Anda di halaman 1dari 2

MINGGU KETIGA (3)

TARIKH : 11 Februari 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, saya mengalami masalah pertukaran jadual waktu. Ini kerana
terdapat pengubahsuaian dalam mengikut kehendak kurikulum dari Jabatan Pendidikan
Khas umumnya. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancang tidak dapat dijalankan. Justeru menyebabkan saya terpaksa menunda
pengajaran dan pemelajaran yang dirancang kepada hari berikutnya. Gangguan
pengajaran dan pembelajaran ini menyebabkan pembaziran waktu yang telah
dirancang sebaiknya. Saya juga semakin membiasakan diri untuk mengawal kelas
dengan baik. Saya tidak mempunyai masalah dalam menguruskan murid kerana
mereka dapat memberikan kerjasama dengan baik. Murid yang tidak dapat
menghadirkan diri telah hadir semula ke sekolah. Diharapkan murid tersebut akan
dapat sama-sama belajar dengan baik selepas ini.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana terdapat penambahan bilangan waktu dalam satu
subjek matapelajaran. Biarpun penambahan yang telah dipersetujui oleh semua pihak
guru, tetapi saya tidak menyangka perubahan tersebut memberi impak kepada jadual
praktikum saya pada hari tersebut. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang terpaksa ditunda pada hari yang lain.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik,


saya seharusnya berbincang dengan penyelaras Pendidikan Khas agar apa sahaja
perubahan tentang jadual waktu yang bakal dilaksanakan perlu memastikan saya
mempunyai ruang untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk jadual
praktikum.
4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memastikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan sentiasa meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru
pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh memperbaiki kelemahan dari
semasa ke semasa.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba lebih peka dalam sebarang perubahan yang dilaksanakan sama ada
dalam proses aktiviti kurikulum mahupun ko-kurikulum untuk menjamin pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai