Anda di halaman 1dari 5

Teks pengacara majlis Hari Guru

(Aryan)
Diumumkan perakaan Mmasuk semua guru dan kakitangan ke Dewan
Salahuddin Al Ayubi, dipersilakan....

Bismillahirrahmanirahim.

Yang Berusaha Puan Narina Jan binti Mustafa Kamal


Guru Besar SK Sungai Baging,

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan


Sekolah SK Sungai Baging,
Guru-guru dan para AKP yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.


         
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun
2022

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di Dewan Salahuddin Al Ayubi
yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2022 dengan
tema : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Abdul Jalil bin Abdul Rahman,  Dijemput dengan
hormatnya.....

                                       (bacaan doa)
     
Amin Ya Rabbal Alamin. 
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

(Annur Zahra)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga
buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah,  Sidang
dewan dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan Aisy Rayyan Ziqriey Bin Waliyuddin selaku Ketua Pengawas
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Cikgu Muslan bin
Mohamed, Pengerusi KKGK untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.
                                                (ucapan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan Cikgu Muslan itu tadi.
Seterusnya Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.

Dipersilakan Cikgu Zainol ’Asri bin Mat Husin GPK Pentadbiran untuk
membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
                                      (ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Seterusnya dipersilakan Puan Narina Jan binti Mustafa Kamal, Guru Besar
SKSB untuk membacakan Perutusan Menteri Kanan Pelajaran Malaysia serta
ucapan perasmian.
Dipersilakan.
                                      (ucapan perutusan)

(Aryan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

 Untuk itu, dijemput semua guru dan kakitangan tampil ke atas pentas bagi
acara melafazkan ikrar diketuai oleh Cikgu Asri bin Mohamed, GPK HEM.
Dipersilakan....
                            (ikrar)
                           
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu


Sekolahku Sejahtera oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
(nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.


 
Sidang hadirin sekalian,    

Seterusnya ialah acara Memotong Kek Hari Guru…

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan Puan Rahimah binti


Sentat, GPK KoKurikulum, menjemput dan mengiringi Puan Narina Jan binti
Mustafa Kamal, Guru Besar, untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.....
                                      (memotong kek)
      

(Annur Zahra)
Sidang dewan sekalian ;

Acara seterusnya, Peragaan Pakaian Bertema oleh guru dan kakitangan. Untuk
makluman semua, tema pakaian tahun ini ialah Purbawara. marilah sama-sama
kita saksikan....
(peragaan pakaian)
Terima kasih diucapkan kepada para peserta ....
Seterusnya, di jemput para guru dan kakitangan untuk mengikuti sesi fotografi
sempena sambutan hari guru tahun 2022.
Dipersilakan...
(sesi fotografi)

Acara berikutnya.... Sesi peyampaian hadiah dan cenderamata dari murid


kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan....
Di persilakan....
(peyampaian hadiah dan cederamata)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih...


Dengan berakhirnya acara peyampaian hadiah tadi, maka dengan ini berakhirlah
sesi pertama majlis sambutan hari guru pada hari ini...

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada


Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah
hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”
Teks pengacara majlis Hari Guru (Persembahan)

Bagi meneruskan majlis hari ini,


Kita akan menyaksikan 2 sesi persembahan....

Sesi pertama, dipersilakan murid......................


untuk menyampaikan ...................................... Sebagai hiburan dan tatapan
hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan......

persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Anda mungkin juga menyukai