Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Tujuannya adalah untuk menguji daya ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular bermaksud keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Ia juga merangkumi penguncupan otot besar yang memerlukan penyesuaian dengan sistem peredaran respirasi. Dari aspek fisiologi iaitu dari sudut kecekapan, daya tahan dan keupayaan maksimum merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori. Faria (1970) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya.

Ia bertujuan untuk member satu anggaran ukuran yang boleh dipercayai tentang keupayaan aerobik atau keupayaan pengambilan oksigen yang digunakan. Ujian ini tidak memerlukan kelengkapan makmal yang mahal. Ujian seperti ini boleh dijalankan terhadap semua peringkat umur dan kumpulan yang besar serta boleh diuji dalam satu masa.

Bagi mencapai tahap kecergasan ini, setiap individu perlu melaksanakan aktivitiaktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kaedah masing-masing. Mereka yang mempunyai tahap kecergasan tinggi khususnya kecergasan kardiovaskular akan terhindar dari pelbagai masalah. Misalnya penyakit-penyakit jantung, tekanan darah

tinggi, diabetes dan lain-lain lagi. Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktivitiaktiviti kecergasan ini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit otot dan sakit belakang.

Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi jantung, peparu dan otot-otot badan. Selain itu, disebabkan kecergasan fizikal melibatkan perlakuan manusia pastinya ia mempengaruhi kualiti minda seperti kesedaran minda dan kestabilan emosi.

PROSEDUR UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Gunakan trek larian sejauh 2.4km samada di jalan raya atau di balapan

Pada hari ujian,peserta tidak seharusnya melakukan aktiviti fizikal yang lain dan tidak seharusnya makan atau merokok 2 jam sebelum menjalani ujian.

Sebelum

melakukan

aktiviti

latihan

daya

tahan

kardiovaskular,aktiviti

memanaskan badan adalah amat penting. Contoh cara memanaskan badan ialah dengan berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan. Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaan pada otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan sendi-sendi pada julat pergerakan yang optimum. Arahan sedia dan mula diberikan dan subjek mula berlari apabila mendapat isyarat mula. Pelari A akan berlari dan pelari B (pasangan pelari A) mencatat pusingan jika pelari A berlari di balapan. Jika di jalan raya masayang terbaik dicatat selepas larian.

Selepas mana

pelari

berlari, pula

Pelari (Pelari

B A)

akan

berlari

di

balapan

di

pasangannya

mencatat

bilangan

pusingan

dan catatan masa setelah tamat

Penyejukkan badan hendaklah diberi perhatian selepas ujian dijalankan. Bagi mengelakkan pengumpulan darah di bahagian kaki dan kekurangan darah kembali ke jantung seharusnya berjalan selama lebih kurang 5 minit supaya dapat membantu pengambilan darah untuk pemulihan.

PENGENALAN UJIAN PACER

Ujian PACER yang diperkenalkan pada tahun 1988 masih dianggap kurang penggunaannya walaupun kesahan yang dilaporkan oleh Leger dan Lambert adalah tinggi, iaitu .71 (Liu, Plowman, dan Looney, 1992). Ringkasan daripada Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run. Juga dikenali dengan Ujian Bleep atau 20meter lari ulang-alik (20-meter Multistage Shuttle Run). Terdapat 21 peringkat, dan masa untuk larian 20 meter yang pertama ialah sembilan saat. Kelajuan meningkat mengikut peringkat. Ujian PACER ini digunakan bagi mengukur kecergasan kardiorespiratori pelajar-pelajar di negara ini. Pelajar-pelajar juga boleh mengetahui kedudukan dan pencapaian masing-masing.

Prosedur Ujian PACER.

Menggunakan seorang pembantu terlatih untuk mencatat skor.

Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pembantu menolong mencatat bilangan pusingan yang dicapai oleh pasangannya dalam borang yang disediakan

Hanya 15 hingga 20 sahaja yang dibenarkan berlari pada setiap sesi ujian. Untuk keselesaan dan menghindarkan gangguan sewaktu larian, jarak antara subjek ditetapkan sekurang-kurang satu meter.

Bagi menentukan ketepatan masa, pita kaset yang digunakan hendaklah dikalibrasikan melalui Ujian Jeda Seminit yang disediakan di permulaan pita kaset.

Jika timing bunyi bip dari pita kaset tersebut tidak menepati masa, pita kaset tersebut hendaklah ditukar dengan yang lain

Penguji hendaklah memastikan suara dari perakam kaset tersebut kuat dan boleh didengar oleh semua subjek.

Selepas memanaskan badan, subjek yang bersedia dikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan.

Larian bermula sebaik sahaja arahan begin selepas countdown 5, 4, 3, 2, 1, kedengaran.

Subjek dikira terkeluar daripada ujian sekiranya tidak sampai ke garisan sebelum bip berbunyi, dua kali berturut-turut. Skor dicatat dalam kiraan lap (ulangan).

Subjek dikehendaki melakukan aktiviti kelonggaran dan menyejukkan badan setelah selesai menjalankan ujian.

Anda mungkin juga menyukai