Anda di halaman 1dari 9

ATUR ACARA

MAJLIS PENTAULIAHAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH &


PELANCARAN …………………………TAHUN 2022

7.20 pagi – Pelajar berhimpun di Dataran Gemilang

7.30 pagi – Ketibaan ……………………..

– Nyanyian Lagu

- Negaraku

- Negeri Perak

– Ucapan Alu-aluan

– Bacaan Doa

– Ucapan Pengetua

– Ucapan Perasmian

– Gimik Perasmian

– Penyampaian Watikah Pentauliahan

– Bacaan Ikrar

_ Penutupan Majlis Watikah

– Penyampaian cenderamata

– Nyanyian Lagu Sekolah

– Sesi Bergambar

– Bersurai

1
TEKS PENGACARA
MAJLIS PENTAULIAHAN BADAN-BADAN KEPIMPINAN PELAJAR

Bi
PERKARA CATATAN
l

1 Ketibaan …………

Mengumumkan ketibaan Yg Dihormati,


……………………………………………., KAK JIHA
………….. Pegawai Perhubungan Sekolah, diiringi oleh
tuan pengetua dan barisan pentadbir ke Dewan Spinian.

( rombongan masuk dan mengambil tempat )

2 Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada hadirin


sekalian.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan PASTIKAN
diikuti dengan lagu Negeri Perak. MURID TELAH
PUN BERDIRI
( nyanyian lagu negaraku… ) NANI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Para hadirin dipersilakan duduk.

KAK JIHA
3 Ucapan Aluan

Yg. Berusaha,
En. Rajendran Naidu Kannayar,
Pengetua Cemerlang SMK Pusing.

Barisan Penolong Kanan.

Barisan Guru Kanan.

Para guru serta para pelajar sekalian.


2
Assalamualaikum dan salam bahagia.

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinan-Nya


dapat kita mengadakan Majlis Pentauliahan Badan
Kepimpinan Pengawas Sekolah
bagi tahun 2022.

Untuk makluman para hadirin sekalian,

Pada petang ini diadakan Majlis Pentauliahan Badan


Kepimpinan Pengawas Sekolah bagi tahun 2022.

Majlis Pentauliahan Badan-badan Kepimpinan Pelajar


melibatkan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Pengawas Koperasi, Kumpulan
Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Tingkatan bagi tahun
2022.

Mereka yang ditauliahkan pada petang ini merupakan pelajar


yang telah diberikan kepercayaan dan kuasa tertentu oleh
pihak sekolah untuk membantu mengawal disiplin dan
menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

Bacaan Doa NANI


4

Para hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah sama-


sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat.

Untuk itu, majlis menjemput saudara Muhammad Adib


Haidhar bin Zafran untuk memimpin bacaan doa,
Dipersilakan.

( bacaan doa )

3
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muhammad
Adib Haidhar bin Zafran atas bacaan doa sebentar tadi.

5 Ucapan PK PETANG

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan ucapan Tuan


Pengetua.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan KAK JIHA


Tuan Pengetua, untuk menyampaikan ucapan,
Dipersilakan.

( Ucapan Pengetua )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengetua


atas ucapan beliau sebentar tadi.

NANI
6 Ucapan Perasmian.

Para hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan menjemput


Yg Berusaha,

Encik Rajendran Naidu a/l Kannayar, pengetua cemerlang


SMK Pusing untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Pentauliahan Badan-badan Kepimpinan
Pelajar bagi tahun 2022.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

( ucapan perasmian )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha,


Encik Rajendran Naidu a/l Kannayar,
atas ucapan perasmian tersebut.
4
Gimik Perasmian

Seterusnya, kita akan menyaksikan gimik perasmian yang


disediakan oleh pihak sekolah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas gimik perasmian sebentar tadi


KAK JIHA
7 Penyampaian Watikah Pelantikan

Para hadirin sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan upacara


penyampaian watikah Pentauliahan Badan-badan
Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2022

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian watikah ini,


majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berusaha,
En. Rajendran Naidu Kannayar untuk mengiringi Yg
Dihormati,

untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Tetamu kehormat mengambil tempat )

Untuk makluman hadirin,


Watikah pentauliahan akan disampaikan kepada
Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Kepimpinan Pelajar,
seterusnya diikuti wakil daripada setiap badan kepimpinan.

(a) Pengawas Sekolah

Penyampaian Watikah pelantikan dimulakan dengan Ahli


Jawatankuasa Tertinggi Badan Pengawas Sekolah,
Dimulai dengan Ketua Pengawas Sekolah, iaitu
………………………………………………………

5
(b) Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Seterusnya, penyampaian watikah kepada Ahli


Jawatankuasa Tertinggi Badan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah.

Dipersilakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah,


iaitu
Nur Umairah Binti Nasarudin daripada kelas 2 Alfa
Seterusnya dijemput Timbalan Pengerusi Badan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah iaitu
Marsya Irdina Balqis Bt Mohd Ikhwan daripada kelas 1
Alfa

(c) Pengawas Koperasi

Seterusnya, penyampaian watikah kepada Ahli Jawatankuasa


Tertinggi Pengawas Koperasi Sekolah.

Dipersilakan Ketua Pengawas Ketua Pengawas Koperasi


Sekolah, iaitu
………………………………………

(d) Pembimbing Rakan Sebaya

Seterusnya, penyampaian watikah kepada Ahli


Jawatankuasa Tertinggi Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS)

Dipersilakan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya, iaitu


Nur Alya Natasha Bt Muhammad Azmi daripada kelas 2
delta
Seterusnya, dijemput timbalan pengerusi Pembimbing
Rakan Sebaya sekolah iaitu Muhammad Haziq Wafiy Bin
Mohd Faizal daripada kelas 2 Alfa.

(e) Ketua-ketua Kelas

Seterusnya, penyampaian watikah kepada Ketua-ketua


Tingkatan.
.

6
Watikah akan disampaikan kepada wakil Ketua Kelas bagi
setiap Tingkatan.

Dimulai dengan Ketua Kelas Tingkatan Lima,iaitu


………………………………………

Seterusnya, wakil Ketua Tingkatan Empat, iaitu


….…………………………………..

Akhir sekali, wakil Tingkatan Tiga, iaitu


….…………………………….
( AJK – rujuk lampiran )

( penyampaian watikah tamat )

Dengan ini majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Yg Dihormati,

kerana sudi menyampaikan watikah pentauliahan kepada


Badan-badan Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2022.

Diminta kepada semua Ketua - Ketua penerima pelantikan


watikah untuk berdiri dihadapan.

8 Bacaan Ikrar

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Kita akan meneruskan Upacara Melafazkan Ikrar.

Lafaz ikrar oleh Badan-badan Kepimpinan pelajar ini akan


diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, iaitu NANI
Ang Zhi Qing daripada kelas 2 Beta

Dipersilakan.

( pembacaan ikrar )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Para Hadirin dipersilakan duduk
Kak jiha
9 Penyampaian Cenderamata
7
Para hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya lafaz ikrar itu tadi maka berakhirnya
Majlis Pentauliahan badan-badan Kepimpinan Pelajar pada
pagi ini,

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis


menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yg Dihormati,
Dipersilakan.
( penyampaian cenderamata )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penutup Majlis
10
Para hadirin sekalian,
Dengan ini juga berakhirnya Majlis Pentauliahan Badan-
badan Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2022.

Majlis pada petang ini, kita akhiri dengan nyanyian Lagu


Sekolah.

Sekali lagi semua guru dan murid diminta berdiri untuk


bersama-sama menyanyikan Lagu Sekolah.
( nyanyian Lagu Sekolah )
Semua guru dan murid dipersilakan duduk. NANI

Alhamdulillah, dengan ini berakhirnya Majlis Pentauliahan


Badan-badan Kepimpinan Pelajar tahun 2022.

Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah atas


kesudian menjayakan majlis pada petang ini

Untuk itu, kami sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan ini, saya serahkan semula kepada guru bertugas
mingguan.
TAMAT

8
9

Anda mungkin juga menyukai