Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih diucapkan kepada Pengawas Bertugas selaku pengacara perhimpunan rasmi kita
pada minggu ini.
Yang Berusaha,
Pn Rosmalelawirawati binti Saman, Pengetua SMK Sungai Kob,
[En.Phea Chung Weng, Penolong Kanan Pentadbiran],
[Tuan Haji Mat Ropi bin Mat Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid]
[Pn Noormazidah binti Mohammed Sohaini, Penolong Kanan Kokurikulum]
[Pn Siti Norah binti Dolah, Penolong Kanan Tingkatan 6]
[Pn Nor Zamzura binti Mat Desa, Penolong Kanan Pendidikan Khas]
Barisan Guru-guru Kanan, Kaunselor,
Seterusnya para guru dan rakan murid yang dihormati,
Dalam suasana ceria penuh harmoni, pada pagi yang indah ini, kita akan menyaksikan satu
majlis perasmian Pelancaran Program NILAM, Minggu Bahasa dan HIP SMK Sungai Kob bagi
Tahun 2023.
Untuk pengetahuan hadirin, program Nadi Ilmu Amalan Membaca ataupun singkatannya
NILAM ini merupakan satu program yang dirancang khusus di bawah Program Pusat Sumber
SMK Sungai Kob. Antara tujuannya adalah untuk memupuk dan menggalakkan minat
membaca dalam kalangan murid.
Program NILAM ini sebenarnya bukanlah hanya tertumpu kepada subjek bahasa sahaja,
namun ia merangkumi kesemua subjek yang kita pelajari di sekolah dimana akan menjadi
sumber bahan bacaan sama ada di bawah kategori buku atau bukan buku. Pihak PSS amat
menggalakkan penyertaan murid dalam setiap program kerana kami akan menyediakan sijil
dan hadiah setara dengan pertandingan yang rakan murid sertai.
1
Program ini juga diharap menjadi penggerak untuk pelajar sentiasa mengunjungi pusat
sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu pengetahuan dan menerapkan budaya
membaca sebagai amalan hidup.
Majlis dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Pn Syuhairah binti Ahmad Puzairi,
Guru Kanan Bahasa untuk menyampaikan ucapan .Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis diteruskan lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Rosmalelawirawati
binti Saman, Pengetua SMK Sungai Kob untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Pelancaran Program NILAM, Minggu Bahasa dan HIP bagi tahun 2023.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Rosmalelawirawati binti Saman. Seterusnya, saya
berbesar hati menjemput sekali lagi Pn Rosmalelawirati diiringi oleh barisan para pentadbir
bagi menyempurnakan gimik pelancaran. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
………………………………………………………
(Gimik perasmian)
Begitulah tadi gimik perasmian Program NILAM, Minggu Bahasa dan HIP SMK Sungai Kob bagi
Tahun 2023. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua atas kesudian
merasmikan majlis sebentar tadi.
2
PERSEMBAHAN MURID
___________________________________________________
PENUTUP
Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga semua guru dan rakan dapat
memberikan komitmen dan sokongan kepada program NILAM dan pertandingan-
pertandingan sempena Minggu Bahasa dan HIP
Seterusnya saya menjemput Ketua Guru Bertugas pada minggu ini, Pn Haniza binti Hamzah
untuk menerusnya agenda perhimpunan. Sekian daripada saya, Nur Qistina Binti Mohd Amir
Azizi. Terima kasih.