Anda di halaman 1dari 23

Jurnal Mingguan

Tarikh: Tajuk: 21 - 25 Januari 2013 Persediaan / BBM / Jadual

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Minggu ini merupakan minggu Pertama saya menjalani praktikum. Walaupun telah mengajar di sekolah ini selama setahun, tidak dapat dinafikan yang saya amat takut untuk menjalani minggu pertama praktikum ini. Saya tidak dapat membuat persediaan sebaiknya kerana buntu memikirkan penyeliaan nanti. Saya merasa takut gagal mengawal kelas semasa pemantauan dibuat apabila memikirkan murid- murid yang nakal akan membuat bising. BBM yang saya buat hanyalah gambar dan kad kalimah.

2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya merasakan amat kurang berkeyakinan adakah bbm yang disediakan dapat membantu menarik minat pelajar khususnya murid tahun satu.

3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Bagi persediaan dan BBM pula, saya banyak bertanya dan merujuk kawan-kawan untuk berkongsi idea dan mendapat tips berguna sebagai persediaan dan memberi suntikan semangat untuk saya menjalani praktikum dengan jayanya.

4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya . Bahan untuk P&P juga saya usahakan menambahbaikkan bahan yang ada dan juga berusaha mencari sumber baru dan saya telah meminta sebuah projector untuk digunakan bila p&p dijalankan. Dan disimpan di makmal Ict supaya mudah untuk digunakan di kelas 5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya sedar bahawa perbincangan secara telus dapat menyelesaikan setiap masalah yang melibatkan ramai.

6. Tindakan pada masa kelak Saya sepatutnya bertenang bila berhadapan dengan sebarang masalah dan tidak perlu menyalahkan diri atas setiap yang berlaku. Saya perlulah tabah, jangan cepat mengalah dan perlu bijak mengawal emosi Semoga peristiwa ini membantu saya memperbaiki diri dan berani berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan dengan tenang dan tidak cepat merasa marah walau pun tidak berpuashati dengan sebarang isu yang timbul.

Jurnal
Tarikh: Tajuk: 2 FEBRUARI 2007 PENGURUSAN WAKTU

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Minggu ini saya mengajar tajuk ke-dua. Murid tahun dua kelihatan seronok kerana mereka telah belajar sebelum ini beberapa anggota badan dalam perkataan arab . Manakala murid darjah satu pula telah mengetahui anggota keluarga dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris. Masalah yang saya hadapi adalah menguruskan pembahagian waktu dengan sebaiknya untuk berpindah dari satu langkah ke langkah seterusnya. Oleh kerana langkah pertama dan kedua telah melebihi waktu yang dirancangkan, langkah P&P ketiga agak kelam-kabut kerana masa yang berbaki sangat terhad. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya berasa bimbang kelemahan saya dalam pengurusan masa akan menjejaskan prestasi saya dan gagal menguruskan P&P dengan seoptimum mungkin dan akan menyebabkan objektif pengajaran saya kurang berjaya.

3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Saya cuba mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang

berpengalaman dan juga menyediakan jam sebagai panduan untuk saya bergerak dari satu langkah ke langkah P&P yang seterusnya.

4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Jam yang disediakan memberi saya panduan untuk menghadkan masa bagi setiap langkah dan dalam masa yang sama saya pastikan murid memahami dan menguasai apa yang diajar dalam jangkamasa yang ditetapkan. Bagi murid yang lemah, pemulihan dan latih tubi di buat secara langsung di dalam kelas. 5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya yakin, pengurusan masa yang betul akan mendidik diri lebih berdisiplin. Kita juga akan berjaya mencapai objetif objektif yang diharapkan jika bijak menguruskan masa. 6. Tindakan pada masa kelak Saya akan memastikan setiap langkah dalam P&P dapat diaplikasikan seoptimum mungkin dan berjaya memanfaatkan masa yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin.

Jurnal
Tarikh: Tajuk: 9 Februari 2007 Penyeliaan Pertama oleh guru pembimbing

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Beberapa orang murid kurang memberi perhatian semasa saya mengajar, ada yang meletakkan kepala di atas meja, melipat kertas dan bermain kotak pensil walau pun sebelum memulakan kelas, saya telah mengarahkan setiap murid menyimpan semua barang-barang tersebut di dalam laci meja mereka. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya merasa geram melihat situasi ini kerana ini merupakan penyeliaan pertama oleh guru pembimbing. Saya tahu, pengawalan kelas yang lemah pastinya menjejaskan proses P&P yang berkesan. Hakikatnya, saya sepatutnya menyediakan BBM yang menarik untuk menarik perhatian mereka khususnya bermula set induksi lagi. Guru Pembimbing memberi pandangan bahawa set induksi saya kurang jelas dan gagal menarik perhatian murid kerana saya tidak dapat mengaitkan gambar dengan topik yang akan diajar secara baik dan sempurna. 3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki

Saya mengambil langkah segera dengan memberi nasihat kepada murid supaya memberi perhatian pada pelajaran yang diajar dan mengarahkan mereka menyimpan barang tersebut. Murid yang berdegil, saya minta mereka berdiri dan menyoal mereka apa yang telah dipelajari. Bagi mereka yang dapat menjawab soalan dengan baik, saya memuji mereka dan menasihatkan mereka supaya duduk dengan elok dan berusaha memberi tumpuan pada pelajaran. 4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Murid tersebut sentiasa dalam perhatian saya dan beberapa kali diminta menjawab soalan dan mengulang perkataan yang mereka. Mereka lebih fokus dan berhenti bermain. diajarkan kepada

5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya perlu bersedia dengan karenah murid yang pelbagai dan tidak dijangka. Bagaimana pun, saya percaya sekiranya saya berjaya menarik perhatian mereka bermula seawal permulaan kelas atau sebelum sesuatu topik diajar kepada murid, mereka akan seronok dan bersedia mengikuti pelajaran sepanjang sesi P&P dijalankan.

6. Tindakan pada masa kelak Saya akan berusaha mencari jalan dan memilih bahan yang menarik untuk persediaan P&P yang sesuai untuk digunakan semasa P&P. Saya juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk

meransang bersemangat.

mood

murid

untuk

mengikuti

pelajaran

dengan

lebih

Jurnal
Tarikh: Tajuk: 23 Januari 2010 Penyampaian guru semasa P&P

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Masalah saya pada minggu ini ialah murid kelihatan kurang memahami topik yang diajar walau pun saya telah membuat isyarat, pergerakan dan nada suara yang berbeza. Hal ini membuatkan saya merasa berang. Kebanyakan daripada mereka seolah memandang kosong pada pengajaran saya. Ini menunjukkan mereka tidak memberi perhatian pada topik yang diajar. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya merasa tidak berpuashati dengan keadaan ini. Walau bagaimana pun, saya merasakan keadaan ini adalah berpunca daripada cara penyampaian saya sendiri. Murid tidak berminat mengetahui apa yang dipelajari kerana saya tidak bijak menarik perhatian mereka dan tidak mesra dengan mereka sebelum dan semasa P&P berjalan. 3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki

Saya cuba memberi perhatian kepada mereka dengan bertanya apa yang mereka lakukan semasa bersama keluarga. Murid seronok bercerita pengalaman masing-masing bersama. Selepas itu, saya menarik perhatian mereka kembali kepada pelajaran pada hari itu. 4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Saya cuba bersikap mesra, banyak senyum dan memberi perhatian pada setiap murid. Mereka yang dapat menjawab dengan baik saya berikan pujian, manakala mereka yang gagal saya berikan kata ransangan supaya mereka berusaha lebih gigih.

5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya perlu bijak berlakon di hadapan murid dan sepatutnya tidak menunjukkan rasa marah dengan sikap murid yang kadang-kala nakal. Saya perlu menangani masalah murid dengan berlembut, bersikap mesra dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka agar mereka tidak takut untuk berkomunikasi dengan saya dan memberi lebih perhatian semasa di dalam kelas. 6. Tindakan pada masa kelak Saya akan berusaha memastikan diri sentiasa dalam keadaan mood yang baik dan segar semasa berhadapan dengan murid-murid. Wajah yang ceria dan mesra membantu menarik murid bersemangat untuk belajar.

Jurnal
Tarikh: 12 16 Februari 2007 Tajuk: Persediaan Hari Sukan 7. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Pada minggu ini, murid lebih didedahkan dengan aktiviti luar bilik darjah iaitu berlatih sukan untuk persediaan sempena Hari Sukan peringkat sekolah yang akan diadakan pada 16 Februari nanti. Murid telah menghabiskan sepanjang pagi dengan bersukan.Keadaan ini membuatkan mereka kepenatan dan kurang berminat mengikuti aktiviti kelas. Ramai antara mereka bersungut keletihan dan mengantuk semasa belajar selepas waktu rehat. 8. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya faham dengan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Oleh itu, saya cuba mengajak mereka mengingati pelajaran lepas dan kalimahkalimah yang diajarkan kepada mereka. Jika saya mengajar dalam keadaan mereka tidak dapat mereka yang keletihan, objektif pelajaran juga tidak akan akan tercapai bahkan murid kemungkinan bosan dengan saya dan juga subjek Bahasa Arab Komunikasi. 9. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki

Untuk memanfaatkan masa yang ada, saya berikan murid aktiviti yang tidak membebankan mereka seperti mewarna dan membuat sedikit latihan bertulis. Saya cuba membantu mereka seorang demi seorang juga secara berkumpulan membuat aktiviti tersebut bergantung pada tahap kecerdasan mereka. 10. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Murid yang minat mewarna seronok melakukan aktiviti yang disediakan. Tidak dinafikan ada antara murid yang malas dengan memberikan alasan penat dan susah. Selepas diber perhatian secara indidu, murid dapat menyiapkan latihan yang diberikan. Bagi murid lemah, saya panggil mereka duduk dalam bulatan seramai 5 orang, mereka hanya diminta menyebut kalimah dengan bantuan seorang murid turus. 11. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Murid tidak boleh dipaksa belajar semasa mereka dalam keadaan tidak bersedia atau penat. Guru masih boleh menerapkan P&P secar tidak lngsung dengan aktiviti yang bersesuaian dan tidak hanya bersifat dan teori semata-mata. 12. Tindakan pada masa kelak Saya akan berusaha dan bersedia membantu murid belajar secara berterusan tanpa membuatkan mereka merasa belajar sepanjang masa. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dan murid dapat belajar secara tidak langsung semasa aktiviti tersebut dijalankan.

Jurnal
Tarikh: Tajuk: 26 - 2 MAC 2007 Persediaan BBM

13. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Minggu ini saya masih mengajar tajuk untuk tahun Dua. Penekanan pada minggu inidiberikan pada fungsi anggota badan. Empat ayat yang diajar kepada murid ialah :

.i .ii .iii .iv

Untuk menarik perhatian murid, semasa set induksi saya telah menyediakan Apollo untuk murid-murid makan. Murid diterapkan dengan adab sebelum makan seperti membaca Basmalah dan mengambil makanan dengan tangan kanan. Manakala untuk langkah seterusnya, saya hanya menyediakan gambar berwarna dan membuat aksi untuk menunjukkan contoh. Murid kelihatan seronok dan tertarik pada persediaan P&P saya pada hari ini.

14. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya gembira melihat situasi ini dan menyuntik semangat saya untuk mengajar dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh. Murid seronok belajar sambil mempraktikkan apa yang dipelajari dan sebagai guru, saya tidak boleh static dengan hanya menekankan teori sahaja. 15. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Walau bagaimana pun, saya masih belum berpuashati dengan keadaan ini. Saya percaya, jika saya memberi makanan yang pelbagai rasa akan lebih menarik perhatian murid. Saya patut menyediakan makanan dalam kuantiti yang sesuai dengan murid berbanding pada kali ini, murid hanya dapat merasa Untuk bersikap adil, semua murid diberi merasa makanan yang disediakan dan saya berjanji akan memberi mereka makanan yang lebih sedap untuk mereka jika mereka terus mengekalkan sikap baik dan bersemangat semasa belajar. 16. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Murid mengikuti pelajaran dengan lebih baik daripada sebelum ini dari segi fokus, kesungguhan dan minat pada pelajaran yang diajarkan kepada mereka. 17. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya perlu bijak menyesuaikan BBM dengan kehendak/objektif pelajaran dan kesesuaian untuk menarik perhatian murid. Walau pun ada sebilangan kecil murid yang tidak dapat membaca dengan baik, mereka dapat mengingat ayat yang diajarkan kepada mereka berpandukan gambar, lagu dan contoh perbuatan yang telah dipraktikkan oleh mereka. 18. Tindakan pada masa kelak sahaja kerana ianya sangat sedikit.

Saya akan berusaha mencari jalan dan memilih bahan yang lebih menarik untuk persediaan P&P. Saya juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meransang mood murid untuk mengikuti pelajaran dengan lebih Baik dan mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Jurnal
Tarikh: Tajuk: 5 - 9 MAC 2007 Masalah dalam membaca Al-Quran

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Majoriti murid masih membaca Iqra 2 dan 3. hanya 5 orang daripada mereka dapat membaca ayat dengan baik tetapi agak sukar mendisiplinkan bacaan panjang atau pendek. Walaupun saya menekankan sebutan kalimah, masih ramai yang belum menguasai bacaan. Masalah tidak membaca iqra di rumah dan tiada galakan ibu bapa murid adalah menjadi faktor murid lambat menguasai al-Quran. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Saya kecewa kerana murid cepat lupa apa yang diajarkan kepada mereka dan kurang kesungguhan untuk memantapkan lagi pembacaan mereka. 3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Teknik latih-tubi dan penggunaan kad kalimah belum menampakkan hasil yang memberansangkan. Bagaimana pun, kepelbagaian kaedah yang digunakan sedikit sebanyak membantu mengelakkan murid cepat jemu sepanjang membaca al-Quran. Saya gemar bercerita dan menyelitkan unsur nasihat dan menterjemah kalimah mudah agar murid lebih berminat semasa sesi membaca al-Quran. Penerangan dan latih tubi menghafaz hukum tajwid juga satu alternative mempelbagaikan langkah dalam P&P.

4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Murid dapat menambah pengetahuan mereka tentang al-Quran dan tidak perlu membaca mengikut guru semata-mata. Dalam usaha menguasai bacaan ayat suci, mereka juga didedahkan dengan hukum tajwid dan makna secara ringkas dan juga kisah yang disebut dalam al-Quran 5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Saya perlu mempelbagaikan aktiviti bagi mengelakkan murid jemu belajar al-Quran. Saya tidak perlu risau atau takut mempelbagaikan aktiviti selagi ia tidak bercanggah atau mencemar kesucian al-Quran. 6. Tindakan pada masa kelak Saya akan sentiasa mempelbagaikan aktiviti yang dapat meransang mood murid demi memastikan murid berusaha mempelajari ayat al-Quran, mengecam huruf dan menyebut kalimah dengan baik serta membaca secara fasih dan bertajwid.

Jurnal
Tarikh Tajuk : 19 23 MAC 2007 : Menangani Murid Bermasalah

1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Minggu ini saya memulakan kelas dengan tajuk baru. Cuti sekolah seminggu yang lepas, memberi semangat baru pada saya untuk berusaha menjadi pendidik yang lebih dedikasi dan komited dengan tugas. Isu yang akan saya sentuh pada kali ini ialah murid Hyper- Active, bergaduh dan sukar mengingati perkataan dan perkara yang diajar. Murid ini adalah terdiri daripada murid kelas 1 Gemilang, iaitu murid KIA lemah dalam 3M. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Semasa saya meminta semua murid duduk di hadapan kelas mengadap ke arah papan putih, seorang murid iaitu Hakimi telah menolak kawannya sehingga terjatuh dan kemudiannya mereka saling bergaduh. Kawan-kawan yang menegur perbuatan Hakimi juga telah dimarahi olehnya dan dia cuba memukul kawan yang lain pula. Saya merasa geram melihat keadaan ini. Kawalan kelas tidak terkawal seketika. Saya merasa ingin menghukum perbuatan Hakimi ini. 3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki

Kenakalan Hakimi dan kesukaran murid lain menguasai apa yang diajar sungguh mencabar kesabaran. Bagaimana pun, saya cuba mengawal diri dan cuba menarik perhatian mereka dengan mengumpan mereka dengan hadiah kecil. Saya memberitahu mereka yang nakal, malas belajar dan tidak mendengar nasihat tidak boleh menerima hadiah berkenaan. Dua orang murid yang agak lemah tetapi menunjukkan kesungguhan dan berperangai elok saya berika hadiah tersebut pada masa itu juga. 4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Melihat keadaan ini, anak-anak kecil ini segera berdiam diri dan berusaha menunjukkan tingkahlaku yang baik. Hakimi datang ke hadapan saya dan meminta maaf. Saya meminta murid ini meminta maaf pada kawan yang dipukulnya tadi. Saya memberi soalan berkaitan perkataan yang diajar dan memberi hadiah kepada mereka yang dapat menjawab dengan betul termasuk Hakimi. 5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Murid menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini kerana inginkan perhatian, masalah keluarga dan mahu disayangi. Bersikap lemah-lembut dan cuba berdiplomasi dengan mereka dan sentiasa mendekati mereka dan bertanyakan masalah mereka buat mereka rasa disayangi dan lebih senang mengawal mereka berbanding bertindak tegas dan bercakap kasar atau memarahi mereka. 6. Tindakan pada masa kelak Saya akan cuba mengubah keadaan ini. Pada masa kelak, apabila murid akan diminta kehadapan kelas, murid yang nakal dan bermasalah seperti suka bergaduh atau mengganggu kawan dipanggil kehadapan selepas semua murid telah duduk dengan tertib. Saya percaya, dengan ini

Hakimi atau murid lain tidak berkesempatan menolak atau mengganggu kawan yang lain.

Jurnal
Tarikh Tajuk : 26 - 30 MAC 2007 : PERJUMPAAN GURU-GURU BARU DENGAN KAUNSELOR DARI PPD

7. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Pada hari Khamis 29 mac 2007, kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) telah datang ke sekolah. Kehadiran pegawai ini pada pukul 12.30 tengahari dan dipanggil untuk taklimat secara mengejut, sedikit sebanyak mengganggu masa P&P saya yang sedang berjalan. Waktu mengajar saya yang sepatutnya satu jam, hanya dapat dilaksanakan selama setengah jam dan dipanggil secara ad-Hoc mengakibatkan perancangan yang dibuat pada hari itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Murid-murid kelas 1 Gemilang yang saya ajar pada masa tersebut, berkeliaran apabila saya keluar dari kelas. Walau pun telah diingatkan supaya tidak berbuat bising, mereka berkejaran sementara guru lain datang menggantikan tempat saya. 8. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Melihat keadaan ini, saya merasa agak cemas dan terganggu dengan hal ini. Saya rasa kepenatan dan beberapa orang guru yang masuk ke bilik Budi untuk taklimat secara mengejut itu juga kelihatan kepenatan.

Jika diberitahu awal-awal, mungkin saya boleh menyediakan murid dengan latihan bertulis. Saya juga tidak perlu masuk ke bilik perjumpaan dalam keadaan tergesa-gesa dan stress bimbangkan keselamatan murid-murid kelas tersebut yang agak nakal. Kebimbangan ini bersebab kerana pada hari sebelumnya, seorang murid tersepit tangan di celah pintu kerana dibuli murid nakal dan kejadian berlaku kerana kelewatan guru masuk ke kelas tersebut. 9. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Pihak pentadbir sepatutnya memaklumkan kepada guru lebih awal jika ada sebarang perjumpaan, mesyuarat atau taklimat. Murid tahap 1 sedia dimaklumi agak nakal dan sukar mematuhi arahan. Makluman secara awal secara lisan sekurang-kurangnya, atau menggantikan dengan guru lain yang tidak terlibat bagi memastikan kelas ketiadaan guru, dapat mengelakkan daripada sebarang kejadiaan yang tidak diingini dan masa belajar murid juga tidak terjejas. Pengawas juga boleh diminta mengawal kelas untuk seketika semasa ketiadaan guru. 10. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Saya pasti, jika alternatif di atas dilaksanakan, guru tidak merungut dan murid-murid juga tidak berkesempatan berbuat bising. Pengisian masa murid juga lebih berfaedah dan tidak memberi mereka peluang berkeliaran dan tidak terkawal. 11. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Perancangan dan makluman awal amat penting dalam pengurusan organisasi untuk memastikan mereka yang terlibat tidak tercicir. Guru juga berkesempatan menyediakan murid aktiviti alternative bagi menggantikan P&P yang sepatutnya. 12. Tindakan pada masa kelak

Saya akan menyediakan latihan bertulis atau aktiviti yang sesuai dengan murid seperti mewarna atau melukis dan mengikut aras mereka sebagai persediaan untuk murid melakukan tugasan semasa saya tiada di kelas.

Jurnal
Tarikh Tajuk : 2 6 APRIL 2007 : PROGRAM TEMU MURNI ( 5/4/2007 12.00 TENGAHARI)

13. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Perjumpaan dengan ibubapa murid KIA 2M dan murid PRA yang dinamakan Program Temu Murni ini bertujuan membantu murid untuk menguasai bacaan dan penulisan. Jumlah murid darjah 1 yang bermasalah dalam 2M iaitu seramai 28 orang memberi cabaran besar kepada pihak sekolah. Murid-murid ini perlu diberi pemulihan kerana ketinggalan dalam hampir semua subjek. Perjumpaan ini diharapkan dapat memberi kefahaman pada ibu bapa dan guru membantu murid menguasai 2M. Satu modul khas diberikan kepada setiap murid berperingkat-peringkat. 14. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Kesungguhan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk membantu murid menguasai 2M amat dibanggakan. Ini meninjukkan bahawa pihak sekolah berusaha demi menambahbaikkan penguasaan murid dalam untuk menguasai setiap bab secara

pelajaran serta membuktikan salah satu inisiatif untuk membantu anak bangsa. Usaha ini diharapkan mendapat kerjasama padu pihak guru dan ibu bapa membantu murid menguasai 2M. saya yakin, ramai murid yang menghadapi masalah 2M akan berjaya menguasai masalah ini jika ia dijalankan seperti yang dirancangkan.

15. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Masalah murid menguasai 2M boleh diatasi dalam jangkamasa yang diharapkan jika kerjasama semua pihak berjalan lancar. Pihak ibi bapa khususnya amat berperanan dalam membantu anak-anak belajar. Pemantauan ibubapa di rumah, serta jadual belajar yang konsisten tentunya dapat membantu murid menguasai kelemahan mereka dalam pelajaran. Jika tanggungjawab itu diserahkan kepada pihak sekolah seratus peratus, sukar untuk mencapai objektif untuk melihat anak-anak menguasai 2M dengan cepat. 16. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Kesungguhan dan pengorbanan masa oleh penjaga menunjukkan prestasi murid ada peningkatan. Guru juga akan merasa puashati dan berbaloi dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan selama ini. Murid yang rajin membaca di rumah dan dipantau oleh ibubapa akan lebih bersemangat dan seronok untuk terus berusaha belajar mengeja dan menulis tanpa cepat merasa jemu. 17. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Setiap murid ada potensi untuk cemerlang dan berjaya. Cuma

sesetengah daripada mereka mengambil sedikit masa dan perlukan pendekatan yang bersesuaian dan tepat kerana masing-masing berlainan cara didikan di rumah. Guru perlu banyak sabar dan cuba memahami murid serta menyiasat latar belakang murid kerana majority yang bemasalah dalam 2M ada konflik keluarga seperti berpecah-belah, kemiskinan hidup serta diabaikan. Mereka memerlukan masa dan keprihatinan guru untuk melayani mereka belajar dan mendekati mereka dengan berhikmah. 18. Tindakan pada masa kelak Saya akan berusaha membantu murid yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya iaitu seramai 3 orang untuk menguasai 2M. saya akan berhubungan dengan ibu bapa murid dari masa ke semasa dan sama sama mencari cara terbaik agar mereka menguasai 2M dengan cepat.

Jurnal
Tarikh Tajuk : 9 - 13 APRIL 2007 PERISTIWA : 14/4/2007 (8.00 Pagi 2.00 Petang) : KEM BESTARI SOLAT, KURSUS KEPIMPINAN (Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Dan Ketua Kelas ) DAN GOTONGROYONG 1. Peristiwa/ Isu / Masalah P&P bilik darjah ( kurikulum /kokurikulum) Pada hari Sabtu 14 April lepas, pihak sekolah telah mengadakan tiga program serentak pada waktu dan masa yang sama. Kem Bestari bagi murid Tahun Dua, Kursus Kepimpinan untuk pemimpin kecil di sekolah dan juga aktiviti gotong-royong. Bagi menjayakan ketiga-tiga aktiviti, warga sekolah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk semua terlibat di dalam salah satu aktiviti tersebut. Saya dan Ahli Jawatankuasa j-Qaf terlibat dalam kem Solat. 2. Bisikan hati/ Perasaan tentang isu / Peristiwa Semua pihak terlibat menjayakan aktiviti terbabit mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Saya merasa amat bersyukur aktiviti yang diatur untuk Program Kem Bestari Solat berjaya dijalankan dengan sempurna. Saya juga berbesar hati kerana Guru Besar sempat meluangkan masa untuk aktiviti pembukaan dan penutup Kem Solat tersebut.

Bagaimana pun, aktiviti gotong-royong dan kursus kepimpinan tamat seawal jam 12.00 tengahari. 3. Cara atasi peristiwa P&P / alternatif untuk memperbaiki Program yang diatur akan lebih berjaya dan meriah jika setiap aktiviti tidak dijalankan pada waktu dan masa serentak untuk mengelakkan rasa kurang puashati pada sesetengah individu terlibat. 4. Pelaksanaan alternatif & Keberkesanannya Aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah sebaiknya dijayakan oleh semua warga sekolah dan dijalankan pada hari di mana tiada aktiviti lain di sekolah bagi memastikan keterlibatan semua guru dan warga sekolah. 5. Kefahaman baru / Kesedaran tentang isu / Masalah Aktiviti gotong-royong dan program sekolah yang lain adalah salah satu aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara setiap warga sekolah jika setiap ahli komited dengan tugas dan berusaha memupuk kerjasama erat antara satu sama lain. . 6. Tindakan pada masa kelak Persetujuan sebulat suara dan perancangan yang teliti sebelum sesuatu program dijalankan, pasti dapat mengelakkan berlaku pertembungan aktiviti dalam masa , tarikh dan waktu yang sama. Semua pihak boleh berbincang dan mencapai kata sepakat untuk program akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai