Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Pendidikan Jasmani Perkembangan Sosial

Disediakan oleh: Lau Yun Hee Ivan Yap Khairul Amilein Elvira Joseph Kalaimathi Eugenia Lee

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya.

Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanakkanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka.

Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.

Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Menggalakan gaya hidup sihat.

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990;Howes,1992) Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada:

i. Meniru :
Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

ii. Bertanding:
Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

iii. berkawan:
Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama,menunjukkan kemesraan pada kawan.

iv. Bekerjasama:
Melibatkan diri secara bantu membantu ke arah pencapaian matlamat bersam a dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersa ma tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain.

v. Bersimpati:
Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.

vi- Pengiktirafan sosial:


Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya. Meningkatkan kualiti hidup Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan

Anda mungkin juga menyukai