Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

KERJA KURSUS PJMS3102 FISIOLOGI SENAM

Laporan Amali 1 - Metabolisme Tenaga

Senarai Nutrien

1.       karbohidrat

2.       protein

3.       lemak

4.       garam galian

5.       vitamin

6.       air

1.0 KARBOHIDRAT

Karbohidrat merupakan komponen makanan dalam piramid makanan. Setiap satu gram
karbohidrat adalah lebih kurang 4 kalori. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga. Dalam
tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam
otot dan hati).

1.1 Fungsi Karbohidrat

Karbohidrat yang dimakan akan diuraikan sehingga menjadi bentuk termudah seperti glukosa.
Glukosa kemudian diserapkan ke dalam darah dan glukosa darah adalah penting untuk proses
metabolisme. Tahap glukosa dalam darah normal adalah 80-100 miligram per mililiter darah.
Insulin, sejenis hormon akan memastikan glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap
yang optimum. Glukosa darah berlebihan akan diserap semula ke dalam tisu.

1.2 Keperluan Semasa Senam

1
 Keperluan pengambilan karbohidrat berbeza bagi peringkat umur yang berbeza.
Atlit mempunyai keperluan karbohidrat yang lebih tinggi dari individu bukan atlit untuk
membekalkan tenaga semasa berlatih.

Jenis- Jenis Karbohidrat


JENIS NAMA CONTOH
Karbohidrat Monosakarida: Glukosa, Madu, Gula perang,
Fruktosa, Galaktosa
Mudah jus buah-buahan
 

Disakarida : Maltosa, laktosa,


Sukrosa
Karbohidrat kompleks Polisakarida: Amilopektin, Nasi, Kanji, Gandum
Amilos,

Glikogen
Dietary fiber Larut air : Gam, Pektin Didapati dalam

Tidak larut air :Selulosa Hampir semua tumbuh-


tumbuhan

2.0 LEMAK

Lemak dalam diet kita adalah lipid, suatu bahan organik. Lipid’dietary’ yang penting dalam diet
kita adalah trigliserida, kolesterol dan fosfolipid. Lemak boleh didapati dalam daging, hasil
tenusu dan kekacang.

2.1 Jenis-jenis

Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati
dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan
estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan lecithin.

2
  2.2 Fungsi Lemak

Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. Majoriti
trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan
gliserol yang dapat menghasilkan tenaga. Keperluan lemak semasa bersenam. Semasa rehat,
lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa
memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak
dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan.

3.0 PROTEIN

Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai
dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari daging, hasil
tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah.

  3.1 Keperluan Semasa Senam

 Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit
memerlukan 15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber
tenaga yang utama semasa senam, pengambilannya adalah penting untuk memastikan
metabolisme tubuh seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu.

 4.0 VITAMIN DAN MINERAL

Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja. Mineral
pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida,
kalsium, magnesium, ferum dan sulfur.

3
   

JENIS VITAMIN FUNGSI


LARUT DALAM LEMAK:  

A Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap


penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
   

  Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid


sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium
  dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

D  
   

  Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot,


melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan
  pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan
struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah.
E
Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah
penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

 
   

  Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin


ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan
K menyembuhkan jahitan.

4
LARUT DALAM AIR:  

  Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga


sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang
VITAMIN C dan gigi.
   

Vitamin B (B1, B2, B3, Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera
B5, B6, B12) makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses
metabolisma.

 
Jenis Mineral Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan
  1000 mg Hasil tenusu, kuning

(pembentukan tulang dan Telur, kekacang

Kalsium gigi; transmisi impuls saraf)  

   

  400mg Kekacang, sayur-sayuran

Magnesium (Sintesis protein, pengecutan hijau, buah-buahan

  otot)

 4.AIR DAN ELEKTROLIT

Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan molekul yang ringkas (dua
bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen – H2O) tetapi elemen yang paling penting untuk
kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Air tidak memberikan tenaga tetapi
penting dalam proses metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu badan.
Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit. Elektrolit (natrium, kalium klorida) adalah
penting untuk beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan keseimbangan cecair
badan.

5
 4.1 Keperluan dan Kepentingan

  Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan


keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya
bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman
(termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan
penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam
badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah
dan cecair serebrospinal (ekstrasel). Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh
mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya
asid, bes dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat,
magnesium dan kalsium.

Soalan 2

6
Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia,
mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear.

Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan


kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel
otot. ATP akan dipecahkan ke bentuk adenosine diphospate(ADP). Proses pemecahan ikatan
menghasil tenaga. Untuk terus menghasilkan tenaga, badan perlu menukarkan ADP ke ATP
semula melalui prose phosphorylation. Jika proses ini berlaku dengan kehadiran oksigen,
dinamakan aerobic metabolism, jika tanpa kehadiran oksigen dinamakan anaerobic
metabolism.

Untuk penghasilan kembali ATP, badan memerlukan phosphate daripada luar seperti daripada


creatine phosphate. Antara sumber makanan yang tinggi creatine seperti daging merah. Cara
lebih mudah yang kebiasaan digunakan oleh atlet adalah dengan pengambilan makanan
tambahan creatine phosphate. Creatine juga meningkatkan intracellular cocentration melalui
senaman.

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan.
Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang
boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

7
Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui :
i.              Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
ii.             Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobic / sistem asid laktik)
iii.            Sistem aerobik (sistem oksigen)

i. Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)


 Dikenali sebagai sistem fosfagen.
 Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan
sehingga 10 saat.
 Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai
dan pada sebatian fosfat kreatin.
 Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi).
 Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan
ATP.

ii.           Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis)


 Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar.
 Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa.
 Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya
dalam darah terlalu banyak.

8
4.2 Sistem anaerobik laktik

 ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah


 ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATPPC).
 ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3
minit.

9
Soalan 3

  1.1 Glikolisis
Glikolisis berasal dari dua kata, iaitu glukosa (gliko-) yang bererti gula, dan lisis yang
bererti pemecahan. Glikolisis merupakan rangkaian reaksi pemecahan glukosa menjadi
senyawa produk glikolisis yang disebut asam piruvat. Reaksi pemecahan glukosa tersebut
terjadi di sitoplasma. Reaksi glikolisis terdiri dari dua tahap utama iaitu:

Reaksi tahap I terdiri dari lima reaksi spesifik yang digunakan untuk memecah glukosa
menjadi dua molekul gliseraldehid-3-posfat. Glukosa pertama akan diposforilasi menjadi
glukosa-6-posfat. Proses tersebut merupakan reaksi paling awal yang terjadi dalam glikolisis.
Tahap I dalam reaksi glikolisis merupakan reaksi yangmemerlukan tenaga. Dua molekul ATP
diperluka untuk menjalankan reaksi tahap I glikolisis. Hasil dari reaksi tahap I adalah
gliseraldehid-3-posfat (G3P) dan dehidroksi aseton posfat (DHAP). Molekul DHAP tersebut
diubah oleh enzim isomeras menjadi gliseraldehid3-posfat, sehingga total G3P yang di hasilkan
menjadi dua.

Reaksi tahap II juga terdiri dari lima reaksi. Hasil dari reaksi tahap II adalah molekul asam
piruvat. Dua molekul G3P masing-masing diubah menjadi asam piruvat, sehingga produk dari
glikolisis adalah asam piruvat. Reaksi tahap II menghasilkan tenaga berupa 4 molekul ATP.
Oleh karana itu, hasil bersih ATP dari glikolisis adalah 2 molekul ATP, karana tahap I
memerlukan 2 molekul ATP sedangkan reaksi tahap II menghasilkan 4 molekul ATP. Selain itu,
glikolisis juga menghasilkan NADH (Nicotinamid adenindinucleotid tereduksi) yang berasal dari
awal reaksi tahap II sebanyak 2 molekul. NADH merupakan molekul yang berfungsi untuk
membawa elektron hasil reaksi dehidrogenasi. Elektron tersebut akan dibawa oleh NADH
menuju tahapan transport elektron pada akhir tahapan reaksi oksidatif. Glikolisis menghasilkan
produk akhir: 2 asam piruvat, 2 ATP, dan 2 NADH

1.2 Peranan NAD


Dalam metabolisme, NAD+ terlibat dalam reaksi redoks, dengan membawa elektron dari
satu reaksi ke reaksi lainnya. Koenzim ditemui dalam dua bentuk yang berbeza: NAD+ sebagai
oksidator, dan NADH sebagai reduktor. NAD+ menerima elektron dari molekul lain dan menjadi
tereduksi (NADH). Reaksi transfer elektron ini merupakan salah satu fungsi NAD+. Namun ia

10
juga memiliki fungsi lain pada proses seluler lainnya, utamanya adalah sebagai substrat enzim
yang menambah atau mengurangkan fungsi pada protein dalam modifikasi pascatranslasional.
Karana fungsinya yang penting ini, enzim-enzim yang terlibat dalam metabolisme sering
menjadi tumpuan pengembangan ubat.

Dalam organisme, NAD+ dapat disintesis secara de novo (dari blok-blok molekul kecil) dari
asam amino triptofan ataupun asam aspartat. Selain itu, NAD+ dapat juga diperoleh dari
sumber makanan yang mengandung vitamin niasin.

1.3 Kitar Krebs


Kitar Krebs merupakan rangkaian reaksi yang memindahkan elektron dalam produk
glikolisis ke NADH, FADH2, dan membentuk ATP. Kitaran ini boleh dinamakan kitaran asam tri
karboksilat atau TC Acycle (daur TCA). Siklus Krebs tarjadi di dalam matriks mitokondria. Asetil-
CoA akan memasuki rangkaian reaksi. Tahap pertama reaksi antara asetil-CoA dengan
oksaloasetat membentuk sitrat. Setelah itu, rangkaian reaksi akan terjadi dan diakhiri dengan
pembentukan kembali oksaloasetat yang berguna untuk menangkap asetil-CoA lain sehingga
siklus tetap berlangsung. Hasil dari siklus Krebs adalah 6 molekul NADH, 2 molekul FADH2,
serta pembentukan 2 molekul ATP. Karbondioksida yang dibebaskan setiap satu molekul asetil-
CoA dari siklus Krebs sebanyak 2 molekul, 4 molekul karbondioksida dibebaskan dari Siklus
Krebs dari satumolekul glukosa.

11
1.4 Pengangkutan elektron
Hidrogen ialah unsur yang dibebaskan menerusi proses glikolisis dan Kitaran kreb.
Hidrogen akan bergabung dengan dua koenzim yang dikenali sebagai NAD (nicotinamide
adenine dinucleotide) dan FAD (flavin adeninedinucleotide). Enzim-enzim NAD dan FAD
membawa atom hidrogen ke RPE. Pada rantaian ini, berlaku proses pemecahan hidrogen
kepada elektron dan proton. Elektron pada RPE berfungsi untuk membolehkan proses
fosforilasi adenosindwifosfat (ADP) bagi membentuk ATP. Jumlah ATP yang boleh dijana
daripada tindakan ini adalah 34 mol tetapi mekanisme penjanaan ATP berlaku tanpa had. Pada
akhir proses RPE, ion-ion H+ akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk air. Proses ini
bertujuan untuk mengelakkan pengasidan sel otot. Keadaan ini adalah sebab utama mengapa
kelesuan otot yang dialami ketika melakukan aktiviti daya tahan tidak kronik seperti melakukan
aktiviti-aktiviti berasaskan kekuatan dan kuasa.

Daripada reaksi glikolisis sampai siklus Krebs, telah dihasilkan NADH dan FADH2 sebanyak 10
dan 2 molekul. Dalam transport elektron ini, sepuluh molekul NADH dan kedua molekul FADH2
tersebut mengalami oksidasi sesuai reaksi berikut
10 NADH + O2 ——> 10 NAD+ + 10 H2O 30 ATP2 FADH2 + O2 ——> 2 FAD + 2 H2O 4 ATP

Setiap oksidasi NADH menghasilkan kira-kira 3 ATP, dan kira-kira 2 ATP untuk setiap
oksidasi FADH2. Jadi, dalam transport elektron dihasilkan kira-kira 34 ATP.Ditambah dari hasil
glikolisis dan siklus Krebs, secara keseluruhan reaksi respirasi seluler menghasilkan total 38
ATP dari satu molekul glukosa. Memerlukan 2 ATP untuk melakukan transport aktif, maka hasil
bersih dari setiap respires iseluler adalah:

Tempat Produk Setara ATP Total ATP


Proses
Dalam sitoplasma
Glikolisis 2 ATP 2 ATP 2 ATP
Dalam Mitokondria
dari Glikolisis 2 NADH 6 ATP 6 ATP
Dari respirasi asma 1 NADH 3 ATP (2 x) 6 ATP
piruvat – Asetil KoA
Siklus Krebs 3 NADH 9 ATP 24 ATP
1 FADH 2 ATP (2x)

12
1 ATP 1 ATP
Total 38 ATP

1.5 Glikolisis Anaerobik


 Glikolisis anaerobik hanya terjadi pada glukosa (karbohidrat). Reaksi ini berlaku dengan pantas
dan tidak memerlukan oksigen. Hasil dari glikolisis anaerobik terhasil 2 ATP dan asam laktat.
Berikut prosesnya:

Di mulakan dengan perubahan Glukosa atau glukosa 6 pospat (memerlukan 1 ATP)


Pembentukan Fruktosa 6 pospat dari Fruktosa 1,6 di pospat (memerlukan 1 ATP)
Gliseral 3 P atau Gliserat 1.3 bis pospat atau NADH+H+ atau RP mito atau 3 ATP (1 mol
glukosa dapat menghasilkan 2 mol Gliseral 3 P=2 NADH+H+ = jumlah 6 ATP)
Gliserat 1.3 bis pospat gliserat/ 3 pospat /1 ATP (karana ada 2 molekul Gliserat 1.3 bis pospat
setiap 1 mol glukosa = 2 ATP)

1.6 Peranan FAD dan NAD dalam biokimia


NAD+ dan FAD+ berfungsi dalam membawa elektron dari glikolisis dan siklus Krebs dalam
bentuk hidrogen. Hidrogen ini lalu akan digunakan dalam proses ETS (rantai transpor elektron)
untuk menghasilkan energi dalam bentuk ATP.

Soalan 5
Terdapat tiga sistem asas di mana ATP boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan
pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik.
Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan dikenali sebagai sistemaerobik. Sistem anaerobik
dipecahkan kepada dua iaitu sistem alaktik dan sistem laktik.

13
1.1 Anaerobik alaktik (ATP-PC) (lari pecut 100 meter)

Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter
dan berenang 25 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian
Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Ia juga dikenali sebagai sistem fosfagen. Hasil
akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi). Tenaga yang terhasil daripada
pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP. Jumlah ATP yang dapat disimpan di
dalam otot adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti
yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini
akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensititinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh
dibekalkan bagi tempoh 10 saat.

1.2 Anaerobik laktik (Asid Laktik) Lari 400 meter

Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot. Sistem ini tidak
memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Proses penghasilan tenaga ini dikenali
sebagai glikolisis anaerobik iaitu glikosos berpecah menjadi asid piruvi dan menukar menjadi
asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh
melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak. ATP yang dihasilkan
melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC).
ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3minit
seperti bola sepak dan hoki.

14
1.3 Aerobik (Larian Marathon 42 km)

Sumber tenaga ini melibatkan pengeluaran ATP daripada pelbagai bahan bakar dengan
penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Sistem ini menghasilkan
paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangka masa yang panjang
tetapi berintensiti rendah dan sederhana. Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan
berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa melebihi tiga minit kerana oksigen
perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen, asid piruvik
berpecah menjadi karbon dioksida dan air serta membebaskan ATP. Penghasilan ATP adalah
melalui tiga proses utama iaitu glikolisis, kitaran kreb dan sistem pengangkutan elektron.

Soalan 6

1.1 Takrif Tahap Ambang Laktat

VO2 maksimum adalah potensi daya tahan aerobik maka ambang laktat (lactate threshold)
memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensinya. Ambang laktat ditakrifkan
sebagai:

‘Tahap di mana latihan yang meningkat intensitinya di mana laktat darah mula terkumpul
melebihi tahap rehat di mana pencuci laktat tidak mampu melawan pengeluaran laktat. Semasa
melakukan latihan berintensiti rendah, laktat darah tetap atau hampir dengan tahap rehat. Bila
intensiti latihan meningkat, akan datang satu titik dimana kadar laktat meningkat mendadak.
Kajian menunjukkan bahawa ini menandakan pergeseran dari metabolisme aerobik terutama
untuk pengeluaran tenaga didominasi anaerobik. Akumulasi laktat hanya menentukan
keseimbangan antara pengeluaran laktat dan menunjukkan kesediaan atau kekurangan
oksigen.

OBLA

Pada intensiti latihan yang lebih tinggi dari ambang laktat, ada peningkatan akumulasi laktat
dan sering disebut sebagai asimulasi awal laktat darah atau OBLA. OBLA biasanya terjadi
ketika ada konsentrasi laktat darah mencapai sekitar 4 mmol/L. Titik rehat yang sesuai dengan
ambang laktat sering dilihat sukar untuk ditentukan.

Kadar Laktat Maksimal

15
Kadar laktat maksimal ditafsirkan sebagai intensiti latihan di mana penukaran laktat maksimum
adalah sama dengan pengeluaran laktat maksimum. Kadar laktat maksimal dianggap sebagai
satu petunjuk yang baik.

1.2 Ambang Laktat Sebagai Peratus Daripada VO2 Maksimum

Ambang laktat dinyatakan sebagai peratusan daripada VO2 maksimum seseorang


individu. Contohnya, jika VO2 maksimum terjadi pada 24km/jam di atas ujian treadmill dan
peningkatan tajam dalam kepekatan laktat di atas paras rehat ketika di 12 km/jam, maka
ambang laktat daripada VO2 maksimumadalah 50%.

Mengikut teori, seseorang boleh berlatih pada setiap intensiti sehingga mencecah VO2
maksimum tanpa batas. Namun, ketika intensiti latihan meningkat hampir ke VO2 maksimum,
berlaku peningkatan mendadak dalam akumulasi laktat darah yang seterusnya menyebabkan
keletihan. Pada mereka yang terlatih, ambang laktat biasanya terjadi pada 70-80% VO2
maksimum. Pada yang tidak terlatih, pada 50-60% VO2 maksimum.

Kesimpulannya, jika dua orang dengan VO2 maksimum yang sama, yang dengan ambang
laktat lebih tinggi akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Graf menunjukkan atlet 1 dan atlet 2 yang memiliki VO2 maksimum yang sama. Atlet 1
mempunyai ambang laktat pada 70% dan atlet 2 pada 60%. Atlet 1 boleh mempertahankan
kelajuan sekitar 12 km/jam berbanding atlet 2 hanya 10.5 km/jam.

Soalan 7

1.1 Oksigen Defisit

16
Satu serabut otot terdiri daripada 15 milyar filamen, memerlukan sekitar 2500 ATP per
detik untuk pergerakan otot.  Selain glikogen, unsur utama yang sangat penting dalam
menghasilkan ATP adalah oksigen.  Saat olahraga intensiti tinggi, jumlah oksigen yang
disediakan oleh tubuh dari proses pernafasan tidak mampu mengimbangi keperluan tubuh
sehingga terbentuk "sampah" berupa asam laktat dan ion H+.  Timbunan "sampah" tersebutlah
yang menyebabkan keletihan otot. 

Salah satu unsur utama untuk dapat "mendaur ulang" sampah tersebut adalah oksigen. 
Semakin banyak asam laktat dan ion H+ dalam otot dan darah, maka semakin banyak pula
oksigen yang diperlukan untuk mendaur ulangnya. Dalam istilah fisiologi olahraga, kondisi
tersebut dinamakan dengan "oxygen debt", atau disebut juga "hutang oksigen". 

Gambar di bawah mengilustrasikan bahwa semakin tinggi intensiti olahraga, semakin besar
jumlah oksigen yang diperlukan.  Seorang pemain bola yang VO2max-nya rendah akan
memiliki "oxygen debt" yang lebih tinggi berbanding lebih besar.

1.2 Faktor-faktor berlakunya hutang oksigen (Excess post-exercise oxygen consumption-


EPOC)

Penyebab keletihan otot:

1. Penumpukan asam laktat

Terjadinya keletihan otot yang disebabkan oleh penumpukan asam laktat, Dimana dua
mekanisme fisiologis asam laktat menghalang fungsi otot. Kedua mekanisme tersebut
tergantung pada efek asam laktat pada pH intraseluler atau konsentrasi ion hidrogen (H+).
(Strauss,R.H.1979)

17
Dengan meningkatnya asam laktat, konsentrasi H+ meningkat dan pH menurun. Pada
peningkatan konsentrasi ion H+ menghalangi proses rangkain eksitasi, oleh menurunya
sejumlah Ca2+ yang dikeluarkan oleh retikulum sarkoplasma dan gangguan kapasitas mengikat
Ca2+ troponin. Peningkatan konsentrasi ion H+ juga membawa kegiatan fosfofruktokinase,
enzim kunci yang terlibat dalam anaerobik

3. Pengosongan Simpanan Glikogen Otot

Latihan yang lama (30 Minit hingga 4 jam), simpanan glikogen otot didalam beberapa serabut
(terutama serabut otot ST) hampir kesemua dikosongkan. Karana pengosongan glikogen yang
banyak, sehingga menyebabkan kontraktil, meskipun asam lemak bebas (free fatty acid dan
glikogen dari hati telah mencukupi yang masih tersedia sebagai bahan bakar untuk serabut –
serabut otot.

Selain itu, faktor-faktor lain yang berhubungan dengan keletihan samasa period latihan
yang lama adalah disebabkan rendahnya aras glukosa darah menyebabkan pengosongan
cadangan glikogen hati. Kelelahan otot lokal disebabkan karena pengosongan cadangan
glikogen otot. Kekeringan (dehidrasi) dan kurangnya elketrolit, menyebabkan suhu tubuh
meningkat. Kurangnya oksigen dan aliran darah yang tidak mencukupi di serabut-serabut otot.
Perbandingan efek latihan aerobik dan latihan anerobik pada otot skelet dan pada sistem lain
Efek Latihan Aerobik Pada waktu rehat

Dalam keadaan rehat antara dua pertiga bahan makanan berasal dari lemak dan sepertiganya
berasal dari karbohidrat (glikogen dan glukose). Protein dalam keadaan rehat dapat dikatakan
tidak memberikan sumbangan terhadap keperluan tenaga.

Soalan 9

Kesimpulan

Dalam kehidupan seharian semeangnya memerlukan tenga untuk melakukan aktiviti


sama ada berintensiti tinggi atau rendah. Oleh itu proses metabolism memainkan peranan
penting untuk menghasilkan tenga hasil daripada nutrisi dalam makanan. Proses metabolisme
yang dimangkinkan enzim merupakan asas kehidupan, yang membolehkan sel membesar dan
membiak, mengekalkan struktur mereka serta membalas terhadap persekitaran mereka.
Metabolisme merujuk kepada semua tindak balas kimia dalam organisma hidup, termasuklah

18
penghadaman, pengangkutan bahan dari dan ke sel berlaian, secara khususnya tindak balas
dalam sel dikenali sebagai metabolisme perantara. Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis.
Katabolisme menghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel. Manakala
anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid
nukleik.

19

Anda mungkin juga menyukai