Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Majlis Lambaian Kasih Santunan Mesra
Sekolah Kebangsaan Asahan
Tahun 2022

Perkara Catatan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

 Yang berusaha, En. Jamaludin bin Kasim, Guru Besar SK Asahan


Solutasi  Yang dihormati En. Agos bin Ulai, NYDP PIBG SK Asahan
 Pn. Normala binti Hj. Jalil, GPK Pentadbiran,
 En. Mohd Noor bin Md. Yusof, GPK HEM,
 Pn. Hjh Noraslina binti Md. Jidon, GPK Kokurikulum,
 Yang diraikan,
Pn. Rozidah binti Tomat
Pn. Masni binti Ayof
Pn. Juliawati binti Mohamad
 Guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, AJK PIBG dan murid-
murid SK Asahan.

Bersongkok bersampin segak berseri


Kata alu- Berbaju kurung anggun jelita
aluan Majlis Syawal Semarak Aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya

Berdayung sampan sampai ke Tanjung


Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, dapat kita berkumpul pada hari ini
untuk bersama-sama dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan
Majlis Lambaian Kasih Santunan Mesra SK Asahan bagi tahun 2022.
Majlis ini merupakan gabungan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah
dan juga majlis perpisahan guru-guru SK Asahan sebagai tanda
penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang
dirai atas komitmen yang tinggi, jasa dan penghargaan serta segala
khidmat bakti dan budi yang telah di berikan sepanjang berada di arena
pendidikan khususnya di SK Asahan.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Bacaan Doa Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan


al-fadzil  Ustaz  Yazid bin Ab Kader untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati.

Tayangan Pakaian dipakai cantik berseri,


Video Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video raya dan video perpisahan
yang telah dihasilkan oleh Cikgu Aishah dan Pn. Mazila Sama-sama kita
saksikan.

………………..………tayangan video………………………………

Pergi bermain ke Gramedia


Membaca buku sejarah bung Hatta
Perpisahan ini sangat tak disangka
Hingga kini kami menitiskan air mata.

Tayangan video raya yang sama kami para guru tonton sebelum raya,
tempat yang sama tetapi dengan emosi yang berbeza.
Hadirin sekalian,
Ucapan murid
Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid oleh adik

************* ucapan *****************

Terima kasih diucapkan kepada adik atas ucapan itu tadi.

Ucapan yang Bila tidak dikarenakan unggas - Kak Ju


dirai Tidaklah rusak padi di sawah
Jika tidak dikeranakan tugas
Tidaklah kita dapat berpisah

Hadirin sekalian,
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan yang akan
disampaikan oleh guru yang di rai. Oleh yang demikian, majlis dengan
segala hormatnya menjemput Pn. Juliawati binti Mohamad, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************* ucapan ***************

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Juliawati binti Mohamad atas ucapan
itu tadi.

Ayam rintik di tepi hutan


Terlihat dari pinggir telaga - Kak Masni
Nama yang baik lantas ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Lambaian Kasih nama diberi


Bikin merai teman bestari - Kak Idah
Anda sahabat yang kami kasihi
Telatah anda sentiasa diingati

Kain Berlipat Dari Istana


Ucapan YDP Buat Puteri Raja Kayangan
PIBG Secebis nasihat Insan Berguna
Secubit Budi jadi Kenangan

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Agos bin Ulai NYDP PIBG SK
Asahan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************* ucapan *******************

Terima kasih diucapkan kepada En. Agos bin Ulai atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Ucapan Guru bukan keris tanpa ulunya
Besar bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En. Jamaludin bin


Kasim untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************* ucapan *******************

Terima kasih diucapkan kepada En. Jamaludin bin Kasim atas ucapan itu
tadi.
Persembahan Kelopak biru dalam jambangan,
murid Delima merekah menambah seri;
Para tetamu hadirin budiman,
Majlis nan indah diteruskan lagi.

Hadirin sekalian,
majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi pantun oleh adik
Aisy Danial dan Qistina Izzati dari kelas3 Arif , Dipersilakan.
……………………………………………………………………………
Terima ksih diucapkan kepada adik Aisy Danial dan Qistina Izzati atas
persembahan itu tadi. Untuk makluman semua persembahan itu tadi
dibimbing oleh Ustazah Sirah Nasriah.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu dari murid
tahun 6 Arif. Dipersilakan.
…………………………………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 Arif dan guru
pembimbingnya teacher Mariah atas persembahan itu tadi. Semoga ianya
dapat menjadi kenangan yang tersemat dihati buat rakan guru yang dirai.

Penyampaian Hadirin sekalian, Cenderamata


hadiah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat yang dirai. Majlis - kekal
dengan ini menjemput dan mempersilakan yang dirai, cikgu Rozidah,
Cikgu Masni dan teacher Juliawati untuk naik ke pentas dengan diiringi Cenderahati
En. Jamaludin bin Kasim, Guru Besar SK Asahan. Dipersilakan.
- tidak kekal
Majlis dimulai dengan penyampaian cenderamata dari PIBG, untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan En, Agos bin Ulai, NYDP PIBG
untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan buat yang
dirai. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Agos atas kesudian memberikan


cenderamata kepada yang dirai.

Seterusnya, majlis mempersilakan……

Terima kasih buat yang dirai dan Tn. Guru Besar.


Penutup Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

tiba waktunya untuk menyusun jemari


membuang segala kerikil bersalut di hati
maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan ini indah
berbunga mesra dalam jambangan ingatan.

sekian sahaja ,salam hormat,


wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai