Anda di halaman 1dari 6

Que Ann Remark

Nyanyian lagu Negaraku Para Hadirin dipersilakan mengambil tempat yang telah
disediakan di bahagian tepi Dewan kerana majlis akan
dimulakan sebentar. Semua murid diharapkan dapat
menjaga disiplin dan mematuhi tatacara majlis. Pihak
Majlis memohon kerjasana semua murid dan guru
untuk berada di dewan sepanjang majlis
berlangsung.Terima kasih.

Nyanyian Lagu Negara Ku


Para Hadirin diminta berdiri dan sama-sama Nyanyian
menyanyikan lagu Kebangsaan Malaysia dengan penuh Lagu
semangat Jati Diri. Negaraku

…………………………..‘Lagu Negaraku’………………………………..

Para hadirin dipersilakan duduk.

Kata Aluan Pengacara Melayang serindit di atas permatang


Majlis Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin,


Wassolati wassalamua ala ashrafil ambiya iwal mursalin
, wa ala alihi wa sohbohi ajmain.

Rabbisrahli sadri,wayas sirli amri wahlul ukdatam


Millisaniyas kohu qauli

Amma ba’

Yang Berusaha ,
Cikgu Suhaini bt Sheikh Abdullah, Guru Besar SK Tebing
Tembah

Yang dihormati,
En. Mohd Khalid bin. Ariffin, YDP PIBG SK Tebing
Tembah.

Yang dihormati ,
Cikgu Mohd Zulkifli bin muda. PKP
Cikgu Hj Zamri bin Zakaria, PK HEM

Cikgu Mohd Ridhuan bin Rosli, PK Kokurikulum

Barisan Guru serta anak didik STem yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, Marilah kita memanjatkan rasa Syukur


ke hadrat Allah RabbulIzzati kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya,dapat kita berkumpul di dewan yang
terhias cantik ini untuk bersama-sama meraikan Majlis
Raikan Guru, Warnai Aidilfitri , SK Tebing Tembah
2023/2024.

Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita


mengangkat jari sepuluh dan mengamin bacaan doa
yang akan dipimpin oleh adik Tg,.Ahmad Mujahid bin
Tg. Rosman. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

……………………………….‘Doa’……………………………………………

Amin, ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada


adik Tg. Ahmad Mujahid atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Ucapan wakil murid Tirai ucapan pada pagi ini dibuka dengan ucapan
daripada wakil murid. Untuk itu majlis mempersilakan
adik Nur Alya Husna binti Mohd Syahir untuk
menyampaikan bingkisan kata.

………………………………..‘ucapan’……………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada Adik Nur Alya Husna


atas ucapan yang tulus itu tadi.
Bacaan Perutusan 1 Majlis diteruskan dengan Bacaan Perutusan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia. Perutusan ini akan
dibacakan oleh Cikgu Mohd Zulkifli bin Muda, Penolong
Kanan Pentadbiran Stem. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan…

Bacaan Perutusan

Terima kasih cikgu Mohd Zulkifli atas bacaan perutusan


sebentar td.

Bacaan Perutusan 2 Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar amanat


Menteri Pendidikan Malaysia, yang akan dibacakan oleh
Cikgu Suhaini binti Sheikh Abdullah. Majlis dengan
penuh takzim , mempersilakan.

Terima Kasih Tn Guru Besar atas bacaan perutusan


sebentar tadi.

Bacaan Ikrar Guru Majlis diteruskan lagi dengan Lafaz Ikrar Guru yang akan
diketuai oleh cg.Hassim bin Mohd Sapar. Majlis dengan
ini memperilakan guru-guru untuk naik ke atas pentas.

………………………….Ikrar Guru…………………………………………

Terima kasih cg.Hassim bin Mohd Sapar di atas lafaz


ikrar sebentar tadi.

Nyanyian Guru Malaysia Guru-guru diminta untuk terus berada di atas pentas
untuk menyanyikan lagu keramat Guru Malaysia

--------------- Lagu Guru Malaysia ………………………….

Acara Potong Kek Majlis diteruskan dengan acara memotong kek. Majlis
mempersilakan Tn. Guru Besar diiringi Guru-guru
penolong kanan serta guru-guru untuk
menyempurnakan acara.

Terima Kasih barisan Pentadbir dan para guru. Guru-


guru dipersilakan mengambil tempat.
Penyampaian Hadiah Seterusnya, Majlis menjemput Cikgu Tq Khairulnizan bin
Tg Sharif, Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Staf SK
Tebing Tembah, untuk mengiringi cikgu Suhaini binti
Sheikh Abdullah, Guru Besar SK Tebing Tembah bagi
menyampaikan cenderahati daripada Kelab Guru
kepada wakil guru. Dengan ini majlis menjemput cikgu
zulkifl bin muda untuk menerima cenderahati.

Seterusnya, Majlis menjemput Cikgu hairozmazni binti


harun, Pengerusi kedai sekolah, untuk mengiringi cikgu
Suhaini binti Sheikh Abdullah, Guru Besar SK Tebing
Tembah bagi menyampaikan cenderahati daripada
Kedai kepada wakil guru. Dengan ini majlis menjemput
cikgu hj zamri bin zakaria untuk menerima cenderahati.

Terima puan guru besar kesudian menyampaikan


cenderahati.

(Lagu guru tersayang)

(Pengawas naik pentas, turun bagi hadiah pada guru)

Penyampaian hadiah Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


pertandingan sambutan kepada para pemenang pertandingan sambutan hari
hari raya raya. Majlis menjemput cikgu mohd ridhuwan bin rosli
mengiringi en mohd khalid bin ariffin ydp pibg untuk
menyampaikanhadiah kepada pemenang.

……………………….Senarai Nama Pemenang…………….………

Terima kasih….

Persembahan murid Marilah sama sama kita berhibur dengan menyaksikan


persembahan daripada murid-murid tahap 1.
Dipersilakan..

Terima kasih di atas persembahan yang begitu menarik


tadi

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan


daripada murid-murid tahap dipersilakan.

Terima kasih di atas persembahan yang begitu menarik


tadi.
Sukaneka Guru L Sempena Meraikan guru di hari Istimewa ini, pihak
majlis telah menyediakan sukaneka santai – santai Raya
untuk semua guru.

Mari kita mulakan dengan acara ‘Rebut Kerusi di Kerusi biru


Rumah Terbuka’ dipersilakan semua guru lelaki untuk (9 buah)
naik ke atas pentas….

Beri tepukan untuk cikgu2 sado kita.

…………………………….Musical Chair……………………………….. Putar Lagu


Raya.
Raikan pemenang… Tahniah!!! Bagi Duit Raya

Sukaneka Guru P Seterusnya, dijemput semua guru perempuan yang


manis lagi ayu untuk naik ke atas pentas.

Zahidah:Nasi impit dan sate dah tersedia tp kuah


kacangnya tak ada…kenapa ek?

Masyitah: la…mana tidaknya… kacangnya tertumpah


td…

Zahidah: macamana ni?

Masyitah:tak pe, ni ada mokcik2 ni,boleh tolong kita


kutip kacang2 tu.

Penerangan game:
Dalam masa 60 saat, mokcik2 kena kutip kacang tanah
dari atas lantai dan masukkan dalam mangkuk yang
telah disediakan… (menggunakan chopstick)

Pemenang: paling banyak kacang. (murid tlg kira)


Sorak pemenang!

Jamuan murid
Persembahan guru L
Persembahan Guru P
Jamuan Guru Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Penutup Majlis Bunga seroja di atas para,
Murid naik ke kelas Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak


terhingga diucapkan kepada semua tetamu yang hadir,
Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Raikan Guru Warnai
Aidilfitri dan mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Sekian
dahulu daripada Kami.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai