Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

SMK BADAK

Perkara Teks Catatan


Perarakan Mengumumkan perarakan masuk semua pentadbir dan guru-guru yang * Sini kalu ada
Masuk diraikan ke dewan Tuan Haji Mohd Nor muzik bestnyo

Dipersilakan pentadbir dan guru mengambil tempat.

Edaran Guru-guru akan menerima hadiah kenangan daripada KELAB WARGA


Hadiah SMK Badak sebagai kenangan sambutan hari guru yang akan diedarkan
oleh wakil-wakil pelajar.

Kata Aluan Bismillahirahmanirahim

Yang Berusaha Puan Azuraihan binti Abdullah


Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6, Pejabat Pendidikan
Daerah Bachok
Merangkap Penghulu SMK Badak

Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Hassan


Pengetua SMK Badak

Yang Berusaha Yang Mulia Tuan Haji Tengku Azmi bin Raja Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Hajah Siti Zubaidah binti Mohamad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Yang Mulia Nik Suwardy bin Nik Mat


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Tuan Haji Shafie bin Yaacob


Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang Berbahagia, Dato Ang John Sun, Guru Kanan Bahasa,

Guru-guru kanan, kaunselor-kaunselor dan guru-guru yang diraikan


serta pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang


mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK


BADAK

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dewan yang mulia ini
untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2023 dengan tema :
GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Bacaan Doa
Awal Bismillah pembuka bicara
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK BADAK

Kata disusun untuk keberkatan,


Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang


akan dilafazkan oleh WAN AMIR HAIKAL BIN WAN AZMAN

Dijemput dengan hormatnya,

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Nyanyian Hadirin yang dihormati sekalian,


Lagu
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian
tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Selamat Sultan.... dan Lagu
D’Persada ........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


Perutusan
Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan Yang Berusaha Puan hajah Siti Zubaidah binti


Mohamed, Penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Yang Mulia Tuan Haji


Tengku Azmi bin Raja Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.

(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,
Ketua Murid
Sidang hadirin sekalian,
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK BADAK

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan MOHAMAD AIDIL HAKIM BIN ABDUL HADI
selaku Ketua murid untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan Hadirin sekalian, *jika


Jemputan ada/dimaklumkan
Seterusnya dipersilakan Puan Azuraihan binti Abdullah Penolong PPD
Menengah dan Tingkatan 6 untuk tampil menyampaikan ucapan
beliau.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Ucapan Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Pengetua Tuan Haji Kamaruddin bin Hassan, Pengetua SMK Badak untuk
menyampaikan ucapan beliau.

Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.


(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Tayangan Hadirin sekalian,


Montaj Hari
Guru Marilah sama-sama kita saksikan tayangan montaj sempena hari guru
yang disediakan oleh Cikgu Sarimah dan Cikgu Maziana.

Nyanyian Sidang dataran sekalian,


Lagu
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu ”Kami Guru Malaysia”oleh


barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Ikrar Guru Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK BADAK

Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,


Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi


acara melafazkan ikrar diketuai oleh Cikgu Izani bin Ibrahim.
Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Persembahan
Pelajar

Cenderamata Sidang dataran sekalian ; *Jika ada


kepada
Jemputan Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ........................................ untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berusaha .................................dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK BADAK

Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami
pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai