Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS HUPH

Ketibaan tetamu

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Apresiasi
bagi Tahun 2022.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan
telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan YDP PIBG dengan diiringi oleh Guru Besar, Penolong Kanan
…………. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri


Lagu Negaraku dan Sabah Tanah airku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negarakudan Sabah Tanah Airku. Mohon hadirin
bersedia untuk menyanyikan bersama-sama

...................................(Lagu Negaraku)

….…………………….. ( Sabah Tanah Airku )

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Kuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Salam Berabis pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami;

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berusaha, Tn S.R. Rosidi Kuyubin


Guru Besar Cemerlang SK Maliau

Yang Dihormati En. Johndrey Rambakom

Yang Dipertua PIBG, SK Maliau merangkap ketua kampung Maliau

Yang Berusaha Pn Doloresa Gonsorob

Penolong Kanan Pentadbiran, SK Maliau

Yang Berusaha En Roger Gimbun

Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Jasbi Jainin

Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru, Staf, Para penerima anugerah yang diraikan, ibu bapa serta para murid yang
dikasihi sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Apresiasi SK Maliau 2022.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai


Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita.

Semoga usaha kita semua diberkati Tuhan.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, Dengan segala hormatnya
mempersilakan Ustaz Izzuddin untuk memimpun bacaan doa.

DIPERSILAKAN

*********** (Bacaan Doa)

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Izzuddin di atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN TN S.R. ROSIDI KUYUBIN

Hadirin yang dihormati sekalian, bagi meneruskan acara pada hari ini, Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan yang berusaha Tuan S.R. ROSIDI KUYUBIN, GURU BESAR CEMERLANG
SK MALIAU untuk menyampaikan ucapan. majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………………………………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN ENCIK JOHNDREY RAMBAKON , YDP PIBG SK MALIAU

Sidang Hadirin yang dimuliakan,

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati Encik Johndrey
Rambakon Yang Dipertua PIBG SK Maliau untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Apresiasi 2022.

……………………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SK
MALIAU atas ucapan dan perasmian itu tadi.

PERSEMBAHAN 1 (TAHUN 2 - Girl in the mirror )

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.


Dengan itu pihak majlis mempersilakan KELAS TAHUN 2 untuk membuat persembahan.

Dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT SEKOLAH PRASEKOLAH

Sidang Hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampian sijil tamat
prasekolah dan tahun 6.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Guru Besar Cemerlang SK
Maliau bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan YDP PIBG SK MALIAU EN JOHNDREY
RAMBAKON diiringi Tn. S.R. Rosidi Kuyubin Guru Besar Cemerlang SK Maliau untuk
menyempurnakan majlis penyampaian sijil.

Didahului oleh Pra sekolah..

Dipersilakan penerima yang pertama….

….…………………………………………………………………………………

Seterusnya majlis kita teruskan dengan penyampaian sijil tamat sekolah murid tahun 6.

Dipersilakan penerima yang pertama….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar atas kesudian menyampaikan sijil
itu tadi.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG atas kesudian menyampaikan sijil
itu tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGAWAS SEKOLAH

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi semua pengawas Sekolah yang telah
menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah sepanjang sesi persekolahan akademik sesi 2022.

Untuk itu majlis menjemput Guru Disiplin SK Maliau, Cikgu Rudy Juri untuk menyampaikan
sijil. Dipersilakan.

………………. (Penyampaian hadiah)

Terima kasih Cikgu Rudy kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil

PENYAMPAIAN SIJIL PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua pengawas Pusat sumber yang telah
menjalankan tugas sebagai pengawas Pusat Sumber sepanjang sesi persekolahan akademik sesi
2022.

Untuk itu majlis menjemput Guru Pusat Sumber SK Maliau, Cikgu Joel Joseph untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.

………………. (Penyampaian hadiah)

Terima kasih Cikgu Joel kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil

PENYAMPAIAN SIJIL KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua ketua kelas dan penolong ketua kelas
kerana telah menjalankan tugas dengan jayanya sepanjang sesi persekolahan akademik sesi
2022.

Untuk itu majlis menjemput Penolong Kanan HEM SK MALIAU, Cikgu Roger Gimbun untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.

………………. (Penyampaian hadiah)

Terima kasih CikgU Roger kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil .

PERSEMBAHAN 2 ( SQUAD OF GEGIRL-HAPPY HAPPY AJALAH)

Majlis penyampaian dihentikan buat seketika dan kita akan sama-sama melihat satu
persembahankumpulan yang telah memenangi Maliau GOT TALENT yang telah dijalankan
pada minggu lepas. Dipersilakan SQUAD OF GEGIRL.

……………………………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA

Tidak kira sesukar mana pun kehidupan, usaha gigih dan kesungguhan pasti membawa
khabar gembira di akhirnya

Sidang hadirin sekalian, majlis kita teruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi
pertandingan MALIAU Manangkus ataupun biasa kita sebut Merentas Desa yang telah
dijalankan pada hari isnin yang lepas. Untuk makluman semua, sekiranya tidak ada perubahan
kesemua murid tahap 2 pada sesi akademik bermula 20 Mac nanti yang telah memenangi
pertandingan merentas desa ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tarikh yang
akan diketahui nanti. Jadi kepada para pemenang sila bersedia kerana pada bila-bila masa anda
akan dipanggil untuk menjalani latihan.

Untuk itu majlis menjemput Penolong Kanan KOKURIKULUM SK MALIAU, Cikgu Jasbi
Jainin untuk menyampaikan Hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

TAHAP 1 LELAKI

TAHAP 1 PEREMPUAN

TAHAP 2 LELAKI

TAHAP 2 PEREMPUAN

Terima kasih Cikgu JASBI kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil .

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK & SAHSIAH TERBAIK

Hadirin sekalian,

Majlis kita teruskan dengan penyampaian anugerah kehadiran dan sahsiah terbaik

Untuk itu majlis menjemput Penolong Kanan HEM SK MALIAU, Cikgu Roger Gimbun untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Dipersilakan Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik Pra Sekolah- Jovelyn Jesrun

Penerima Kehadiran terbaik Tahun 1,2,3,4,5,6

Seterusnya penerima Anugerah Sahsiah Terbaik,

Kita mulakan dengan penerima sahsiah terbaik prasekolah,

Dipersilakan Penerima Anugerah Sahsiah Terbaik Pra Sekolah- Adik R Viyen Rajali

Penerima Sahsiah Terbaik Tahun 1,2,3,4,5,6

Terima kasih Cikgu Roger kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil .


ANUGERAH PEMULIHAN DAN MURID TERBAIK

Hadirin sekalian,

Berbaju kurung warna merah

Diserikan dengan permata berlian

Tibalah masa penyampaian anugerah

Penerima teruja menunggu giliran

Majlis kita teruskan dengan penyampaian anugerah pemulihan

Untuk itu majlis menjemput Guru Pemulihan Cikgu Ezam Rasinin untuk menyampaikan Hadiah
dan sijil. Dipersilakan.

Anugerah ini diberikan kepada murid pemulihan yang telah melepasi ujian bahasa Melayu dan
matematik.

Dipersilakan penerima yang pertama ……..

Terima kasih Cikgu Ezam kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil .


Majlis kita teruskan dengan penyampaian sijil dah hadiah kepada penerima anugerah anugerah
murid berpotensi kategori 5 Tahun.

Untuk itu majlis menjemput Cikgu Doloresa Gonsorob, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan Hadiah dan sijil. Dipersilakan.

Penerima pertama dipersilakan

1. Adik Ivory Divine Warwickwell,

2. Jovelyn Jesrun

3. Ann Friskalyn Azmon

Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima murid terbaik

Kita mulakan dengan kategori murid cemerlang prasekolah

Penerima pertama dipersilakan

1. Adik Eizel Ewin

2. Adik Olive Olga Vel Aelbes

3. Adik Velyntia Delarosa Rudy

Seterusnya penerima murid terbaik Tahun 1

Penerima murid terbaik Tahun 2

Terima kasih Cikgu Doloresa kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil .

PERSEMBAHAN 3 ( TAHUN 3 - TAALA ALA SIKULKU, ITS BUSY-BUSY DAN XHI


SHA-SHA)

Tinggi-tinggi si burung tempua

Tinggilah lagi harapan di hati

Selamat menonton buat semua

Hiburan dipersembahkan kita hayati


Sama-samalah kita meredakan debaran dihati dengan menyaksikan persembahan kelas tahun 3.
Dipersilakan.

………………………………….. (Persembahan)

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

ANUGERAH TOKOH

Sesuatu kejayaan itu tercapai apabila seseorang itu melakukan apa yang diingini dari mula saat
dia bangun pagi sehinggalah dia masuk tidur pada malam harinya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis
mempersilakan Tuan S.R. ROSIDI KUYUBIN, GURU BESAR CEMERLANG SK MALIAU
UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH tokoh kokurikulum,
kurikulum dan Tokoh Murid 2022. Dipersilakan

Penerima Anugerah Tokoh Kokurikulum Pra Sekolah

Dipersilakan adik

Azfrandymon Azmon

Seterusnya dipersilakan adik Joane Durby Jines

Penerima Tokoh Kokurikulum sekolah rendah

Dipersilakan penerima adik Desroreidie Abed

Seterusnya dipersilakan adik Farahdillah Jackson


Seterusnya Anugerah Tokoh Kurikulum

Dipersilakan penerima adik Nurul Alisha binti Abdullah

Seterusnya dipersilakan adik Nurfariesya Syaziah binti Rudy

TOKOH MURID

Dilahirkan pada 12 April 2010, menjawat jawatan sebagai seorang Ketua pengawas Pusat
Sumber. Bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan kurikulum dengan mengharumkan nama
sekolah dengan mewakili merentas desa sehingga ke peringkat Negeri. Menyertai pertandingan
sajak peringkat daerah dalam program HIP dan juga sempena kemerdekaan. Kepimpinan beliau
juga terserlah sepanjang tahun dalam apa jua aktiviti sekolah yang dilaksanakan seperti sukan
sekolah dan perkhemahan. Dengan ini Tokoh Murid SK Maliau pada tahun 2022 dianugerahkan
kepada Adik Eva Adrisha Jausi.

Terima kasih Guru Besar kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil .

SIJIL PARA PENYUMBANG & KHIDMAT BAKTI

Majlis kita teruskan lagi dengan penyampaian Sijil penghargaan kepada para penyumbang
sekolah dan sijil sumbangan dan khidmat bakti kepada pihak sekolah.

untuk itu majlis menjemput YDP PIBG SK MALIAU, Encik Johndrey Rambakon untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Dipersilakan penerima

Terima kasih YDP PIBG atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil .


ANUGERAH KHAS

Majlis Apresiasi diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput PENGERUSI KELAB STAF untuk menyampaikan Anugerah Khas kepada Guru
Besar SK Maliau yang telah memberikan banyak jasa kepada sekolah sebaik sahaja beliau
ditempatkan di sekolah ini. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)

Terima Kasih Cikgu Joel. Seterusnya dipersilakan sekali lagi Guru Besar untuk naik ke pentas
dan menyampaikan anugerah khas kepada semua staf.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Encik JOHNDREY Rambakon, YDP
PIBG SK Maliau, majlis menjemput Tuan S.R. ROSIDI KUYUBIN Guru Besar Cemerlang SK
MALIAU Untuk naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Terima kasih tuan guru besar atas penyampaian cenderahati itu tadi.

PERSEMBAHAN 4

Hadirin yang dihormati,Mengakhiri majlis kita pada hari ini kita akan menyaksikan persembahan
pemenang maliau idol adik Barbara livon untuk menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
Terima Kasih adik Barbara.

Selesai sudah Majlis Apresiasi pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah
berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan

Buat anak-anak semua

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendaklah dicari,

Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Akan datang kita berjumpa lagi

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai