Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 5 September sehingga 8 September 2017, kami telah menjalankan


perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Seremban sebanyak 4 hari 3 malam. Di sepanjang
perkhemahan itu, saya amat syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Saya juga
telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan sepanjang perkhemahan ini.

Melalui perkhemahan ini, saya amat menghargai semangat kerjasama antara ahli
pandu puteri dalam satu patrol semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh,
saya merupakan ahli patrol Bouganvillea. Terdapat 6 orang ahli dalam kumpulan saya.
Kerjasama antara kumpulan terjalin apabila kami menjalankan tugasan seperti membuat parit,
menghasilkan satu gadget iaitu meja dapur yang bervariasi, menjalankan masakan rimba di
hutan, membersihkan kawasan perkhemahan dan sebagainya. Kerjasama antara ahli juga
dapat dilihat semasa kami memasuki hutan dan mengharungi cabaran iaitu merangkak untuk
sampai ke destinasi. Semasa ‘jungle trekking’, kami saling membantu sepanjang perjalanan
selama 1 jam lebih. Walaupun kami terdiri daripada kaum wanita, kami masih juga mampu
membuat kerja- kerja berat tanpa bantuan orang lain kerana adanya kerjasama antara ahli.
Kekemasan kami dari segi khemah dan gadgets juga sangat baik. Kami telah membersihkan
khemah dengan bersih dan menyusun kasut- kasut kami dengan rapi. Kebanyakan ikatan tali
gadgets juga dibuat dengan kemas. Kami telah mengaplikasikan pengetahuan kami tentang
ikatan dan simpulan untuk menghasilkan satu gadget yang berguna. Sebagai contoh,
pengetahuan seperti untuk memulakan ikatan kayu, kami boleh menggunakan ‘simpul manuk’.
Kami juga telah menghasilkan satu jadual untuk bergilir- gilir berjaga pada waktu malam.
Jadual yang sistematik dan berkesan ini dapat memastikan semua orang bertanggungjawab
menjalankan tugasan mereka, di samping memastikan keselamatan semua orang pada waktu
malam.

Namun, saya juga mendapati beberapa kelemahan semasa perkhemahan ini. Kami
tidak membuat persiapan yang rapi untuk masakan rimba. Kami sepatutnya menyediakan
alatan seperti tin- tin yang telah dipakai, mangkuk, sudu, ‘aluminium foil’ dan lain- lain untuk
memasak sebelum masuk ke hutan. Selain itu, kebanyakan masakan kami juga tidak sempat
masak akibat keadaan tanah yang basah. Saya juga mendapati bahawa hutan ini merupakan
hutan pemeliharaan. Oleh itu, kami dilarang memetik, merosakkan atau mempengaruhi flora
dan fauna yang terdapat di hutan ini. Namun, sikap kami yang mementingkan diri telah
menyebabkan kami menebang pokok buluh tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Kami
sepatutnya bertindak sebelum berfikir serta meminta kebenaran daripada pihak berkuasa
sebelum menebang pokok buluh yang amat kami perlukan untuk penghasilan gadgets,
masakan rimba dan kegunaan lain. Ada segelintir ahli juga mementingkan diri sendiri apabila
mengambil makanan kerana mereka ambil makanan tanpa memikirkan orang lain dengan
mengambil makanan untuk diri sendiri sebanyak yang mungkin. Akhirnya, orang yang beratur
di belakang sekali tidak dapat makanan dan akibatnya terpaksalah mengikat perut. Semasa
mengambil makanan, ahli sepatutnya bergilir- gilir pergi mengangkat dan mengambil
makanan untuk semua. Saya mendapati bahawa selalu yang pergi ambil makanan untuk
semua adalah orang yang sama. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sanggup
mengorbankan tenaga untuk mengambil makanan untuk semua walaupun diri mereka juga
kelaparan. Sikap kami juga agak cuai semasa perkhemahan ini kerana kami telah
meninggalkan tali rafia di atas lantai dan akhirnya semua tali itu hilang. Kami harus simpan
tali rafia itu dengan kemas dan diletakkan di kawasan seperti dalam khemah atau beg untuk
kegunaan lain. Akibatnya, kami terpaksa pinjam daripada unit beruniform yang lain. Oleh
sebab hujan, khemah yang tidak kalis air juga menyebabkan keadaan khemah di dalam juga
basah. Jadi, kami terpaksa membersihkan serta mengeringkan kawasan dalaman khemah
supaya barangan kita tidak basah dan kami dapat tidur dalam keadaan yang selea pada waktu
malam.

Cadangan saya untuk masalah pengambilan makanan ialah setiap patrol bergilir- gilir
mengambil makanan dan ada yang bertugas untuk mengambilkan makanan untuk orang lain
supaya dapat memastikan setiap orang mengambil ‘portion’ yang sama. Jadual untuk
pengambilan makanan boleh dihasilkan supaya orang ramai dapat mengetahui tangungjawab
mereka. Ketua juga patut memberi teguran kepada mereka yang mementingkan diri sendiri
supaya mereka mengetahui kesalahan mereka dan belajar daripada kesalahan mereka.
Selain itu, khemah juga patut diperiksa sebelum diguna supaya dapat mengetahui sama ada
khemah itu adalah kalis air atau tidak. Sekiranya khemah bukan kalis air, kami boleh
menggunakan plastik besar untuk menghalang air daripada memasuki ke dalam khemah.
Bagi masakan rimba, kami sepatutnya menggunakan barangan kitar semula seperti tin- tin
makanan untuk membantu dalam masakan kami.

Kesimpulannya, sekiranya semua ahli memberikan kerjasama dan menjalankan


tanggungjawab masing- masing, maka masalah ini dapat dibendung. Sebagai seorang pandu
puteri yang boleh dipercayai, kita harus sentiasa mematuhi kepada 10 prinsip- prinsip dalam
peraturan Pandu Puteri.

Anda mungkin juga menyukai