Anda di halaman 1dari 42

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. (Kamus Dewan)

Fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan :

(a) Merancang (b) Menyediakan bajet (c) Mengawal (d) Mengarah (e) Mengelola (f) Menyediakan jadual pertandingan (g) Membuat keputusan (h) Menilai

3 elemen utama yang perlu diberi perhatian:

(a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional (c) Perkembangan profesional

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani


(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (c) Organisasi (d) Bidang kuasa Ketua Panitia PJ (e) Perancangan Belanjawan (f) Pengurusan stor PJ (g) Penjagaan Peralatan

1.1.2 Pengurusan Sukan


(a) Dasar Sukan Negara (b) Rasional Dasar Sukan Negara (c) Peringkat Individu (d) Peringkat Masyarakat (e) Peringkat Antarabangsa

OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA (1988)

Membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi, sosial, psikologi dan fisiologi.

Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorang individu. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen.

Strategi dan Implementasi

Perancangan Organisasi terlibat Personel Kewangan Insentif Kemudahan

Strategi dan Implementasi

Perancangan Jangka panjang Sukan-sukan prioriti

Sukan-sukan prioriti

Memanah Olahraga Badminton Tenpin bowling Lumba basikal Terjun Golf Gimnastik

Renang Sepak takraw Kapal layar Hoki (L&W) Menembak Angkat berat

Strategi dan Implementasi

ORGANISASI

Majlis Sukan Negara

Akta 29 Undang-undang Malaysia. 30hb April 1971 Sukan Prestasi Tinggi SUKMA, Persediaan untuk penyertaan Abangsa.

Kementerian Belia dan Sukan

Sukan untuk Semua (Sukan Massa)- konsep MALAYSIA CERGAS Rekreasi dsb.

Strategi dan Implementasi

Kementerian Pendidikan

Sediakan masa mencukupi untuk PJK Melatih guru-guru PJK/ Sukan Galakkan sukan di peringkat Universiti dan Maktab Perguruan.

Strategi dan Implementasi

MAKSAK Galakkan sukan di kalangan kakitangan awam.


OCM Galakkan pergerakan Olimpik Persatuan Sukan Kebangsaan Menyediakan peluang bertanding dan penyertaan di kalangan atlet dan pegawai.

Strategi dan Implementasi

Personel Kakitangan yang berkelayakan dan profesional Bertauliah


Merancang Melaksana Menilai programprogram

Strategi dan Implementasi


KEWANGAN

Menubuhkan Yayasan Sukan Kebangsaan Meningkatkan strategi pemasaran sukan

Strategi dan Implementasi


INSENTIF Peluang melanjutkan pelajaran Pekerjaan Biasiswa iNSURANS Pengiktirafan pingat, bintang

Strategi dan Implementasi


KEMUDAHAN Blueprint pembangunan sukan- 20 tahun Kemudahan untuk sukan prestasi tinggi dan massa

KOMPLEKS SUKAN Pusat, Negeri GELANGGANG Kompleks Belia dan Sukan 1001 GELANGGANG - BAM

2 KOMPONEN Dasar Sukan Negara

Digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi

Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan sematamata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial.

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Konsep Sukan Untuk Semua

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup.

Matlamat Sukan Untuk Semua

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan.

MALAYSIA CERGAS

adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.

Contoh Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia

Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash, Badminton, Menembak, Bola sepak, dsb Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal, membuat senamrobik, yoga dsb Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung, dsb

Sukan Prestasi Tinggi

Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan Body Contact seperti sukan menembak, boling, gimnastik

(8) jenis sukan sebagai sukan teras Badminton Tenpin Boling Skuasy Gimnastik Hoki Olahraga Renang Bolasepak.

Sukan prestasi tinggi


Bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah: (i) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan (ii) Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa (iii) Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan (iv) Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka (v) Mendapat khidmat jurulatih luar negara (vi) Menghantar atlet berlatih ke luar negara

Sukan prestasi tinggi


Tujuan: Mengenal pasti bakat Penambahan bilangan atlet berbakat Penambahan Pusat Latihan Negeri & Daerah Penambahan Pegawai Teknikal Memperbanyakkkan Peluang Pertandingan Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan Penambahan Bilangan Jurulatih

1.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

1.2.1

Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan.

1.2.1

Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

Falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan : menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat.

mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa dengan program sukan berprestasi tinggi.

1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani


(a)Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

(b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan

(c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketigatiga tunjang pembelajaran iaitu: (i) Kecergasan (ii) Kemahiran (iii) Kesukanan

(d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal (e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan

(a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.

(b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

(c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai