Anda di halaman 1dari 5

Protokol

Bismillahhirrahmannirrahim……
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Ketua-ketua Jabatan
6.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.      Para pelajar yang di rahmati sekelian

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita
bersama-sama menjayakan  majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan kolej vokasional
juasseh.

Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional
juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Bacaan khatam al-quran

Warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian


Tanpa melengahkan masa,  majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ustad suhaimi bin mohamad  bagi mengepalai
bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………bacaan khatam al-quran


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin
Mohammad atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut
peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

”Dari Dewan SK Sahabat 16 dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011.”
Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala
alihi wasahbihiajmain...

1.     Yang berusaha En. Markus Sungkiam,  YDP PIBG SK Sahabat 16.

2.     Yang Berusaha, En. Jeniar bin Subeh,  Guru Besar SK Sahabat 16.

3.     Turut berusaha - Pn. Aisyah Wong Abdullah (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum –
   merangkap Pengerusi bagi Jawatantankuasa Majlis Khatam Al-Quran
– En Khaironi Jazuli (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
-   En. Jaiti Adian (Guru Penolong Kanan HEM)

4.     Yang dihormati –    Dif – dif jemputan


-       Ustaz – ustazah
-       Guru – guru
-       AJK PIBG
-       Ibu bapa

5.     Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2011 serta semua
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah
hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan SK Sahabat 16 pada pagi yang barakah ini
bagi menjayakan ”MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011”.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak
sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya
melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai
satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru  pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan
diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1.  Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz
Mohd Yatimi bin Yassin bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..

-      DOA  –

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada  Al-Fadhl Ustz Mohd Yatimi bin
Yassin atas bacaan doa itu tadi...

2.  Ucapan alu-aluan Guru Besar


Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK
Sahabat 16, En. Jeniar bin Subeh. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
-      UCAPAN -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada  En. Jeniar bin Subeh atas ucapan
beliau  sebentar tadi.
3.  Ucapan alu-aluan PIBG Sekolah
Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segalasukacitanya dipersilakan  En. Markus
Sungkiam, YDP PIBG SK Sahabat 16 bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada
pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

-        UCAPAN PERASMIAN      -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG  atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka
rasmilah sudah MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Sahabat 16 pada pagi ini.

Sebagai tanda penghargaan, dijemput En. Jeniar Subeh untuk memberikan cenderahati
kepada perasmi.
Untuk itu dipersilakan En. Markus Sungkiam bagi menerima cenderahati dari SK
Sahabat 16.

4.  Majlis Khatam Al-Quran

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun inidimulakan. Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Mutholaah bi Hairi bagi memimpin
Majlis Khatam Al-Quran.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA –  

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh  122  orang murid SK
Sahabat 16 sesi 2011. Tahniah diucapkan.

5.  Persembahan Nasyid
-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi
dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan
persembahan Nasyid yang bertajuk Al-Quran Teras Keilmuan dan Kemuliaan Ramadhan .
Dengan sukacitanya dipersilakan.

                     -NASYID-

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman


sidang dewan, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustazah Maisarah Mastur dan Ustazah
Subariati Naharu.

-------------------------------------------------------------------
--

       Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

6.  Penyampaian Cenderahati dan Sijil.


Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-
Quran. Pada tahun in seramai ______ orang  berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang
ditetapkan.Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha En. Jeniar Subeh,
GB SK Sahabat 16 diiringi oleh Yg Berusaha GPK Kokurikulum, Pn. Aisyah Wong bt Abdullah bagi
menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan..
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Jeniar Subeh kerana sudi
menyempurnakan majlis.
7.   Penyampaian Cenderahati kepada Guru.
Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian Dengan komitment dan usaha murni kalangan guru-
gurukita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa
mereka,cenderahati dihulur mengenang bakti.
Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.Majlis dengan ini mempersilakan En. Markus Sungkiam ,
YDP PIBG SK Sahabat 16 diiringi oleh En Khaironi Jazuli (GPK Kanan 1) bagi menyampaikancenderahati
kepada guru-guru Al-Quran yang terlibat dalam usaha memastikan anak didik mereka khatam Al-Quran
dengan jayanya.. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

8.   Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011 menutup tirai. Majlis
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu
bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang
berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan
Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis
bersurai

Anda mungkin juga menyukai