Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA

1. MASALAH/ PERISTIWA

Setelah dua minggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Kelulut dan mengajar dalam
tiga buah kelas, iaitu 2 Arif, 3 Bestari dan 4 Arif. Saya telah mengajar Pendidikan
Jasmani dalam kelas 2A dan Bahasa Melayu dalam kelas 3B dan 4A. Buat masa ini
saya agak longgar dalam kawalan kelas ketika mengajar. Saya tidak dapat mengawal
kelas dengan baik terutamanya bagi kelas 3B dan 4A kerana jumlah muridnya hampir
seramai 35 orang. Murid-murid dalam kelas 2A agak aktif ketika saya mengajar kerana
mereka tidak mengikut arahan semasa melaksanakan sesuatu aktiviti. Mereka lebih
seronok dan tidak sabar-sabar untuk melakukan aktiviti walaupun mereka tidak
mengikut arahan yang telah diberikan dengan jelas. Saya kadang-kadang tidak dapat
memerhatikan semua murid ketika mereka melaksanakan aktiviti dengan teliti. Namun
begitu, saya berasa amat berpuas hati kerana mereka semua masih berasa gembira
ketika melakukan aktiviti. Manakala dalam kelas yang saya mengajar subjek Bahasa
Melayu pula masalah yang sama juga masih saya hadapi. Maka kadang-kadang proses
pengajaran dan pembelajaran agak terganggu disebabkan masalah ini.

2. ANALISIS

Masalah pengawalan kelas yang longgar berlaku kerana terdapat sesetengah daripada
mereka tidak mendengar arahan guru. Maka segala aktiviti- aktiviti yang ingin saya
lakukan juga terbantut. Kelakuan mereka yang membuat bising akan mengganggu
rakan-rakan yang lain uintuk belajar. Walau bagaimanapun, mereka masih membuat
segala tugasan yang diberikan. Saya sedar bahawa murid yang aktif ini kadang-kala
hanya mahukan perhatian daripada guru.

3.0 CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Antara cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah saya mesti bersikap lebih tegas
dengan mereka lebih-lebih lagi atas kelakuan mereka tersebut. Saya harus mengambil
pendekatan dengan memberikan nasihat kepada mereka Selain itu, saya tidak harus
memberi muka kepada murid-murid yang berkelakuan nakal. Selain itu, saya juga

seharusnya memberikan peneguhan positif kepada mereka seperti pujian agar mereka
akan berusaha untuk mengubah kelakuan mereka.
4.0 TEMPOH MASA

Saya berharap saya dapat mengatasi masalah-masalah tersebut sebelum diselia oleh
para pensyarah dan guru pembimbing pada lain masa. Saya akan memastikan agar
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku pada lain kali agar
semau murid dapat belajar dalam suasana yang selasa dan seronok.

5.0 PENILAIAN KEJAYAAN

Saya hanya dapat menilainya jika kesemua mereka mendengar arahan daripada saya
serta kawalan kelas adalah lebih baik daripada sebelum ini. Manakala aktiviti-aktiviti
yang akan dilaksanakan kelak menunjukkan peningkatan.

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Saya harus meminta bantuan serta nasihat daripada guru pembimbing untuk
mendapatkan cara-cara mengawal kelas dengan baik agar pada waktu akan datang
saya sudah boleh mengawal murid-murid serta kelas dengan baik.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai