Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2017

Program : PPISMP Nama Pelajar:

Semester / 2/2017
Tahun:
Kod: GSA1072 Ambilan: JUN 2016
Nama STATISTIK ASAS Kumpulan: PPISMP 2.01, 2.02,
Kursus: 2.03, 2.04, 2.05, 2.06
dan 2.07

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Laporan Kajian 6/2/17 17/2/17
2. Penulisan Refleksi 20/2/17 24/2/17
3. Kuiz 1 – Topik 2 dan Topik 3. 27/3/17 27/3/17
4. Kuiz 2 – Topik 4 30/3/17 30/3/17

Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan kepentingan statistik dalam kehidupan seharian (C2, A3, LO1, LO4, CS1)
2. Membuat interpretasi perwakilan data, sukatan kecenderungan memusat dan serakan hasil
daripada analisis data yang telah dikumpul ( C5, A4, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
3. Mengaplikasi bantuan TMK dalam pengendalian data dan ukuran berangka. (C3, A4, LO2,
LO3, LO6, CTPS3, LL1)
4. Menganalisis taburan normal sebagai model penyelesaian masalah (C4, A4, LO3, CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 ,3 dan 4.

1
Objektif projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Menjelaskan kepentingan statistik dalam kehidupan seharian melalui laporan kajian

2. Menterjemahkan data yang dikumpul dalam bentuk gambarajah, sukatan kecenderungan


memusat dan serakan.

3. Mengaplikasi bantuanTMK dalam pengendalian data dan ukuran berangka terhadap data
yang dikumpul.

4. Menganalisis taburan normal melalui penyelesaian masalah berasarkan soalan kuiz

Tugasan 1 (30%)
Kerja kursus ini melibatkan pengumpulan dan pemprosesan data melalui kajian yang
dilakukan dalam situasi kehidupan sebenar.

Anda dikehendaki menjalankan satu kajian tentang statistik dalam kehidupan seharian. Kajian
anda melibatkan proses pengumpulan data. Dapatkan dua set data yang berlainan. Setiap set
harus mengandungi sekurang-kurangnya 30 data . Kajian anda boleh dijalankan di sekolah,
syarikat, kedai dan lain-lain. Tunjukkan eviden bagaimana anda mengutip data tersebut.
Pengumpulan data secara bancian dan soal selidik sendiri tidak dibenarkan.

Berdasarkan data yang dikutip, ilustrasi data anda dalam bentuk sekurang-kurangnya tiga
jenis grafik yang sesuai berbantukan TMK. Pilih satu grafik yang paling sesuai untuk
dibincangan secara terperinci menggunakan ukuran berangka. Anda harus menjalankan
tugasan ini secara individu. Laporan kajian perlu dibuat dalam 800 patah perkataan.

Tugasan 2 ( 20% )
Buat satu penulisan reflektif secara analitik bagaimana anda merancang dan melaksanakan
kajian di atas. Seterusnya bincangkan cadangan langkah-langkah penambahbaikan hasil dari
kajian anda. Penulisan reflektif ini perlu dibuat dalam 500 patah perkataan.

Tugasan 3 (10%)

Kuiz 1 – Tajuk Pengendalian Data dan Ukuran Berangka dengan 2 soalan struktur dalam
tempoh 30 minit pada 27 Mac 2017

2
Tugasan 4 (10%)

Kuiz 2 - Tajuk Taburan Normal dengan 2 soalan struktur dalam tempoh 30 minit pada 31 Mac
2017

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Projek anda harus mempunyai tajuk yang sesuai. Berikan pengenalan dan kesimpulan
yang relevan.Tulisan adalah berbentuk penulisan akademik.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
2.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
2.2 Fon Arial
2.3 Saiz huruf - 11
2.4 Langkau 1.5 baris
2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3. Muka depan tugasan mesti mengandungi maklumat berikut:

a. Nama Pelajar :
b. Angka Giliran :
c. No. Kad Pengenalan :
d. Kumpulan/Unit :
e. Kod dan Nama Kursus :
f. Tajuk Tugasan Projek :
g. Nama Pensyarah :
h. Tarikh Hantar :

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali


5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah muka surat.
6. Tugasan ini membawa markah 70% .

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Pengenalan konsep asas kepada setiap masalah berkenaan
b. Pengumpulan data / maklumat
c. Kebolehan mencari dan mengurus maklumat dari pelbagai sumber
d. Ilustrasi data .
e. Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
f. Intepretasi, perbincangan dan kesimpulan menggunakan ukuran berangka

3
g. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan,
secara bertulis
h. Penulisan berkaitan kajian yang dibuat
i. Perbincangan jelas tentang data yang diperolehi
j. Langkah-langkah cadangan penambahbaikan kajian
.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta mematuhi
kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3
jurnal, 2 bahan bercetak yang lain bagi 5 tahun kebelakang).

Kriteria Pemarkahan

Projek ini dinilai berpandukan rubrik yang ditetapkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ABD RAHMAN B ABU BAKAR ) ( DATIN ZAITUN BT. OTHMAN )


Pensyarah/ Penyelaras Kursus GSA1072 Pakar Bidang (SME)/ Penyelaras Kursus/
Jabatan Matematik Pensyarah Kanan
IPG Kampus Pendidikan Islam Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam

Disahkan oleh:

(AZMAN B ISMAIL)
Ketua Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai