Anda di halaman 1dari 8

Peringatan sebelum majlis bermula.

1- Minta semua guru dan murid serta hadirin dan hadirat untuk bersedia,
majlis akan dimulakan sebentar lagi.

2- Guru-guru semua boleh mengantar memo ingatan kepada kelas masing-


masing untuk bersama mengikuti program kita pada hari ini.

3- Diingatkan , semasa majlis bacaan yaa sin dijalankan, guru-guru boleh


membuka camera dan menampakkan diri sedang membaca yaa sin

4- Diingatkan kepada ibu bapa dan murid, dihujung program hari ini, akan
diselitkan link kehadiran, semoga kita dapat bersama sehingga diakhir
program.

5- Untuk menyemarakan lagi program kita pada hari ini, pihak penganjur
akan memilih beberapa gambar yang terbaik seisi keluarga yang sedang
menyertai program kita pada hari ini, ibu bapa semua boleh menghantar
gambar kepada guru kelas. insyaAllah ada hadiah istimewa menanti.
TEKS PENGACARAAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443 2021
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAN PUTRA

1-UCAPAN ALU-ALUAN

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

-Yang Berusaha, Cik Aminah binti Said, guru besar SK Bukit Rahman Putra,
-Yang Berbahagia, Dato’ Nurul Cynthia Williams ,Yang Di Pertua PIBG SK
Bukit Rahman Putra
-Yang dihormati, Barisan guru-guru penolong kanan
-Guru-guru, para ibu bapa, anak2 didik SK Bukit Rahman Putra seterusnya
para penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil mengucapkan


kalimah Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia
dan hidayahNya jua mengizinkan untuk kita bersama-sama berkumpul di
ruangan maya Google Meet & YOUTUBE LIVE sempena ; Majlis Sambutan
Maal Hijrah 1443 Hijrah di bawah tema MANHAJ RABBANI ,UMMAH
BERKUALITI anjuran Panitia Pendidikan Islam dan panitia bahasa
arab ,peringkat sekolah , SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAN
PUTRA.
Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan
menegakkan syiar islam di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan
berkat tahun baru ini, kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan
untuk meneladani pengorbanan dan ketaqwaan generasi islam terdahulu.

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran kesemua warga Sk


Bukit Rahman Putra dan juga kehadiran tuan penceramah jemputan Ustaz
Hj Nor Hafizi Bin Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian
Pengurusan dakwah , Jabatan Agama Islam wilayah persekutuan JAWI
kuala lumpur, kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis
yang amat besar maknanya ini. Semoga dengan kesudian al-fadhil ust Haji
nor Hafizi bin abd Rahim dapat menyemarakkan lagi majlis yang penuh
barakah ini.

2- BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Warga maya yang dirahmati sekalian,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput ustaz hafiz bin Sadri bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*****************************************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
ustaz hafiz atas bacaan doa sebentar tadi.

3- UCAPAN GURU BESAR DAN PERASMIAN

Hadirin yang dihormati sekalian,


Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, cik
Aminah binti said, guru besar sk bukit rahman putra untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat
SK Bukit Rahman Putra sesi 2021, 1443Hijrah. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

*****************************************************************
Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada cik aminah binti said, guru
besar sk bukit rahman putra diatas ucapan perasmian sebentar tadi.

4- MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SESI CERAMAH

Hadirin Budiman yang dirahmati sekalian,

Seterusnya, tibalah masa yang di tunggu-tunggu, iaitu majlis bacaan yaasin


dan akan disusuli dengan ceramah maal-hijrah yang akan dipimpin oleh
tetamu jemputan kita al-fadhil ustaz haji norhafizi bin abd Rahim.

Sebelum saya serahkan majlis ini kepada al-fadhil ustaz, izinkan saya
membacakan serba sedikit biodata tentang penceramah jemputan kita pada
hari ini.

Tuan penceramah jemputan kita diberi nama ustaz haji nor hafizi bin abd
Rahim, beliau merupakan penolong pengarah kanan bahagian pengurusan
dakwah , jabatan agama islam wilayah persekutuan jawi kuala lumpur, beliau
juga merupakan guru takmir, di jabatan agama islam wilayah persekutuan
jawi kuala lumpur, latar belakang pengajiannya ialah kepujian syariah
islamiah university al-azhar kaherah mesir. Sekarang beliau tinggal di alam
damai cheras kl, beliau berasal dari kuala krai Kelantan dan sudah
berkahwin.

Sebagai ingatan,
Guru-guru dan ibu bapa sekalian, boleh la meletakkan nama orang yang
tersayang diruangan komen google meet bagi guru dan ruangan komen
youtube bagi ibu bapa dan murid untuk sama-sama kita doa dan sedekahkan
bacaan yaa sin kepada mereka semua, semoga Allah perkenankan segala
hajat dan doa kita.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Justeru, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan bacaan yaasin
dan seterusnya ceramah maal hijrah yang akan dipimpin oleh al-fadhil
ustaz,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****************************************************************

Nun di sana indahnya kota,


Kota bersih dijaga sentiasa,
Indah sungguh bicara kata,
Jadi iktibar pada semua.

Syukur alhamdulillah, Demikianlah tadi ceramah yang disampaikan penuh


dengan pengajaran dan teladan, sungguh bersemangat dan bertenaga
ceramah yang al Fadhil ustaz sampaikan, jazakallahu khairon jazak’,
semoga Apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu
dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat islam.
majlis merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi, kepada al-fadhil ustaz
haji nor hafizi bin abd rahim.

Sebelum diteruskan ada sedikit makluman, alhamdulillah pihak penganjur


telah menerima banyak kiriman-kiriman gambar seisi keluarga yang jelas
menunjukkan sedang Bersama-sama dalam program kita pada hari ini, majlis
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi
sokongan sepanjang program sehingga ke saat ini.. minta semua boleh
Bersama sehingga ke akhir program, dipenghujung program hari ini nanti
akan ditayagkan qr code kehadiran dan link kehadiran diruangan komen you
tube, semoga kita dapat Bersama sehingga di akhir program.

5- TAYANGAN SELAWAT DAN ALUNAN ASMAUL HUSNA

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


seterusnya majlis diteruskan lagi dengan tayangan slide selawat dan
asmaul-husna, marilah sama-sama kita berselawat dan mengalunkan nasyid
asmaul-husna dengan penuh semangat,boleh bersedia ***** Music on.
****** Begitulah tadi tayangan bacaan selawat dan alunan nasyid asmaul
Husna. Suka saya berkongsi disini antara kelebihan orang berselawat ialah
seperti yang diriwayatkan oleh imam muslim :

Terima kasih diucapkan pada semua.

6- VIDEO KHAS ; PERKONGSIAN BEKAS PESAKIT COVID 19

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


pada program kali ini, pihak penganjur membawakan penampilan istimewa
daripada bekas pesakit covid-19 yang akan berkongsi pengalaman suka
duka, pahit getir diuji dengan wabak Covid-19 ini untuk renungan kita
semua . Di antara insan istimewa yang akan berkongsi pengalaman dalam
slot ini yang kita bawakan ialah, dua orang guru sk bukit rahman putra
yang merupakan bekas pesakit covid, dipersilakan.

****Tayangan video

Hasbunallahu wani’mal wakil, fani’mal maulaa wani’man nasiir….Demikianlah


tadi perkongsian pengalaman daripada mereka, benarlah, covid itu wujud, ia
mampu membunuh insan tersayang, semoga kita sama-sama dapat
mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman insan-insan terpilih
yang diuji dengan wabak Covid-19 ini. Saya yakin dan percaya , ramai lagi
diantara kita disini yang mengalami pengalaman seumpama ini, malahan
mungkin lebih besar ujian yang dihadapi.
Antara kita, mungkin ada ahli keluarga yang sedang di kuaranti,ada juga
yang masih berada dihospital atau yang lebih membimbangkan yang sedang
bertarung di icu. Marilah sama-sama kita sentiasa mendoakan kepada
mereka semua supaya segera diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti
biasa, amin ya rabbal aalamin.

Suka saya selitkan disini, sekiranya ada diantara kita yang masih belum
mendaftar vaksin di mysejahtera, segeralah berbuat sedemikian, kita
bantu sesama kita untuk mencapai imuniti kelompok di kawasan kita. dan
yang masih belum mendapat tarikh, semoga dapat bersabar sedikit masa
lagi, insyaAllah akan mendapat tarikh nanti.

7- LAGU MAAL HIJRAH

Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan alunan lagu maal-hijrah.


Boleh bersedia.

8- PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


dengan berakhirnya alunan nasyid lagu maal-hijrah itu tadi, maka majlis
Sambutan Maal Hijrah sudah berada pada penghujungnya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Dengan itu, Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan


dan memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap di sepanjang
majlis ini berlangsung.

Dengan itu majlis disudahi dengan lafaz yang mulia ; wabillahi taufiq
walhidayah, wassalamualaikum wbt.
Marilah sama-sama kita menutup majlis ini dengan tasbih kaffarah dan
surah al-‘Asr.

Anda mungkin juga menyukai