Anda di halaman 1dari 4

Bismillah…….

Yang Berbahagia .......


Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Setiu,

Yang Berusaha En. Afandi bin Zakaria


Guru Besar SK Payong Baru

Yang Berbahagia En. Helmie Faizi bin Mat


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Payong Baru

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan


Sekolah Payong Baru

Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.


         
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat
Sekolah Payong Baru

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di kantin yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Raya bagi Tahun 2023 dengan tema :
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Tuan Mohd Fadhil bin Abu Bakar. Dijemput dengan
hormatnya….

                                       (bacaan doa)

     Amin Ya Rabbal Alamin. 


 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga
buah lagu, Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Sidang dataran
dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid, untuk itu
dipersilakan Muhammad Danish Irshad bin Mohd Rashidi selaku Ketua
Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya  majlis mempersilakan En. Mohd Helmie Faizi bin Mat Yang Di


Pertua PIBG untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan Puan Rohani binti Yazid GPK Hal Ehwal Murid untuk
membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
                                      (ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Seterusnya dipersilakan En. Afandi bin Zakaria, Guru Besar SK Payong Baru
untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
                                      (ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,


Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh barisan pentadbir


dan guru-guru. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru SK Payong Baru tampil ke atas pentas
bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh En. Muhammad bin Abu Bakar.
Dipersilakan....
                                                
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Bagi mengakhiri Majlis Hari Guru pagi ini, majlis menjemput murid-murid dari
tahun 2 untuk menyampaikan persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Kepada semua guru dan
kakitangan, diminta bersedia untuk permainan Hari Guru.

 
Kembali ke acara Dewan,

Majlis dimulai dengan persembahan terdiri dari murid-murid tahun 4, Tahun 5


dan Tahun 6. Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid Tahap 2 atas persembahan


itu tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang permainan


Hari Guru yang telah berlangsung tadi.

          Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .........


untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. dipersilakan....... 

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada


Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU & SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI”

Anda mungkin juga menyukai