Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke- 5

Minggu Praktikum

: Minggu 5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 02 Mac 06 Mac 2015


Tajuk Jurnal

: Masalah Kawalan Murid Kanak-Kanak Prasekolah


Ketika Aktiviti Luar

1. Masalah /Peristiwa:
Setelah menjalani slot aktiviti luar sebanyak 2 kali, saya mendapati yang saya mempunyai
masalah dalam mengawal kanak-kanak, khususnya pada hari ini Selasa. Saya mendapati
bahawa kawalan kelas saya semakin tidak teratur dan ramai kanak-kanak yang tidak
mengendahkan arahan yang saya berikan. Bukan itu sahaja, bahkan ada kanak-kanak yang
mengambil peralatan sukan yang telah saya susun untuk tujuan PdP tanpa arahan. Arahan
saya untuk aktiviti yang ingin dilaksanakan juga tidak berapa ditumpukan oleh kanak-kanak.
2.Analisis
Saya cuba mengenal pasti dan menganalisis punca kawalan kelas saya tidak begitu baik
dan apakah pula punca kanak-kanak yang terbabit tidak mengambil perhatian terhadap
pengajaran saya.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Menggunakan muzik sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian kanak-kanak.
b) Perlu menggunakan suara yang kuat dan intonasi yang berbeza-beza dalam
memberikan arahan agar jelas dan difahami.
c) Arahan perlu pendek dan tidak terlalu meleret.
d) Saya juga akan memanggil nama murid-murid yang mempunyai masalah tingkah
laku untuk sentiasa membantu saya dalam mengendalikan aktiviti PdP supaya
tingkah laku bermasalah mereka dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
e) Saya memberikan markah untuk setiap kumpulan yang memberi tingkah laku yang
diinginkan dan menolak markah setiap kumpulan yang tidak memberikan tingkah
laku yang diinginkan seperti mana yang telah saya lakukan di dalam kelas.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba melihat keberkesanan strategi yang telah saya susun selama seminggu
pada minggu hadapan (Selasa, 10 Mac 2015). Saya harap agar strategi yang saya gunakan
ini akan berkesan dan mampu mengubah kawalan kelas saya untuk slot aktiviti luar.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama
Nama

:..............................................
:..............................................

Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................

Disahkan oleh Pensyarah

Anda mungkin juga menyukai