Anda di halaman 1dari 2

Laporan majlis penutup Setelah selesai kerja-kerja yang terakhir di setiap bahagian, sama ada berkebun, membersihkan halaman

rumah, melipat kain dan sebagainya, peserta bersedia untuk mengambil tempat untuk majlis penutup. Majlis penutup ini diadakan pada kira-kira jam 4 setengah petang dengan dirasmikan oleh pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Osman bin Husin. Ketibaan beliau disambut dengan meriah oleh para peserta, para pensyarah bimbingan iaitu yang terdiri daripada naqib dan naqibah serta pensyarah-pensyarah dari Jabatan Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam serta warga Pusat Jagaan Al-Fikrah itu sendiri. Majlis penutup ini dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program ini iaitu saudara Nur Muhammad Faiz bin Ibrahim dari kelas PISMP 2.01. Beliau telah memberi kata-kata aluan kepada para peserta serta mengucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menjalani program Bina Insan Guru pada kali ini. Beliau juga mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan program Bina Insan Guru pada kali ini yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari pengetua Pusat Jagaan Al-Fikrah, iaitu Tuan Haji Azmi. Beliau melahirkan rasa terima kasih dan memberi penghargaan kepada pihak kami kerana sudi memilih tempat tersebut untuk dibuat program khidmat masyarakat. Menurut beliau lagi, perkara seperti inilah yang patut dicontohi oleh generasi muda yang lain dan bukannya membuat perkara yang tidak berfaedah. Di samping itu, beliau sangat mengalu-alukan kedatangan pihak kami serta pihak-pihak yang lain untuk menghulurkan sumbangan tidak kira dari segi wang ataupun tenaga. Tibalah masanya bagi ucapan yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak iaitu ucapan dari pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Osman bin Husin. Beliau memulakan ucapan dengan mengucapkan syabas dan juga memberi nasihatnasihat yang berguna pada para peserta untuk masa akan datang. Beliau juga berasa bangga kerana kami berjaya melaksanakan program ini dengan baik dan cemerlang. Beliau merasmikan program penutupan program itu diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari semua peserta. Selesai ucapan dari pengarah, pengerusi mempersilakan tetamu kehormat untuk menerima sedikit cenderamata dan juga menikmati jamuan ringan. Majlis bersurai dan peserta mengemas dewan tersebut sebelum menjamah sedikit makanan dan bersedia untuk pulang.

Anda mungkin juga menyukai