Anda di halaman 1dari 6

1

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


SMK BUKIT SAGU [26 OGOS 2011]
2

MASA CUE BUTIRAN PENYAMPAIAN


10.10 pagi Para murid dan guru Assalamualaikum w.b.t.
mengambil tempat di
Dewan Terbuka
Yang Berusaha En Masod bin Yunus, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau

Yang Dihormati En. Hirudin bin Mohit, Guru Penolong


Kanan Pentadbiran, En. Badrudin bin Shukor, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abd Aziz bin
Jaafar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru
cemerlang, kaunselor, rakan-rakan guru yang budiman
serta pelajar-pelajar yang dikasihi.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.
3

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah,
Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin
Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam
Al-Quran kali pertama SMK Bukit Sagu 2011.

Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan


yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya
mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan
dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman
Allah yang berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke


jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan
berita yang menggembirakan orang-orang yang
beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa
mereka beroleh pahala yang besar

Surah al-Isra':9
4

Untuk memulakan majlis, saya persilakan Nazareen


Adillia binti Hirudin dari Tingkatan 1 Amanah untuk
mengalunkan bacaan Al-Quran. Dipersilakan.

Kini, bagi meneruskan majlis pagi ini, saya


mempersilakan En. Masod bin Yunus, pengetua SMK
Bukit Sagu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Selesai Ucapan Pengetua Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan
pengetua atas ucapan itu tadi.

Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam


Al-Quran yang akan di imamkan oleh ...

Khatam Quran Hadirin dan hadirat sekalian,

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis,
5

dipersilakan ... untuk memimpin bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ... di atas


bacaan doa itu tadi.

Sekarang saya mempersilakan ... untuk menyampaikan


cenderamata kepada 9 orang pelajar yang khatam
Quran dan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Kini tibalah masanya yang ditunggu-tunggu oleh semua


murid iaitu sumbangan duit raya.

Dengan itu, saya persilakan sekali lagi ... untuk


menyampaikannya.

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
6

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah. Dengan sumbangan duit raya sebentar


tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini .
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis
kalungkan kepada semua guru dan murid.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-


sama membaca Surah Al-Asr.

Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH


WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai