Anda di halaman 1dari 9

Aksara Pengacara Majlis

Koleksi Teks Pengacara Majlis

WEDNESDAY, JUNE 29, 2016

MC Sambutan Penutup Ihya' Ramadhan


Protokol
Bismillahhirrahmannirrahim……
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5. Ketua-ketua Jabatan
6. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita
bersama-sama menjayakan majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan kolej vokasional
juasseh.
Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional
juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Bacaan khatam al-quran

Warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian


Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ustad suhaimi bin mohamad bagi mengepalai
bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………bacaan khatam al-quran


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin
Mohammad atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut
peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

Majlis memohon kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing bagi
memudahkan pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-
masing sebentar lagi oleh pensyarah pembimbing. Dipersilakan

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin-hadirat sekelian,
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2013.
Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2013. Di
antara aktiviti program ihya’ ramadahan yang bakal dijalankan semasa penutupan program ihya’
ramadhan ini adalah majlis khatam Al-Quran. Seperti kita sedia maklum ganjaran membaca dan
mempelajari Al-Quran di bulan ramadhan ini sangatlah besar. Jesteru, warga vokasional juasseh juga
tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat memanfaat bersama.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.
Hari redup udarapun nyaman,
Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Antara aktiviti program ihya’ ramadhan yang telah dijalankan adalah,


i. .....

Ucapan perasmi
Warga dewan seri gemilang yang dikasihi
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia pengetua
cemerlang SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadhan 2013
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berbahagia Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2013 sebentar tadi

Persembahan tayangan Multimedia

Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan khas
sempena penutupan program ihya ramadhan 1434 H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply
dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah

Warga Kolej Vokasional juasseh yang dikasihi,


Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang
telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2013.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Timbalan
Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti danial untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
….
Pemberian cenderamata

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Buat Pengetahuan hadirin, majlis pada pagi ini juga khusus di adakan sempena perpisahan pensyarah
ganti iaitu cik ......................
yang akan menamatkan tugas di kv juasseh pada hari ini. Di harapkan anak-anak didik terutama kelas
yang di ajar oleh pensyarah ganti ini dapat memanfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang telah di
curahkan oleh beliau selama ini. Hakikatnya, Kami warga KVJuasseh secara amnya, sangat-sangat
terhutang budi atas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan sewaktu kalian berkampung disini. Apa
yang kami harapkan, agar kalian dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi sebaiknya, sebagai
bekalan dalam menempuh kerjaya pendidik atau kerjaya yang lain di masa mendatang...insya Allah.
Apa yang pasti, Kami warga vokasional juasseh bakal merindui kehadiran beliau sewaktu beliau
berada di sini.
Di kesempatan ini juga , majlis amat berbesar hati untuk memberikan sedikit cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sehubungan dengan itu,
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Diraikan ........................... untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dirai …………………


diatas kesudian menerima tanda kenangan sebentar tadi

Penyampaian duit raya

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak kolej kepada anak
yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan juga kepada semua pelajar. Di samping
penyampaian duit raya, turut di sempurnakan amanah wang zakat dari Bank Rakyat kepada pelajar
yang terpilih.
Majlis juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-
masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada
semua murid mengikut tingkatan masing-masing.

……………….duit zakat
…………..anak yatim

majlis pemberian sumbangan anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan diteruskan
dengan mempersilakan penerima pertama iatu….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah atas kesudian
menyampaikan hadiah, cenderamata dan sumbangan sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah pembimbing yang telah
menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas masing-masing
sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.
Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan en md
razali dan ustad abdussyahid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian di suasana yang baru.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan pada tahun 2013 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Bersalam-salaman

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim
kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya
dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta pensyarah lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan
pensyarah wanita disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian.
Dipersilakan

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di ingatkan juga kepada
semua pelajar, anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan
Posted by Nizam at 2:42 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

8 comments:

Unknown said...
assalamualaikum.mohon share teks ni.terima kasih.
June 6, 2018 at 2:30 PM
Anonymous said...
mohon share
May 22, 2019 at 10:10 AM

Anonymous said...
terima kaseh dan mohon gune ye
May 5, 2021 at 3:07 AM

Anonymous said...
assalamualaikum..minta halal teks ini digunapakai..terima kasih
May 5, 2021 at 10:05 AM

Anonymous said...
ASSASALAMULAIKUM.. TERIMA KASIH SY MOHON COPY& PASTE... MEGGAMIT
KENANGAN BETOI SETELAH 8 THN SY GUNA TEKS INI UTK SEK SY SEKRG..RINDU
JUASSEH..
April 26, 2022 at 9:38 PM

Anonymous said...
mohon izin copy dan guna teks ini tuan..jazakallahu khair
April 27, 2022 at 12:14 AM

Anonymous said...
mohon izin copy & guna teks ni..
April 27, 2022 at 5:49 AM

Unknown said...
Saya mohon share ye cikgu. terima kasih
April 28, 2022 at 2:36 PM

Post a Comment

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)
BLOGROLL

Koleksi Resepi::
esepi Kuih Lapis Pelangi
years ago

TAI DAPUR
mbal Hitam Tomato....sedapppp sgt
years ago

ksara Pengacara Majlis


C MAJLIS MENANDATANGANI MOU BERSAMA INDUSTRI dan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KV JUASSEH
17
years ago

Shirt
enyediakan perkhimatan merekabentuk design custom made
years ago

AHARUDDIN ABDULLAH
han Ulangkaji
years ago

U.R.A.Y.A
a lagi...
years ago

og Pengacara Majlis Sekolah


ngumuman Awal Majlis
years ago

KGU ANNA S.R


UBA BAKAT HIAS HIDANGAN PENGANTIN
years ago

nta, Harapan dan HIV


rt 3 : Apakah HIV
years ago

Azhar Blog ¤~
zhar Syafawi
years ago

yan MasterChef 2
LABELS
 ANUGERAH KECEMERLANGAN (1)
 Anugerah Kokorikulum (1)
 Eksplorasi sejarah (1)
 Hari Pensijilan 5S (1)
 Hari Quality (1)
 Jadual sem 4 tahun 2 bpp (1)
 MAJLIS GRADUASI PELAJAR SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (1)
 Majlis Hi Tea (1)
 Majlis Penutup Kuiz (1)
 MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH KO-
KURIKULUM (1)
 majlis persaraan (2)
 Majlis Pra Graduasi Sekolah (1)
 majlis solat hajat (1)
 MC PENYAMPAIAN SIJIL ANUGRAH DAN PELANCARAN BULAN
KEMANUSIAAN (1)
 Mesyuarat PIBG dan Hari Kecemerlangan Sekolah (1)
 PELANCARAN OSHA dan MENTO MENTEE (1)
 PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 4 (2)
 pengacara majlis (1)
 Pengumuman Hari Guru (1)
 Penutup Kejohanan Sepaktakraw (1)
 Perlantikan Ahli MPP 2015 (1)
 Pertandingan Robotik (1)
 Sumbangan wang persekolahan RM 100 (1)
 ucapan wakil guru (1)
2014

Free Calendar

KOLEKSI
 ► 2017 (4)
 ▼ 2016 (5)
o ► November (1)
o ▼ June (1)
 MC Sambutan Penutup Ihya' Ramadhan
o ► May (1)
o ► February (1)
o ► January (1)
 ► 2015 (6)
 ► 2014 (8)
 ► 2013 (23)
 ► 2012 (17)
MENGENAI SAYA
Nizam
View my complete profile
HARGAILAH MASA
Free Clock

@nizamdzin_copyright 2013. Picture Window theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai