Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

PENGENALAN 

1.1 Pendahuluan

Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan latar belakang, pernyataan masalah, objektif,

kajian, persoalan kajian, kerangka teori, kerangka konseptual, definisi operasi kajian,

pengurusan bilik darjah prasekolah dan batasan kajian. Seterusnya, pengkaji menjelaskan

kepentingan kajian serta diakhiri dengan rumusan.

1.2 Latar Belakang Kajian 

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), memperuntukkan Pendidikan Prasekolah dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan. Melalui Dasar Pendidikan Prasekolah, KPM bertanggungjawab

memberikan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam

tahun. Justeru itu, sebagai pendidik dalam pendidikan prasekolah haruslah bertanggungjawab

dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada kanak-kanak di awal

pendidikan..

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibentuk  semula

dilaksanakan pada 2017, KSPK (semakan 2017) mengandungi Standard Kandungan,

Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Dalam KSPK juga terdapat Tunjang Sains dan

Teknologi, di dalam tunjang tersebut terkandung pembelajaran matematik awal. Selain itu,

KSPK ini juga bertujuan bagi membantu guru dalam merancang dan melaksanakan PdP

secara berkesan dan lebih menarik dalam melibatkan murid secara aktif. 

Menurut Lee Mei Chiew & Kamariah Abu Bakar (2022), Pendidikan awal kanak-

kanak sangatlah penting bagi persediaan awal mereka yang akan menempuh kehidupan masa

depan. Justeru itu, lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak sangatlah penting dan

bermakna untuk perkembangan otaknya. Pendidikan awal ini akan membantu kanak-kanak

untuk menentang cabaran fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina

1
kecerdasan yang menyeluruh dengan baik. Oleh itu, pihak kerajaan amat menekankan

pendidikan awal kepada kanak-kanak bagi melahirkan insan yang berjasa kepada bangsa dan

negara kelak. Dalam pendidikan awal, kanak-kanak akan didedahkan dengan kemahiran asas

yang meliputi kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di samping itu, kanak-

kanak juga didedahkan kepada kemahiran sosial. Keberkesanan pembelajaran dan pengajian

bergantung kepada kreativiti guru dan merancang dan melaksanakan sesuatu pengajaran

kepada kanak-kanak. Hal ini kerana sikap semulajadi kanak-kanak itu menyukai keseronokan

dan pekerjaan kanak-kanak adalah bermain.

Konsep nombor adalah salah satu komponen asas matematik yang perlu dikuasai oleh

kanak-kanak. Melalui pembelajaran konsep nombor, kanak-kanak akan didedahkan kepada

bilangan dan angka nombor. Pembelajaran konsep nombor ini akan membantu kanak-kanak

menguasai pembelajaran matematik seterusnya iaitu operasi nombor dan seterusnya dalam

awal matematik yang melibatkan bilangan dan angka. Justeru itu kanak-kanak perlu

menguasai konsep nombor ini bagi menguasai kemahiran matematik awal seterusnya. 

1.3 Pernyataan Masalah 

Berdasarkan kajian ini konsep nombor adalah komponen asas matematik di awal

persekolahan kanak-kanak yang perlu dikuasai sebelum menghadapi kemahiran matematik di

peringkat seterusnya. Kajian Dewisusanti anak Jole dan Kamariah Abu Bakar (2022),

mendapati tahap penguasaan kanak-kanak prasekolah dalam penguasaan konsep nombor

amat merisaukan setelah pelaksanaan mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebelum

ini. Perkara ini berlaku kerana kurangnya latihan berkaitan konsep nombor diberikan kepada

kanak-kanak untuk mengukuhkan pemahaman mereka. 

Selain itu, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah pembelajaran dan

pengajaran yang tidak menarik dan menyebabkan kanak-kanak mempelajarinya hanya

dengan hafalan dan ingatan bukan kerana pemahaman mereka. Tuntasnya menyebabkan

2
mereka masih lagi tidak menguasai perkara asas dalam komponen asas matematik. Buktinya

di Indonesia juga menghadapi masalah yang sama mengenai penguasaan konsep nombor

dalam kalangan kanak-kanak sehingga mereka perlu mengubah suai  buku teks bergambar

bagi menarik minat dan pemahaman kanak-kanak (Desniarti, Muhammad Hafiz & Yuan

Anisa, 2022).

1.4 Objektif Kajian

Secara spesifik kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mengenal pasti keperluan pembangunan machine number dalam penguasaan

memahami nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun.

2. Mengenal pasti reka bentuk pembangunan machine number dalam penguasaan

memahami nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun.

3. Membangunkan machine number dalam penguasaan memahami nombor 1 hingga 10

bagi kanak-kanak 4 tahun yang menepati KSPK menggunakan model ADDIE.

4. Menguji kebolehgunaan machine number dalam penguasaan memahami nombor 1

hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun.

1.5 Soalan Kajian  

Kajian ini turut menjawab soalan-soalan kajian yang dikehendaki seperti

berikut:

1. Apakah keperluan pembangunan machine number dalam penguasaan memahami

nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun?

2. Apakah reka bentuk pembangunan machine number dalam penguasaan memahami

nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun?

3
3. Adakah pembangunan machine number dalam penguasaan memahami nombor 1

hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun yang menepati KSPK menggunakan model

ADDIE.

4. Adakah machine number boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

untuk mengajar memahami nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun.

1.6 Kerangka Konseptual 

Kerangka konseptual bermaksud satu bentuk kerangka konsep menerangkan secara ringkas

bentuk kajian. hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam

kajian. Kerangka konseptual ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang

menghubungkan semua variable atau idea utama yang terlibat dalam kajian.

Rajah 1 Kerangka Konsep Kajian

Berdasarkan gambar rajah 1 kerangka konsep kajian diatas, pertama adalah fasa analisis yang

dilakukan bagi memastikan produk yang dihasilkan ini menjadi reka bentuk pengajaran

bersistem yang dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pengguna. Setelah selesai

proses analisis keperluan produk selesai, fasa reka bentuk akan mewujudkan pembentukan

4
objektif khusus untuk pengajaran, pembinaan item untuk ujian dan merancang strategi

pengajaran bagi mencapai matlamat pengajaran. Seterusnya fasa pembangunan, yang dibina

berdasarkan fasa analisis dan fasa reka bentuk bagi menghasilkan rancangan pengajaran dan

bahan pembelajaran. Bagi fasa pelaksanaan pula akan menguji keberkesanan serta masalah

yang mungkin berlaku dalam fasa reka bentuk dan pembangunan. Akhir sekali, adalah fasa

penilaian yang akan mengukur, mendapat maklum balas penggunaan produk terhadap

keseluruhan rangka kursus diatas dan mentafsirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran.

Fasa-fasa di atas akan dilakukan dan diuji ke atas produk machine number yang diciptakan

bagi memastikan keperluan pengguna dan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak 4

tahun dalam penguasaan memahami nombor 1 hingga 10.

1.7 Definisi Operasi Kajian

Bagi memudahkan perbincangan dalam kajian ini, beberapa konsep atau istilah berikut telah

didefinisi secara operasional dan dijelaskan dalam konteks kajian ini;

1.7.1 Machine Number 

Permainan Machine Number adalah nama produk yang diberi. Produk ini

diinspirasikan daripada mesin mainan koin. Dalam konteks kajian ini, permainan ini

diperbuat daripada kotak yang berbentuk petak seperti mesin mainan koin dan

mempunyai bola plastik di dalamnya. Permainan ini terdapat beberapa bahagian. Iaitu

bahagian yang akan dipelajari adalah menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan,

mengecam dan menyebut nombor secara rawak, memadankan angka dan nama

nombor. Akhir sekali, memadankan kumpulan objek dengan nombor. 

1.7.2 Memahami Nombor 1 hingga 10

Memahami nombor 1 hingga 10 adalah elemen utama dalam konsep nombor.

Menurut Lee Mei Chiew & Kamariah Abu Bakar (2022),  antara kemahiran konsep

nombor yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah ialah menyebut nombor 1

5
hingga 10 mengikut urutan, mengecam dan menyebut nombor secara rawak,

memadankan angka dengan nama nombor, membilang objek dan menulis nombor

dengan cara yang betul (KPM, 2017). Dalam konteks kajian ini, kemahiran konsep

nombor terutamanya dalam memahami nombor 1 hingga 10 terlebih dahulu ini amat

penting dalam membantu kanak- kanak menguasai nilai nombor seterusnya dan

kemahiran operasi pada peringkat seterusnya. 

1.7.3 Kanak-kanak

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti

yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak dan Akta Kanak-

Kanak, 2001. Menurut dasar kanak-kanak negara, kepentingan golongan kanak-kanak

jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan

kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara

mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan

penyayang. Dalam konteks kajian ini, kanak-kanak ialah murid tadika yang berumur 4

tahun.

1.8 Batasan Kajian 

Batasan kajian ialah had yang ditetapkan oleh pengkaji agar kajian yang bertumpu

kepada kelompok kecil. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mengehadkan

kepada dua aspek iaitu lokasi dan bilangan sampel mengikut fasa dalam kajian.

Kajian ini dijalankan di lokasi Perak, Malaysia. Hanya dengan seramai tiga orang

guru tadika, seorang pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dan seorang

kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi sampel kajian ini.

1.9 Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan di dalam kajian ini. Antaranya ialah:

6
1.9.1 Kepentingan Kajian kepada Guru Prasekolah

Kepentingan kajian kepada guru prasekolah adalah supaya dapat menyelesaikan isu

berkaitan mengenal nombor 1 hingga 10 bagi kanak-kanak 4 tahun. Penggunaan

produk machine number yang menerapkan kaedah pembelajaran melalui bermain

secara tidak langsung dapat membina pengalamannya sendiri. Melalui produk ini juga

dapat menarik kanak-kanak untuk lebih memahami bukan sahaja mengingat atau

menghafal susunan sebutan nombor semata-mata. Secara tidak langsung juga akan

memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari komponen seterusnya dalam awal

matematik dengan lancar. Justeru itu, guru perlu memastikan kanak-kanak dapat

menguasai komponen penting awal matematik sebelum pembelajaran yang lebih

tinggi. Oleh demikian, dengan produk yang dihasilkan guru prasekolah dapat

membantu kanak-kanak mengenal nombor 1 hingga 10 dengan lebih baik. 

1.9.2 Kepentingan Kajian kepada Bakal Penyelidik

Kepentingan kajian kepada bakal penyelidik adalah dapat menambahbaik cara

pengajaran yang lebih berkesan. Penyelidik juga boleh menginovasikan produk ini

dengan lebih baik dan bersesuaian dengan peringkat umur seperti kanak-kanak yang

berumur 5 atau 6 tahun mahupun  sekolah rendah. Setiap produk dapat diinovasikan

dan diperbaharui mengikut kreativiti guru. Secara tidak langsung ianya dapat

membantu kanak-kanak mahupun pelajar yang baru melangkah ke sekolah rendah

untuk memahami konsep nombor  dengan lebih baik.

1.10 Rumusan

Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang kajian yang dijalankan bermula dengan

pengenalan kepada latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian,

batasan kajian, kepentingan kajian kepada guru sekolah dan bakal penyelidik, serta definisi

7
operasional yang digunakan dalam kajian. Dalam bab seterusnya pengkaji membincangkan

mengenai tinjauan literatur.

8
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang konsep penting kajian berdasarkan pandangan para

pengkaji dari segi teori dan amalan serta hasil dapatan empirikal yang lepas. Secara amnya,

perbincangan dalam bab ini merangkumi LIMA bahagian utama iaitu kurikulum standard

prasekolah kebangsaan, tunjang yang telah dipilih dalam kajian ini, pembelajaran berasaskan

bermain, teori berkaitan kajian/teori pembelajaran dan model ADDIE.

2.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)  Semakan 2017

Kurikulum standard prasekolah kebangsaan KSPK adalah wadah utama yang menjadi

panduan kepada guru dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan

prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. KSPK ini digubalkan

berdasarkan prinsip bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran

kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi,

Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusian, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan

Teknologi dan Keterampilan Diri. Kandungan yang diperoleh akan dipelajari di peringkat

prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid

sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) ini bertujuan

memperkembangkan potensi murid di peringkat prasekolah yang berumur empat hingga

enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial melalui persekitaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran

yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Dalam kandungan KSPK ini mengharapkan

dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan. Terutamanya,

9
aktiviti yang telah dirancang perlu memberi pengalaman yang menyuburkan dan

menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif serta selamat. Di samping itu, kandungan ini

juga dapat membantu guru dalam mengolah pelbagai aktiviti yang menarik mengikut

kesesuaian umur murid.

2.3 Tunjang

Terdapat 6 tunjang utama dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSPK).

Tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam

pendidikan sekolah rendah. Setiap tunjang ini juga mengandungi standard kandungan dan

standard pembelajaran yang menjadi panduan kepada pendidik dalam merancang pengajaran

dan pembelajaran yang bermakna.

Rajah 2 Sumber: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017

Berdasarkan rajah 2 ini menunjukan bahawa tangkapan skrin daripada KSPK

mengenai standard kandungan dan standard pembelajaran yang dipilih dalam konteks kajian

ini. Tunjang yang dipilih adalah  Sains dan Teknologi. Tunjang ini tercatat pada muka surat

107 namun dalam konteks kajian ini memfokuskan mengenai matematik awal pada muka

surat 117 yang terkandung dalam KSPK. Justeru itu, dalam konteks kajian ini pengkaji telah

10
memilih standard kandungan dan standard pembelajaran pada muka surat 120. Dalam

konteks kajian ini, pembinaan produk machine number berpandukan standard kandungan

mengenai MA 2.0 Konsep Nombor dalam MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10 untuk

kanak-kanak berumur 4 tahun. Selain itu, standard pembelajaran bagi kanak-kanak berumur 4

tahun pula akan menekankan mengenai MA 2.1.1 sehingga MA 2.1.6 seperti yang dinyatakan

dalam rajah 2 diatas.

2.4 Pembelajaran Berasaskan Permainan

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak mengutamakan Permainan sebagai asas dalam

pembelajaran kanak-kanak. Pekerjaan bagi kanak-kanak adalah bermain. Bukan itu sahaja

bermain juga adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Bagi menyokong pembelajaran

berasaskan permainan ini amatlah penting dalam pendidikan kanak-kanak, menurut Connie

Cassy Ompok dan Alley Emison (2021), kemunculan tokoh yang tidak asing lagi iaitu

Montessori seawal abad ke-20 juga menekankan kepada bermain. Secara nyata, semua

ilmuwan ini menganggap bermain sebagai kegiatan yang mempunyai nilai praktis. Ini

bermakna, permainan berfungsi untuk meningkatkan kemampuan tertentu kanak-kanak tetapi

teori perkembangan psikologi kanak-kanak pada ketika itu belum berkembang.

Setiap permainan perlu mempunyai konsep bermain secara terancang, berstruktur dan

bermakna. Melalui konsep ini sesuatu pembelajaran berasaskan  permainan akan menjadi

games of rules,  ianya sangatlah sesuai untuk perkembangan kanak-kanak prasekolah. Justeru

itu, pembelajaran berasaskan permainan bukan sahaja dapat memupuk semangat dan minat

kanak-kanak mempelajari sesuatu pembelajaran malahan dapat mengajar kanak-kanak dalam

mendisiplin diri dengan baik.

11
2.5 Teori Berkaitan Kajian

Dalam kajian ini terdapat dua teori:

2.5.1 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1962)

Teori perkembangan kognitif ini diperkenalkan oleh Jean Piaget pada tahun

1962. Dalam teori ini Jean Piaget berpendapat bahawa manusia membina kemampuan

kognitif melalui tindakan yang memotivasikan diri. Dalam teori ini juga Jean Piaget

menfokuskan skema bagaimana kanak-kanak dapat mencipta pengalamannya dengan

memperkenalkan dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Proses ini

bertanggungjawab untuk cara kanak-kanak menggunakan dan menyesuaikan skema

mereka. Asimilasi berlaku apabila kanak-kanak memasukkan pengetahuan baru ke

dalam pengetahuan yang ada. Manakala akomodasi berlaku apabila kanak-kanak

menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru.

Selain itu, dalam teori ini pemikiran kanak-kanak pada usia ini berada pada

tahap pra operasional. Pada tahap ini kanak-kanak berfikiran simbolik melampaui

hubungan sederhana antara maklumat sensori dan tindakan fizikal dengan mula

melukis dunia dengan perkataan dan gambar. Menurut Lee Mei Chiew dan Kamariah

Abu Bakar (2022), “Walaupun kanak-kanak prasekolah secara simbolik dapat

menggambarkan dunia, tetapi menurut Jean Piaget mereka masih tidak dapat

melakukan tindakan mental intranalisasi yang membolehkan kanak-kanak melakukan

secara mental apa yang sebelumnya dilakukan secara fizikal.” Oleh itu, kanak-kanak

mempelajari sesuatu melalui pengalaman sendiri dengan melakukan aktiviti yang

melibatkan penggunaan objek. Piaget juga menekankan peranan hands-on. 

Hands-on adalah proses asimilasi pengalaman, dan kanak-kanak dapat

mencapai tahap perkembangan kognitif yang lebih tinggi melalui aktiviti hands-on.

Produk yang telah dibina Machine Number adalah aktiviti yang melibatkan

12
penggunaan objek atau hands-on. Kanak-kanak akan memegang, menyusun dan lain-

lain dalam belajar memahami nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan permainan

Machine Number ini.

2.5.2 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983)

Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner, seorang

profesor pendidikan di Universiti Harvard pada tahun 1983. Beliau menyatakan

bahawa kecerdasan adalah kemampuan untuk mencipta produk berharga dalam satu

atau lebih budaya persekitaran yang bermakna. Dalam teori ini mempunyai lapan

jenis kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh beliau iaitu Verbal-Linguistik,

Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan

Naturalis. Dalam kajian ini telah menekan mengenai pembelajaran matematik,

menurut teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner ini terdapat kecerdasan yang

berkait rapat iaitu kecerdasan Logik-Matematik. 

Logik-Matematik adalah kemampuan untuk menaakul, menyelesaikan

masalah yang kompleks, menjalin hubungan dan menggabungkan kemampuan

matematik dan saintifik.  Menurut Lee Mei Chiew dan Kamariah Abu Bakar (2022),

teori kecerdasan pelbagai ini perlu diterapkan dalam pengajaran kerana menyokong

pembelajaran bersepadu yang memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan dan

keperluan kanak-kanak. Hal ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai keunikan

tersendiri dan mempunyai perbezaan dan persamaan antara individu yang dapat

diterima dengan baik. Dengan adanya teori ini dapat menyedarkan bahawa kanak-

kanak perlu dipupuk dengan kaedah yang betul dalam pembelajaran mereka bagi

mengasah lagi bakat mereka melalui pelbagai kecerdasan yang ada. 

Disamping itu, pada waktu pengajaran dan pembelajaran matematik juga guru

boleh mengintegrasikan pendekatan dan teknik dengan mempelbagaikan aktiviti yang

13
sesuai dalam memupuk kecerdasan yang lain dalam satu pembelajaran tersebut.

Pendekatan multisensori amat menyokong kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Menurut

Lee Mei Chiew dan Kamariah Abu Bakar (2022), melalui pendekatan multisensori,

kanak-kanak bukan sahaja dapat mengembangkan kecerdasan logik-matematik, malah

kanak-kanak juga dapat mengembangkan kecerdasan yang lain seperti Visual-Ruang,

Kinestetik, Interpersonal dan Intrapersonal apabila berinteraksi dengan bahan atau

objek. Dalam konteks kajian ini produk yang dicipta telah melibatkan hampir

kesemua kecerdasan pelbagai kanak-kanak yang tidak terbatas.

2.6 Model ADDIE 

Model ADDIE adalah model rupa bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah

pembinaan perisian dan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan. Model

pengajaran ADDIE mengandungi lima peringkat iaitu analisis, reka bentuk, perkembangan,

pelaksanaan dan penilaian. Dalam konteks kajian ini telah menggunakan kelima-lima

peringkat tersebut.

Rajah 3 Fasa-fasa Model EDDIE

Berdasarkan rajah 3, terdapat lima fasa model EDDIE. Antaranya adalah:

14
2.6.1 Fasa Analisis

Fasa pertama adalah analisis yang dilakukan bagi memastikan produk yang dihasilkan

ini menjadi reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati dan

memenuhi keperluan pengguna. Dalam konteks kajian ini, produk yang dihasilkan

bagi menepati dan memenuhi aplikasi dalam pembelajaran dan pengajaran bagi

memahami konsep nombor 1 hingga 10 dengan bersistematik. 

2.6.2 Fasa Reka Bentuk

Setelah selesai proses analisis keperluan produk selesai, fasa reka bentuk akan

mewujudkan pembentukan objektif khusus untuk pengajaran, pembinaan item untuk

ujian dan merancang strategi pengajaran bagi mencapai matlamat pengajaran. Justeru

itu, pembinaan item machine number ini dengan pelbagai permainan yang

menekankan standard pembelajaran dalam memahami konsep nombor 1 hingga 10

bagi kanak-kanak berumur 4 tahun yang akan dicapai melalui produk ini. Hal ini

supaya dapat membantu guru dan kanak-kanak dalam mencapai objektif dan matlamat

dengan lebih baik.

2.6.3 Fasa Pembangunan

Seterusnya fasa pembangunan, yang dibina berdasarkan fasa analisis dan fasa reka

bentuk bagi menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Apabila

produk telah dihasilkan, guru perlulah merancang pengajaran dengan berkesan dan

sistematik bagi menggunakan produk tersebut.

2.6.4 Fasa Pelaksanaan

Bagi fasa pelaksanaan pula akan menguji keberkesanan serta masalah yang mungkin

berlaku dalam fasa reka bentuk dan pembangunan. Apabila ingin menggunakan

produk tersebut, guru perlulah menguji produk tersebut untuk mencipta pembelajaran

yang selamat dan bermakna.

15
2.6.5 Fasa Penilaian

Akhir sekali adalah fasa penilaian yang akan mengukur, mendapat maklum balas

penggunaan produk terhadap keseluruhan rangka kursus di atas dan mentafsirkan

keberkesanan keseluruhan pengajaran. 

2.7 Kesimpulan

Bab ini menjelaskan berkenaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan, tunjang

yang telah dipilih dalam kajian ini, pembelajaran berasaskan bermain, teori berkaitan

kajian/teori pembelajaran dan model ADDIE. Kupasan mengenai metodologi kajian, analisis

penerokaan data dan persediaan analisis data dibincangkan dengan terperinci dalam Bab 3.

16

Anda mungkin juga menyukai