereka tetap mentolerir perbedaan yang wajar, bahkan mereka tetap saling mencinta, loyal satu sama yang lain; sebagian mereka tetap shalat di belakang yang lain betapapun ada perbedaan masalah fiqh di antara mereka. Sedang ahli bidah memusuhi, mengkafirkan dan menghukumi sesat kepada setiap orang, yang menyimpang dari golongan mereka.

JELASKAN DAN HURAIKAN MAKSUD TAUHID AL-ASMA DAN TAUHID ASSIFAT. TAUHID ASMAWASSIFAT Menurut ustaz Ismail Umar (1999), sesungguhnya tauhid nama-nama dan sifatsifat merupakan perkara yang terpenting dalam agama. Pengetahuan berkenaan Allah SWT dari segi nama-nama-Nya yang suci dan sifat-sifat-Nya yang tertinggi merupakan semulia-mulia ilmu untuk membentuk keimanan yang sahih dan tauhid yang suci. Tidak mungkin bagi seseorang menyempurnakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT sehinggalah ia mengetahui akan tauhid nama-nama dan sifat-sifat ddengan cara kefahaman yang betul.

Secara ringkas tauhid nama-nama dan sifat ialah beriktikad dengan kukuh bahawa Allah SWT disifatkan dengan segala sifat-sifat kesempurnaan, bersih dari segala sifat-sifat kekurangan, dan sifat-sifat-Nya itu hanya khusus bagi-Nya tanpa menyerupai sifat-sifat makhluk. Asas Tauhid AsmaWassifat Dr Muhammad Naim Yasin (2001) menjelaskan bahawa bertitik tolak dari pengertian tauhid asma wassifat, ianya berdasarkan kepada tiga asas. Sesiapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah SWT dari segi asma dan sifat. Ketiga-tiga asas itu ialah: Asas Pertama: Mensucikan sifat-sifat Allah SWT dari menyerupai sifat-sfat makhluk. Asas ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: Tiada suatu pun yang sebanding dengan zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Al-Syura: 11) Oleh itu janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah. (Surah An-Nahlu: 74) Imam al-Qurtubi menyebut ketika menafsirkan ayat yang bermaksud Tiada suatu pun yang sebanding dengan Allah SWT dan yang mengiktikad pada Allah SWT ialah Allah yang maha mulia nama-Nya dalam keagungan-Nya,

BAHAGIAN KETIGA: TAUHID AL-ASMA' WA AL-SIFAT Pengertian secara ringkas ialah: Beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat sifat

kekurangan dan sifat sifat Allah tidak menyerupai sifat sifat makhluk, dengan ertikata kita isbatkan bagi Allah nama nama dan sifatsifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al Qur'an al Karim bagi zatnya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah s.a.w. di dalam al hadith, tanpa mengubahkan lafaz lafaz dan makna maknanya, tanpa menta'tilkannya iaitu mengingkarinya umpama menafikan semua nama atau sifat Allah, ataupun menafikan sebahagiannya, tanpa mengetepikannya (menetapkan kaifiah) dengan menentukan hakikatnya dan menetapkan cara cara yang tertentu bagi Allah dan tanpa menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk. Bertolak dari pengerban ini jelaslah bahawa Tauhid al Asma' wa al Sifat ini berdasarkan kepada tiga asas. Siapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah di segi Asma' (Nama) dan sifat. Ketiga tiga asas itu ialah: 1. Mensucikan Allah Azza wa Jalla dari menyerupai makhluk dan dari mana mana sifat kekurangan. 2. Beriman dengan nama nama Allah dan sifat sifat Nya yang sabit di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Sharif, tanpa mengurang, mengubah dan menta'tilkannya 3. Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiah dan bentuk bentuk sifat ini.

ASAS PERTAMA: MENSUCIKAN SIFAT SIFAT ALLAH DARI MENYERUPAI SIFAT SIFAT MAKHLUK Asas ini berdasarkan firman Allah yang mafhum: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah. Dan Dia adalah Amat Mendengar lagi Amat Melihat." (As-Shu'ara : 11)

Dan berdasarkan firman Allah yang mafhum: Maka janganlah kamu mengadakan sekutu sekutu bagi Allah. (An-Nahl : 74) Imam al Qurtubi rahimahullah menyebut ketika mentafsirkan ayat di atas: "Dan yang mengi'tiqad dalam bab ini ialah Allah Yang Maha Mulia namaNya dalam keagungan Nya, kebesaran Nya, pemerintahan Nya, keelokan nama namaNya dan ketinggian sifat sifatNya tidak serupa sama sekali dengan makhluk. Dan sifat sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah. Apa yang telah ditetapkan oleh syara' pada al Khaliq (Pencipta) dan makhluk tidaklah serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah yang qadim bersalahan dengan sifat sifat makhluk yang baharu." Al Wasiti rahimahullah berkata, "Mana mana zat tidaklah menyerupai zat Allah. Mana mana nama tidaklah menyerupai nama nama Allah, mana-mana perbuatan tidaklah menyerupai perbuatan Allah. Dan mana mana sifat tidaklah menyerupai sifat sifat Allah kecuali di segi lafaz atau bahasa sahaja yang menyerupainya, Maha Suci Zat Allah yang qadim dari menyerupai sifat sifat makhluk yang baharu. Begitu juga mustahilnya ada sifat sifat qadim pada zat yang baharu." I'tiqad demikian adalah i'tiqad Ahl al Haq dan Ahl al Sunnah wal Jama'ah. Sayyid Qutb rahimahullah, ketika mentafsirkan ayat itu tadi berkata, "Dan fitrah (tabiat semula jadi) manusia tetap beriman seperti yang disebut itu secara badahah (tidak memerlukan pemikiran yang dalam). Maka Allah Pencipta takkan serupa dengan sesuatu yang dicipta." Dan termasuk dalam asas ini juga pembersihan Allah daripada setiap perkara yang bercanggah dengan apa yang disifatkan olehnya sendiri dan yang disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.

Mentauhidkan Allah di segi sifat menuntut dari muslim supaya menafikan Allah dari beristeri, ada yang setanding, sebanding dan yang setaraf dengan Nya, ada yang memberi syafa'at tanpa keizinan Nya dan ada pula bagi Nya penolong penolong. Juga menuntut dari muslim supaya mensucikan Allah dari segala sifat sifat kekurangan seperti tidur, lemah, penat, mati, jahil, zalim, lalai, lupa, mengantuk dan sebagainya. ASAS KEDUA: MEMADAI DENGAN NAMA NAMA DAN SIFAT SIFAT SEKADAR YANG DISEBUT DALAM AI QUR'AN Al KARIM DAN AL HADITH AI SYARIF Asas ini menuntut dari muslim supaya mencukupi dengan nama nama dan sifat sifat Allah sekadar mana yang dinaskan di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif, kerana nama nama dan sifat sifat itu asalnya diterima dari Allah dan Rasul Nya, bukan melalui pemikiran manusia. Dengan demikian, tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri dan oleh Rasul Nya. Nama-nama Allah juga tidak boleh kita menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah dan Rasul Nya s.a.w, kerana Allah lebih mengetahui tentang zatnya, sifat sifat Nya dan nama nama Nya. Firman Allah yang mafhum: "Apakah kamu lebih mengetahui atau Allah lebih mengetahui." (Al-Baqarah : 140) Apabila telah ternyata bahawa Allah lebih mengetahui dan Rasul Nya pula adalah orang yang benar lagi diakui benar, maka ia tidak menjelaskan melainkan dengan apa yang diwahyukan kepadanya. Berhubung dengan nama dan sifat Allah, baik di segi nafi mahu pun isbat, wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah dan Rasul Nya. Imam Ahmad

rahimahullah berkata, "Tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat sifat yang telah ditetapkan oleh Nya sendiri di dalam al Qur'an dan oleh Rasul Nya di dalam al Hadith, tidak lebih dari itu. Na'im bin Himad, guru Imam al Bukhari berkata, "Barangsiapa menyerupakan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk Nya ia menjadi kafir. Dan barangsiapa mengingkari apa yang disifatkan oleh Allah akan zatNya atau yang disifatkan oleh RasulNya ia menjadi kafir juga. Apa yang disifatkan oleh Allah sendiri akan zatNya dan oleh RasulNya tidak ada penyerupaan sama sekali dengan makhluk." Asas ini menuntut dari setiap mukallaf yang aqil baligh beriman dengan sifat sifat Allah dan nama nama yang disebut di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith serta menggunakan makna lahir yang terang di dalam bahasa tanpa menta'tilkan atau menafikan sebahagiannya dari Allah atau mengubahkannya dari makna zahirnya. ASAS KETIGA: BERIMAN DENGAN NAMA NAMA DAN SIFAT SIFAT TANPA BERTANYA TENTANG KAIFIATNYA Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama nama dan sifat sifat Allah mengikut yang dinaskan di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith, tanpa bertanya tentang kaifiatnya, tanpa membahas tentang hakikatnya, kerana mengetahui kaifiat sifat sifat itu bergantung kepada mengetahui kaifiat zat Allah, sebab sifat sesuatu berlainan menurut berlainan mausuf (zat yang disifatkan). Adapun zat Allah tidak harus ditanya tentang hakikat dan kaifiatnya. Begitu juga sifat sifat Allah Azza wa Jalla tidak harus ditanya tentang kaifiatnya. Lantaran itu, kebanyakan ulama' dahulu ketika ditanya mengenai "istiwa'/bersemayam Allah di atas 'Arasy" mereka menjawab, "Bersemayam itu adalah diketahui, cara caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib manakala bertanya tentangnya adalah bid'ah."

Maka bersepakatlah para ulama' dahulu mengatakan, "Kaifiat tidak maklum di sisi kita, bertanya mengenai kaifiat itu adalah bid'ah." Seandainya ada orang bertanya kita, "Bagaimanakah turunnya Allah ke langit dunia?", hendaklah kita kembali bertanya dia, "Bagaimana Allah itu?". Apabila ia menjawab, "Saya tidak mengetahui kaifiat zat Allah", kita menjawab, "Kami juga tidak mengetahui kaifiat turunnya Allah, kerana tahu kaifiat sifat memastikan tahu kaifiat mausufnya (zat yang disifatkan), sebab sifat itu adalah ekoran bagi mausuf yang disifatkan.. Maka bagaimana engkau meminta kami terangkan cara pendengaran Allah, penglihatan-Nya, percakapan-Nya, persemayaman-Nya dan turun-Nya ke langit dunia sedangkan engkau sendiri tidak tahu kaifiat zat-Nya." Apabila engkau mengaku bahawa Allah itu suatu zat yang hakiki yang sabit, yang mesti bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, tidak serupa dengan sifat sifat makhluk, maka pendengaran Allah, penglihatan Nya, percakapan Nya, turun Nya dan bersemayam Allah di atas 'Arasy adalah suatu hakikat yang sabit juga, kerana zat Allah yang bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan tentu sekali tidak serupa dengan sifat sifat makhluk seperti sifat mendengar, melihat, bercakap, turun dan bersemayam. Dengan keterangan di atas, jelaslah bahawa tauhid bahagian ini mempunyai beberapa masalah yang mesti dijauhi oleh setiap muslim iaitu: 1. TASYABIAH Tasyabiah ertinya menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk seperti orang orang Nasara menyerupakan Isa bin Maryam dengan Allah, orang orang Yahudi menyerupakan 'Uzair dengan Allah, orang orang musyrikin menyerupakan berhala berhala mereka dengan Allah dan seperti segolongan manusia menyerupakan wajah Allah dengan wajah makhluk, tangan Allah dengan tangan makhluk, pendengaran Allah dengan pendengaran makhluk dan sebagainya.

2.

TAHRIF Tahrif ertinya menukar atau mengganti nama nama Allah dan sifat sifatnya dengan umpama menambah, atau mengurang, atau mengubah baris i'rab seperti membaca dengan menasabkan kalimah Allah yang memberi erti "Dan Nabi Musa bercakap dengan Allah", atau menta'wilkan suatu lafaz dengan ta'wilan yang tidak ma'ruf dalam bahasa Arab seperti menta'wilkan lafaz "wajah" dengan makna "zat" dan lafaz bersemayam" dengan makna menguasai".

3.

TA'TIL Ta'til ertinya menafikan sifat sifat Uluhiyyah Allah dengan mengingkari adanya sifat itu pada Allah seperti menafikan sifat sifat kesempurnaan dari Allah, dalam ertikata mengingkari nama nama Nya dan sifat sifat Nya, menafikan hubungan manusia dengan Allah dalam ertikata mengingkari beribadah kepada Nya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuatanNya seperti orang yang berkata, "Segala makhluk itu qadim, Allah tidak mengada dan menciptanya".

4.

TAKYIF Takyif ertinya menentukan kaifiat sifat sifat Allah dan menetapkan hakikat Nya. Cara mengambil sifat sifat dan nama nama Allah yang tersebut di dalam al Qur'an dan al hadith mengikut maknanya yang zahir tanpa tasyabiah, ta'til dan takyif itu adalah mazhab ulama' ulama' dahulu dari para sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in. Berkata al Syaukani rahimahullah, "Mazhab para al Salaf al Saleh dahulu dari sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in ialah mengambil dalil bagi sifat sifat Allah mengikut maknanya yang zahir, tanpa tahrif, tasyabiah, ta'til dan ta'wil.

Bila orang bertanya mereka mengenai sesuatu sifat Allah, mereka membawa dalilnya dan tidak bercakap banyak dengan mengatakan begitu dan begini. Mereka berkata, firman Allah begini, kami tidak tahu lebih dari ini, kami tidak mahu mengharungi dalam perbahasan barang yang kami tidak tahu, Allah tidak mengizinkan kami lebih daripada ini. Seandainya penanya mengkehendakki lebih daripada makna yang zahir itu, mereka melarang keras dari mengharungi perbahasan perkara yang tidak memberi erti dan melarang mencari cari perkara perkara yang tidak mungkin akan diperolehi, kerana perbuatan demikian akan menjatuhkan diri ke dalam bid'ah, yang bukan jalan mereka dan bukan pula cara yang diterima dan dihafaz dari Rasulullah s.a.w dari para sahabat dan para at tabi'in. Di abad keemasan al Islam, percakapan mereka mengenai sifat Allah adalah satu dan ittifaq pula cara cara mereka. Mereka mengambil berat dengan kewajipan yang Allah perintahkan dan beramal dengan ajaran yang difardhukan ke atas mereka seperti beriman kepada Allah, mendirikan salat, menunaikan zakat, melakukan qiam, mengerjakan haji, berjihad, mengorbankan harta benda pada jalan kebajikan, tekun dengan amalan yang membawa kejayaan mendapat syurga dan pelepasan dari siksa api neraka, mereka menyuruhkan yang ma'ruf dan melarang dari yang mungkar, melarang manusia supaya tidak melakukan kezaliman, sekadar kemampuan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka tidak sibuk dengan amalan amalan lain yang Allah tidak taklifkan ke atas mereka, memberatkan diri mencari hakikat zat Allah bukanlah ibadah mereka. Maka agama di masa itu adalah suci dan bersih dari kekeruhan bid'ah." (Al-Syaukani)

JENIS JENIS SIFAT

Sifat sifat Allah yang termaktub di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Sifat zat 2. Sifat fi'1 atau perbuatan Sifat zat ialah sifat sifat yang lazim bagi Allah dan tidak bercerai tanggal daripada Nya seperti sifat: (adanya zat Allah), (mengetahui), (hidup), (berkuasa), (mendengar) (melihat), (muka), (bercakap), (sedia), (memilik), (keagungan) (kebesaran), (tinggi), (kaya), (kasihan belas), (bijaksana) Sifat fi'l/perbuatan pula ialah sifat sifat yang tertakluk dengan kehendak Allah dan qudrah Nya seperti sifat: (bersemayam), (turun), (datang), (tertarik hati), (ketawa), (reda), (cinta), (marah), (gembira), (murka), (tipu helah), (tipu dalam membinasakan) Sifat zat dan sifat fi'l kedua duanya wajib diisbatkan bagi Allah mengikut maknanya yang layak dengan kesempurnaan Allah, iaitu mengikut maknanya yang hakiki, tidak ada tasyabiah, ta'til, tahrif dan takyif sama sekali. Bagi kita pula, wajib kita berkata mengenai hal sifat ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al Syaukani rahimahullah, "Saya telah beriman kepada Allah dan kepada apa yang datang dari Allah mengikut kehendak Allah Ta'ala, dan saya beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah mengikut apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w." (Al-As'llah wal-Ujubah al-Usuliah; 55)

NAMA NAMA ALLAH AZZA WA JALLA

Nama nama Allah Ta'ala ialah nama nama khas bagi Nya yang telah dikhabarkan oleh Allah sendiri di dalam al Qur'an dan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sunnahnya. Tiap tiap nama ini menunjukkan satu sifat atau beberapa sifat bagi Allah Ta'ala. Dan tiap tiap nama itu diambil dari masdar (tempat ambilnya) seperti al 'Alim (Maha Mengetahui), al Qadir (Maha Kuasa), al Sami' (Maha Mendengar), al Basir (Maha Melihat) dan sebagainya. Ada pun bilangan nama nama Allah Azza wa.Jalla yang termaktub dalam nas sebanyak sembilan puluh sembilan nama seperti nyata di dalam hadith. Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Siapa menghitungnya akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu satu dan Dia suka kepada bilangan witir." Para ulama' telah ittifaq mengatakan: Penetapan Nabi s.a.w. bilangan sembilan puluh sembilan itu bukanlah bererti terhad pada bilangan itu, bahkan maksud menyebut bilangan itu ialah menerangkan bahawa Allah mempunyai nama narna tersebut, siapa menghitungnya ia akan masuk syurga, bukanlah bererti bilangan sembilan puluh sembilan itu menafikan nama nama yang lain dari Allah, kerana tujuan hadith menceritakan mengenai masuk syurga dengan sebab menghitungkan nama nama itu. Di antara hadith yang menunjukkan bahawa di sana ada beberapa nama lagi yang tidak dikhabarkan oleh Allah kepada kita, malah Tuhan sahajalah yang mengetahuinya sebagai ilmu al ghaib di sisi Nya ialah sabda Rasulullah s.a.w.: "Mana mana muslim yang ditimpa oleh dukacita dan kesusahan lalu ia berkata, "Hai Tuhanku! Sesungguhnya aku ini hamba Engkau, anak dua orang hamba Engkau, ubunku di tangan Engkau, berjalan terus padaku hukuman Engkau, saksama padaku hukuman Engkau, aku minta dari Engkau dengan tiap-tiap

nama Engkau yang Engkau menamakan zat Engkau atau yang Engkau turunkan di dalam Kitab Engkau, atau yang Engkau ajarkan makhluk Engkau, atau yang Engkau sahajalah mengetahuinya sebagai ilmu al ghaib di sisi Engkau, Engkau jadikanlah at Qur'an ini penyubur hatiku, menghilangkan dukacitaku, kesedihanku dan kesusahanku" nescaya Allah akan menghilangkan dukacita dirinya dan menggantikannya dengan kegembiraan. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau kami mempeIajari kalimah kalimah (doa) ini?" Baginda menjawab, "Ya, Siapa mendengar, sayugialah mempeIajarinya. " (Ahmad) Maksud menghitung nama nama Allah dalam al hadith dahulu ialah mengetahui nama nama itu, menghafaznya, memahaminya, beriman dengannya, merainya baik baik, menjaga garisannya dalam menghubungi Allah dengan nama nama itu dan menyeru Allah dengan nama nama itu. Dengan demikian, hadith yang berhubung dengan bilangan nama nama Allah memberi erti: Siapa menghafaznya dengan memikir ianya, mengambil iktibar dengan rriaknanya dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta mengagungkan (Allah) Tuan nama nama itu, ia akan masuk syurga.

DALIL-DALIL BAGI TAUHID AL - ASMA' WA AL SIFAT Dalil dalil bagi tauhid bahagian ini kita dapati banyak disentuh di dalam al Qur'an dan al hadith, malah tiap tiap surah dalam al Qur'an dan tiap tiap lembarannya tidak sunyi dari menyebut sifat sifat Allah dan nama namaNya. Kita dapati al Qur'an selalu menyebut dan mengingatkan dengan sifat sifat Allah dan nama nama Nya di tiap tiap maudhu' di dalam al Qur'an: Maudhu' tauhid, ibadah, tasyri' (perundangan), suruhan dan larangan, janji dan ugutan sampai kepada maudu' kisah dan perumpamaan.

Di sini kami bawakan satu surah al Qur'an yang mencakupi tauhid al Asma' dan al Sifat, iaitu Surah al Ikhlas yang menepati sepertiga al Qur'an menurut penegasan Rasulullah s.a.w. dan merupakan sebesar ayat al Qur'an. Firman Allah yang mafhumnya: "Katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Al-Ikhlas) Surah yang agung ini mengandungi isbat segala sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan sifat sifat, kekurangan daripada Nya. Allah menceritakan di dalam surah ini bahawa Dia adalah Tuhan yang tunggal lagi yang ditumpu oleh segala gala, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang/sesuatu pun yang setanding denganNya Makna " " ialah Yang Esa, tidak ada yang serupa dan yang setanding dengan Nya. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa sifat sifat kesempurnaan yang nyata bagi Allah tidak serupa dengan sesuatu. Makna " " ialah Tuanpunya yang ditumpukan segala pekerjaan dan Dialah yang ditujukan dalam menyelesaikan segala hajat dan kesusahan dalam hidup. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa Allah sahajalah yang layak ditujukan segala permintaan. Kelayakan ini tidak terbatal/terhilang/tergendala dengan sebab penyelewengan orang orang yang menyeleweng dari "al Haq" dan yang sesat jalan, yang mereka tumpu kepada makhluk dan berpaling tadah dari Tuhan al Khaliq. Apabila Allah adalah al Khaliq (Pencipta) dan al Mudabbir (Pentadbir) bagi makhluk ciptaan Nya, tidak ada Khaliq dan Mudabbir selain Nya maka berpaling

tadah dari Allah, tidak tumpu kepada Nya merupakan kejahilan dan kebodohan, kerana segala urusan kesemuanya di tangan Allah. Dan demikianlah setiap kali diisbatkan nama " kekurangan dari Allah, manakala nama " sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Dari sini, fahamlah kita tentang sebab Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa surah ini menepati sepertiga al Qur'an al Karim, kerana is mengandungi aqidah al Islamiyyah kesemuanya. Aqidah yang berdasarkan isbat sifat sifat kesempurnaan bagi al Khaliq dan menafikan sifat sifat kekurangan daripada Nya, oleh itu, maka berhaklah ditujukan ibadah kepada Allah dan ditumpukan segala urusan kepada Nya. Al Qur'an al Karim secara keseluruhannya mengandungi aqidah yang menerangkan bagi hamba nama nama dan sifat sifat yang wajib mereka mengenali Allah, mengandungi syari'at yang menerangkan bagi mereka hak dan kewajipan, cara bergaul di antara sesama mereka, cerita dan kisah yang menerangkan bagi hamba akan sunnah Allah terhadap makhluk Nya, menerangkan bagi mereka pahala dan siksa, janji suka dan duka. Ibn al Qaiyim rahimahullah menerangkan hakikat surah ini dengan katanya: "Surah al Ikhlas ini mengandungi tauhid i'tiqad, ma'rifah dan sifat sifat yang wajib diisbatkan bagi Allah, yang terdiri dari sifat yang menafikan segala sekutu bagi Allah di setiap segi, dan sifat yang segalagalanya bergantung kepada Nya, di mana menafikan anak, bapa, yang setanding dan setaraf termasuk dalam pengertian ini. Surah ini mengandungi isbat tiap tiap sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala sifat kekurangan daripada Nya, menafikan tasyabiah atau tamsil atau segala sekutu daripada Nya. Usul inilah yang merupakan himpunan tauhid alarm dan i'tiqad yang membezakan mukmin dari kumpulan kumpulan sesat dan syirik." (Ibn al Qaiyim) " ternafilah segala sifat sifat " ini pula menetap bagi Allah segala

Ada pun Ayatul Kursi, yang dicerita oleh Rasulullah s.a.w. sebesar besar ayat di dalam al Qur'an ialah: Allah, Tidak ada Tidan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus, mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan yang di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tiada merasa berat memelihara kedua dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (A1 Baqarah: 255) Ayat ini mengandungi kaedah tauhid ketiga tiga bahagian, mengandungi Asma' dan sifat dan tiap tiap satu daripadanya merupakan kaedah dalam Aqidah Islamiyyah. Hati nurani muslim sentiasa menghubungi Allah dengan cinta, beribadah dan taat, kerana ia mengetahui bahawa Tuhannyalah yang mentadbir urusannya dan urusan tiap tiap sesuatu di sekelilingnya menurut hikmah dan tadbir Nya. Lantaran itu, ia beriltizam dalam hidupnya dengan tata cara (manhaj) yang berdasarkan hikmah dan tadbir Tuhannya dan mengambil nilai nilai kemuliaan dan pengukuran hidup daripada Allah serta menghidupkan dasar (muraqabah) di setup detik dalam hidupnya. Firman Nya yang mafhumnya: Dia tidak ditimpa mengantuk dan tidak tidur. Ayat ini ta'kid (penguat) pengurusan Allah di atas segala sesuatu dan terikat Nya segala sesuatu dengan pengurusan Allah, kerana mengantuk dan tidur kedua

duanya menafikan hidup dan pengurusan yang sempurna. Firman Nya yang mafhumnya: . Kepunyaan Nyalah apa apa yang ada di langit dan di bumi. Ayat ini menetapkan sifat milkiah (memilik) yang sempurna bagi Allah, milkiah yang bebas dari mana mana ikatan dan suci dari sebarang penyengutuan. Aqidah ini bila bertunjang dalam jiwa manusia ia akan melahirkan kesan kesan yang besar dalam hidupnya. Sayyid Qutb rahimahullah berkata: "Apabila sifat milkiah yang hakiki ini benar benar ternyata bagi Allah Ta'ala sahaja, manusia tidak mempunyai sifat milkiah dari permulaan lagi, mereka cuma orang yang dilantik menjadi khalifah/wakil dari tuannya yang asli, tunggal, memiliki segala sesuatu. Kerana itu, wajib mereka taat mengikut syarat syarat tuannya yang melantik untuk menjalankan perwakilan itu. Dan syarat syarat itu telah diterangkan dalam syariat Nya dan tidak harus mereka menyeleweng daripadanya. Seandainya ia menyeleweng maka terbatallah milkiah yang lahir dari perwakilan itu dan muncul tindakan secara batil. Sekadar hakikat ini menetap di dalam jiwa . . . sekadar terasanya manusia dengan al Malik al Haqiqi (Pemilik Sejati) bagi semua yang ada di langit dan di bumi . . . sekadar tergambarnya manusia tentang kekosongan tangan mereka dari milkiah yang mereka mengaku memilikinya. Tetapi segala sesuatu itu kembali kepada tuannya semula. Sekadar terasanya barang yang berada di tangan itu sebagai pinjaman untuk sementara waktu sahaja, kemudian diambil kembali oleh tuannya yang memberi dahulu pada masa yang ditetapkan. . . Sekadar ingat dan menyedari dengan hakikat hakikat itu cukup untuk menjauhi dari sifat rakus dan tamak, kedekut dan kikar dan perseteruan yang berkobar kobar dalam jiwa . . . Cukup untuk merasai

genap dan reda dengan rezeki yang diperolehi, bertoleransi dan murah hati dengan apa yang dimiliki . . . Dan cukuplah untuk memenuhi ketenangan dalam hati dan ketetapan dalam jiwa ketika mendapat atau tertegah dari sesuatu pemberian. Dengan itu, jiwa takkan merasa kesal dan kecewa terhadap apa apa sahaja yang luput, terlepas dan terhilang, manakala hati pula tidak terbakar nyala menghendaki perkara yang dicinta". (Sayyid Qutb).Firman Nya yang mafhum: Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Nya tanpa izin Nya. Ayat ini menerangkan tentang makam ketuhanan dan makam perhambaan. Maka setiap makhluk adalah hamba Allah, tidak lebih dari itu, ia tidak berhak memberi sesuatu syafa'at di sisi Allah melainkan dengan izin Nya. Aqidah ini meletakkan sempadan perbezaan di antara Hakikat Ubudiyyah dengan Hakikat Rububiyyah. Di mana hakikat hamba dan hakikat tuhan tidak bercampur dan tidak sekutu sama sekali pada mana mana sifat atau mana mana keistimewaan. Firman Nya yang mafhum: Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sedikit pun dari ilmu Allah kecuali dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Ayat ini mengisbatkan bahawa ilmu Allah meliputi masa, tempat dan segala sesuatu,.juga menerangkan kelemahan makhluk serta kekurangan ilmu mereka kecuali sekadar yang diberi oleh Allah sahaja. Keimanan muslim kepada sifat ilmu bagi Allah ini dan mengingatinya di dalam hati menjadikan is sentiasa muraqabah dirinya, memelihara hudud (garisan garisan penetapan) Allah dan segera bertaubat kepada Nya bila bersalah.

Kesedaran manusia tentang hakikat dirinya dan nikmat nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya untuk menemui kebenaran akan menjadi ia bersyukur kepada Allah dan menjauhkan diri dari sifat angkuh dan sombong. Firman Nya yang mafhumnya: Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tiada merasa berat memelihara kedua dua.

Ayat ini membuktikan kesempurnaan kudrat Allah. Kemudian Allah mengakhiri Ayat al Kursi ini dengan menyebut dua nama Nya iaitu firmanNya yang mafhumnya: Dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Tentang fadilat atau kelebihan Ayat al Kursi ini kita dapati beberapa hadith sahih yang menerangkannya, di antaranya hadith yang diriwayat oleh al Bukhari rahimahullah dari Abu Hurairah dalam hadith yang panjang bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Apabila engkau merebahkan diri di tempat tidur maka bacalah Ayat al Kursi, nanti penjaga penjaga Allah akan memelihara engkau dan engkau tidak akan dihampiri oleh syaitan hingga menjelang Subuh." (Bukhari).Hadith riwayat Imam Muslim dari Abi bin Ka'b r.a. beliau berkata: "Sabda Rasuluilah s. a. w. maksudnya: Hai Abul Munzir (yakni Abi bin Ka'b)! Ayat ayat al lQur'an yang ada bersama engkau, tahukah engkau manakah ayat yang lebih agung? Saya menjawab:Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui. Baginda bertanya lagi: Hai Abul Munzir! Ayat ayat al gur'an yang ada bersama engkau manakah yang lebih agung? Saya

menjawab: " Kemudian baginda pun menepuk dada saya seraya berkata: Wallah, ilmu akan menjadi mudah untuk mu wahai Abul Munzir.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT Rukun Iman yang kedua ialah: Beriman kepada Malaikat. Beriman kepada malaikat bererti percaya secara jazam bahawa para malaikat Allah tetap ada. Mereka dicipta dari cahaya, mereka tidak pernah menderhakai perintah Allah, sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Malaikat adalah sejenis makhluk Allah Azza wa Jalla. Tidak sah iman seorang hamba melainkan setelah ia beriman dengan wujudnya malaikat dan beriman dengan sifat sifat dan amalan amalan mereka yang diterangkan di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif, tanpa menambah, mengurang dan mengubah, firman Allah yang mafhum: Rasul telah beriman kepada al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat Nya, kitab kitab Nya dan rasul rasul Nya. (Al Baqarah: 285) Dalam hadith yang dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim dari Umar Ibn al Khattab r.a., ketika Jibril a.s. datang bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai al Iman, maka baginda menjawab: Engkau beriman kepada Allah, para malaikat Nya, kitab kitabNya, para rasul Nya, Hari Kemudian dan engkau beriman kepada qadr baik dan jahatnya. Maka wujudnya malaikat ini sabit dengan dalil qat'i yang tidak boleh diragu ragukan lagi. Kerana itu, mengingkari kewujudan para malaikat menjadi kafir

dengan ijma' ulama' Islam, bahkan dengan nas al Qur'an sendiri, firman Allah yang mafhum: Siapa yang kufurkan Allah, para malaikat Nya, kitab kitab Nya dan para Rasul Nya sudah tentu Dia telah sesat sejauh jauhnya. (An Nisa': 136) Siapa yang mengkaji ayat ayat al Qur'an dan al hadith yang menyentuh hal malaikat, sifat dan amalan mereka is mendapati ayat ayat itu ghalibnya membincang soal hubungan mereka dengan Tuhan al Khaliq, hubungan mereka dengah alam dan hubungan mereka dengan manusia. Dengan demikian bererti Allah mengajarkan kita perkara perkara yang memberi manfaat, dapat membersihkan aqidah, mensucikan hati dan dapat memperbetulkan amalan kits. Ada pun tentang hakikat malaikat: Bagaimana is dijadikan, kedudukannya secara terperinci Allah sahajalah yang mengetahuinya. Ini adalah salah satu dari keistimewaan aqidah Islamiyyah, kerana is membincangkan hakikat alam ini dan memperkenalkannya kepada manusia sekadar keperluan manusia dan kekuasaan akal fikiran mereka sahaja, demi memperbaiki hidup mereka di dunia ini dan di akhirat nanti. Allah tidak membongkarkan untuk kita mengetahui semua perkara perkara ghaib, sama ada yang bersangkutan dengan zat Nya, sifat sifat Nya dan namanama Nya mahu pun yang bersangkutan dengan makhluk Nya yang berbentuk ghaib. Mukmin yang sadiq tetap mengaku dan beriman dengan apa sahaja yang diterangkan oleh Tuhan al Khaliq, sama ada keterangan secara ringkas mahu pun secara detail, tanpa menambah, mengurang dan mengubah apa F yang diterangkan, serta tidak pula memberat beratkan diri mengharungi dalam perbahasan perbahasan yang Allah tidak izinkan untuk mengetahuinya.

SIFAT SIFAT KEJADIAN MALAIKAT

Berdasarkan kenyataan di atas, Allah menerangkan tentang sifat sifat para malaikat secara garisan kasar iaitu mereka dijadikan sebelum dari Nabi Adam a.s. Menurut keterangan al Qur'an, Allah menerangkan kepada para malaikat bahawa is telah menciptakan manusia dan melantiknya sebagai khalifah di permukaan bumi ini sebagaimana firman Nya yang mafhum: "Dan ingatlah ketika firman Allah kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan (manusia) di bumi ini selaku khalifah. Berkara malaikat apakah Engkau mahu jadikan mereka yang akan melakukan kebinasaan dan menumpahkan darah di bumi ini, sedang kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan membersihkan Engkau? Firman Tuhan: Sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui." (A1 Baqarah: 30) Tentang unsur kejadian malaikat, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa Allah telah menciptakan mereka dari cahaya sebagaimana dalam sabdanya: Diadikan para malaikat dari cahaya, diadikan jin dari api dan dadikan Adam dari unsur (tanah) yang telah diterangkan kepada kamu. (Muslim) Dari beberapa nas yang menjadi dalil, pada keseluruhannya membuktikan bahawa para malaikat adalah makhluk nurani (berunsur cahaya), tidak berjisim kebendaan seperti kejadian manusia yang boleh dibuktikan dengan pancaindera. Mereka berlainan dari manusia, kerana itu mereka tidak makan dan minum, tidak tidur dan berkahwin, mereka bersih dari syahwat kebinatangan, bersih dari kesalahan dan dosa. Tegasnya, mereka tidak bersifat dengan segala sifat kebendaan seperti Bani Adam. Akan tetapi mereka boleh menyamarkan diri sebagai manusia dengan keizinan Allah sebagaimana Allah menerangkan tentang kedatangan malaikat fibril a.s. kepada Maryam dalam bentuk manusia dalam firman Nya yang mafhum: Dan ceritakanlah (kisah) Maryam (yang tersebut) di dalam al Qur'an, ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka is

mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami (fibril) kepadanya maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. (Maryam: 16-17) Dalam hadith Jibril yang mahsyur, ketika ia datang mengajar para sahabat mengenai al Islam, al Imam al Ihsan dan tanda tanda Kiamat, Umar bin al Khattab menceritakan: Bahawa malaikat telah datang dalam bentuk seorang lelaki yang pakaiannya putih melepak, rambutnya hitam, tidak ada tanda tanda musafir, ia duduk menghadap Nabi s.a.w. dengan menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut baginda dan meletakkan dua tapak tangannya ke atas dua peha baginda, kemudian bertanya baginda mengenai al Islam, al Imam al Ihsan dan tanda tanda Kiamat: Di antara sifat sifat kejadian mereka yang diterangkan oleh Allah: Mereka mempunyai sayap yang bilangannya berbeza beza, firman Allah yang mafhum: Segala pujian bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan (untuk mengurus berbagai urusan) yang mempunyai sayap, ada yang dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan Nya apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Fatir: 1) Menurut hadith riwayat al Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah nampak malaikat fibril a.s. mempunyai enam ratus sayap. Apa yang disebut di atas adalah penerangan Allah tentang kejadian malaikat, sejenis makhluk mulia dari segi kejadiannya. Maka kita beriman kepadanya sebagaimana yang diterangkan kepada kita, tidak meminta lebih dari itu. Kiranya dalam penerangan secara panjang lebar tentang kejadian para malaikat mendatangkan manfaat kepada manusia tentu Allah tidak menyekat manusia

untuk mengetahuinya. Allah Maha Lemah Lembut lagi Maha Kasihan Belas kepada manusia. Kerana itu diajarkan kepada mereka al Haq dan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka. SUMBER RUJUKAN http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/AkidahIslam.htm Buku rujukan Sasbadi Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 Buku rujukan Sasbadi Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5 (Versi Rumi) www.sabah.edu.my_cwm010_akidah_1 www.irc-malaysia.com_jkm_penerbitan_pop http://.khairaummah.com_index2.php 7. MPW 1143/2143: Pengajian Islam, Prof Madya Dr. Mohd Yusuf Ahmad, Open University Malaysia, 2007, Prentice Hall. 8. Akidah dan Syariah Islam, Prof. Dr. Syeikh Mahmud Shaltut, 1984, Bina Aksara. 9. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Zakaria Stapa, 1999, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai