Anda di halaman 1dari 2

MINGGU KELAPAN (8)

TARIKH : 25 Mac 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran


dapat dijalankan dengan baik sekali. Kehadiran murid amat memberangsangkan.
Kehadiran mereka secara berterusan, membuatkan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Murid dapat mengikut dan memahami apa yang
diajarkan disamping aktiviti pengukuhan yang berterusan yang diberikan menyebabkan
perkembangan murid yang lemah semakin meningkat dari minggu ke minggu.
Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran pada hari Khamis terpaksa ditunda
kehari yang berikutnya akibat murid dan guru terlibat dengan Program terapi riadah dan
sosial di Pasar Tani Chenor, Temerloh, tetapi murid tetap dapat mengikuti
pembelajaran dengan baik keesokan harinya. Program tersebut dijalankan untuk
memberikan pendedahan kepada murid tentang suasana sebenar keadaan masyarakat
diluar dan memberikan pengalaman kepada murid tentang cara-cara untuk membeli
barang. Program terapi yang dijalankan ternyata memberikan kegembiraan terhadap
murid kerana mereka dapat dibawa keluar kelas untuk mempelajari sesuatu yang baru
selain dapat mempraktikkan matematik dalam kehidupan seharian diluar kelas secara
lebih jelas dan terperinci.

Selain itu, pertukaran salah seorang murid ke sekolah menengah telah


menyebabkan murid kelas saya semakin berkurangan dan sedikit. Pertukarannya
menyebabkan kemeriahan suasana pengajaran tidak lagi seperti dahulu.
Walaubagaimanapun, murid lain tetap memberikan tumpuan yang baik dan
memeriahkan kelas. Pertukaran murid tersebut menyebabkan saya terpaksa
mengambil murid lain sebagai contoh untuk melakukan (rancangan pendidikan Individu
(RPI).

2. Analisis

Pertukaran murid ke sekolah menengah adalah kerana umur murid berkenaan


yang telah mencapai 13 tahun. Di mana penjaga murid berkenaan telah meminta untuk
menyekolahkan anaknya ke sekolah menengah yang baru sahaja dibuka di Jengka 21.
3. Cadangan untuk Memperbaiki

Pertukaran murid tersebut membuatkan saya terpaksa mengambil murid lain untuk
direkodkan perkembangan pembelajarannya di dalam RPI yang baru kelak. Biarpon
tidak dapat melihat perkembangannya sehingga tamat latihan praktikum ini, saya tetap
tidak akan mudah putus asa. Saya tetap akan berusaha agar murid yang lain tetap
akan diberikan tumpuan yang lebih oleh kerana jumlah yang semakin sedikit dapat
memberikan saya peluang untuk memberi tumpuan yang lebih kepada murid yang
lemah.

4. Tempoh Masa

Diharapkan dalam tempoh masa yang terdekat dengan murid yang sedikit, membantu
saya untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada kelemahan murid dan dalam masa
yang sama mampu membantu meningkatkan pencapaian dan prestasi semasa murid.

5. Penilaian Kejayaan

Prestasi murid semakin meningkat dari hari ke sehari, biarpun ada sedikit kekurangan
dan perkara yang agak lemah, tetapi sudah lumrah bagi murid pendidikan khas,
sesuatu penilaian tidak boleh dilihat dalam tempoh jangka masa yang singkat. Dalam
tempoh selama tidak sampai 3bulan ini, apa yang dijangkakan sudah tercapai akhirnya.
Segala bantuan dan idea-idea dari rakan sejawat yang tidak jemu menolong, sangat
membantu saya dikala saya tidak memahami cara dan kaedah yang betul untuk
mengajar kepada murid. Saya tidak akan berhenti berusaha dalam mencapai dan
menambah ilmu dalam menjadi seorang guru yang berkaliber dalam mendidik anak
bangsa sehingga Berjaya.

6. Tindakan Susulan

Berkat ‘try and error’ yang diamalkan sejak mula menjalani latihan praktikum ini, kini
saya sudah boleh memahami dan mengetahui kaedah dan teknik yang berkesan untuk
diajarkan kepada murid agar mereka dapat memahami disamping seronok untuk
belajar. Walaubagaimanapun, saya akan tetap cuba untuk menerapkan kaedah dan
teknik pengajaran yang lain agar saya dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran kelak.

Anda mungkin juga menyukai