Anda di halaman 1dari 5

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 08.08.2018

Tajuk : Pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (8 Ogos 2018) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat bagi
kelas 3 sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi
mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan
itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil
masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja kumpulan dan semasa membentangkan. Di
samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti
kelas pendidikan jasmani yang telah mengambil masa yang lebih sehingga mengurangkan
masa yang telah dirancangkan.

3. Isu/ masalah/ peristiwa yang difokuskan dianalisis secara terperinci.

3.1 Mengenal pasti punca sebab isu masalah / peristiwa yang difokuskan.

 Perancangan pengajaran kurang cekap.


 Pengalaman saya dalam mengajar masih cetek.

3.2 Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu/ masalah

 Saya tidak teliti dalam pengajaran saya

3.3 Mengenal pasti kelemahan isu masalah/ peristiwa yang difokuskan

 Aktiviti tidak dijalankan dengan lancar.


3.4 Mengenal pasti kekuatan isu/ masalah / peristiwa yang difokuskan

 Murid seronok mengikut aktiviti yang dijalankan.

3.5 Meramal kesan dan akibat isu /masalah/ peristiwa yang difokuskan

 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelam kabut.

4. Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca/ kelemahan

a) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

b) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi


masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang
ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih
beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah
dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

6. Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu/ masalah


yang dikenal pasti.

Saya akan merancangkan pengajaran dan pembelajaran dengan meminta pandangan guru
dalam mengajar. Selain itu, saya akan mengikut masa yang ditentukan supaya aktiviti yang
seterusnya tidak diganggu.
7. Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan dijalankan.

Saya telah berbincang dengan guru pembimbing saya tentang tahap penguasaan murid
tahun 3. Beliau telah banyak memberi maklumat kepada saya. Dengan adanya bimbingan
beliau, saya telah mendapat peningkatandalam menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Selepasa tindakan diambil berdasarkan kepada cadangan penyelesaian yang saya


cadangkan, saya mendapati ia memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat apabila
aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan lancar. Saya telah memastikan
setiap aktiviti menggunakan masa yang secukupnya untuk diselesaikan. Guru telah berjaya
menguruskan masa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

9. Kesimpulan / Refleksi

Setelah pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dijalankan dengan


lancar. Murid-murid dapat melibatkan diri dengan baik.

Disediakan oleh :

_________________
(DAVID CHIA WEI LIANG )
PELAJAR IPG KAMPUS KENT

Disemak oleh: Disemak oleh:

----------------------------------- -------------------------------------

(REGINA KATONG) (ROSALYN GELUNU)

Guru Pembimbing Praktikum Pensyarah Pembimbing Praktikum


Minggu Praktikum: 1

Tarikh : 01.08.2018

Tajuk : Tingkah laku murid

1. Masalah / Peristiwa

Murid berbuat bising dan mengabaikan arahan guru apabila saya mengantikan kelas guru
yang tidak hadir.

2. Perkembangan / peristiwa yang difokuskan

Murid-murid berkejar sana sini dan banyak bercakap apabila saya mengantikan kelas guru
lain. Murid berasa ingin tahu tentang guru yang baru.

3. Isu / masalah/ peristiwa yang difokuskan.

Murid terlampau semangat ingin mengenal guru yang baru sehingga tidak terkawal. Hal ini
berlaku kerana guru berbaik dengan mereka sehingga mereka terpijak kepala guru. Hal ini
dapat menyebabkan pengajaran dan pembelajaran pada masa nanti akan menjadi susah.
Penglibatan murid yang aktif dan terkawal adalah baik dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti.

4. Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca/ kelemahan

 Saya akan bersifat tegas dalam menjalankan tugas dan mengawal kelas.

5. Tempoh masa tindakan susulan

Tempoh masa untuk menyelesaikan masalah ialah satu hari. Sifat yang tegas dapat
mengawal kelas dengan baik.
6. Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu/ masalah yang
dikenal pasti.

Saya akan bersifat tegas dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
demikian bagi semua murid mendengar arahan guru dan mematuhinya.

7. Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan dijalankan.

Saya telah mencari maklumat di internet tentang cara untuk mengawal kelas. Selain itu,
saya juga bersoal jawab dengan senior-senior yang sudah mengajar untuk mendapat cara
mengawal kelas.

8. Kesimpulan / Refleksi

Saya berpendapat bahawa masa pertama masuk kelas tidak boleh berbaik-baik dan
sembang dengan murid-murid. Jika berlaku sebegini, murid-murid akan berasa guru
tersebut boleh dibuli dan mula naik kepala. Oleh itu, kita perlu tegas dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai