Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS LESTARI KASIH SANJUNGAN BUDI

PERKARA UCAPAN
PENGUMUMAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PERTAMA
(BERI
Mohon perhatian, saya minta jasa baik hadirin untuk senyap dan memastikan
PERINGATAN
telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan senyap. Majlis kita akan
KEPADA
bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih
HADIRIN)
Mengalu-alukan ketibaan
PENGUMUMAN
Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah dan dif-dif
KETIBAAN VIP,
kehormat serta tetamu jemputan ke perkarangan majlis.
DIF-DIF
KEHORMAT DAN
(VIP mengambil tempat duduk masing-masing)
TETAMU
JEMPUTAN.
Hadirin dipersilakan duduk.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang ke laut menjala udang,


Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
SALUTASI Dengan alunan madah yang indah.

ِ‫لَّ مِ مي‬
‫لَِّح مَ مِ ر‬
‫ل ر‬ ‫ْ مِ ر م‬
‫ِم ح‬

Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK


Sungai Rambai
Tuan Haji Azhari bin Jaafar, Mantan Pengetua SMK Sungai Rambai
Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran.
Puan Norini binti Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tuan Haji Nasaruddin bin Lah, Mantan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Harlizah binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
En. Azrol Nizad Bin Mail, Pengerusi Kelab Staf
Barisan guru kanan mata pelajaran, dan
Rakan-rakan guru yang dirahmati Allah sekalian

Lebat kembang bunga di laman,


Kuntuman kesumba dipetik dara;
Selamat datang tetamu budiman,
Izinkan hamba mulakan acara.

Tanam serai berumpun-rumpun,


Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklumlah dipanggil raja sehari.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada


UCAPAN ALU-
Allah SWT kerana dengan limpah, taufik dan keizinan-Nya dapatlah sama-
ALUAN
PENGACARA sama kita bersua pada petang yang indah ini dalam Majlis Lestari Kasih,
MAJLIS
Sanjungan Budi. Majlis pada hari ini merupakan majlis tahunan Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Rambai yang dikelolakan oleh Kelab Staf,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai. Semoga majlis pada
petang ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan daripada Yang
Maha Kuasa. Insya-Allah

Saya, Muhammad Firdaus bin Omar, pengacara majlis anda pada hari ini.
Sebenarnya, tidak lengkap majlis ini tanpa peneman saya disisi. Sudah saya
bergaya mengenakan busana pengantin kuning diraja, segak bertanjak,
berkeris di pinggang tetapi apakan daya, belum jodoh lagi untuk saya
mempunyai teman kata Yang Maha Esa. Maka, berdirilah saya keseorangan,
mengemudi majlis ini.

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
BACAAN DOA
Majlis kita insya-Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Ustaz Azmi
bin Md Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Aamiin Aamiin Aamiin YRA.


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azmi bin Md Yusof atas bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat,
Marilah sama-sama kita alihkan pandangan kita ke layar putih untuk
TAYANGAN menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Lestari Kasih, Sanjungan
MONTAJ
Budi.
Sama-sama kita saksikan.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
UCAPAN
PENGERUSI
KELAB STAF Majlis mempersilakan Yang Dihormati, En. Azrol Nizad Bin Mail, Pengerusi
SMKSR
Kelab Staf, SMK Sungai Rambai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En. Azrol Nizad Bin Mail,
Pengerusi Kelab Staf, SMK Sungai Rambai atas ucapan beliau sebentar tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

UCAPAN TUAN Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha,
PENGETUA En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan takzimnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai


bin Abdullah atas ucapan beliau sebentar tadi.
Diminta Tuan Pengetua untuk kekal berada di hadapan bagi sesi
penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada guru-guru SMK Sungai
Rambai.

Kita mulakan majlis dengan penyampaian sijil penghargaan. Sijil ini


merupakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru SMK
Sungai rambai atas sumbangan tenaga, fikiran, masa, wang ringgit dan
kerjasama yang mantap bagi merealisasikan kecemerlangan bidang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid sepanjang tahun 2022. Oleh itu,
PENYAMPAIAN majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, En.
SIJIL Azrol Nizad Bin Mail, Pengerusi Kelab Staf bagi mewakili warga pendidik
PENGHARGAAN SMK Sungai Rambai untuk menerima sijil penghargaan. Dipersilakan.
DAN HADIAH
Seterusnya,penyampaian hadiah sempena ___________________________
kepada Pn Uminaterah Binti Ramly dan En Badiozaman Bin Azman.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sempena menerima


cahaya mata pada tahun 2022. Dipersilakan En Mohd Hafiz Bin Jusoh dan
Puan Nor Shahida binti Misman

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian


menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan acara memotong kek.
Untuk itu, dipersilakan
1) Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah
2) Tuan Haji Nasaruddin bin Lah
3) Puan Hajah Mariam binti Salleh
4) Salsabila Tang Binti Abdullah
POTONG KEK 5) Cik Rafidah Binti Othman
6) Pn Uminaterah Binti Ramly
7) En Badiozaman Bin Azman dan
8) Rakan-rakan guru yang menyambut bulan kelahiran pada Disember ini
untuk menyempurnakan acara memotong kek. Dipersilakan

(Upacara memotong kek berlangsung)


Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Hadirin yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadahkan tangan


DOA MAKAN untuk membaca doa sebelum makan.

Hadirin dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan


Games - Clown
Cabutan bertuah pertama
Dijemput Tuan Haji Nasaruddin bin Lah, Mantan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum untuk mencabut nombor cabutan bertuah pertama.

Games - Clown
CABUTAN Cabutan bertuah kedua
BERTUAH Dijemput Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk mencabut nombor cabutan bertuah kedua

Games - Clown
Cabutan bertuah ketiga
Dijemput Tuan Haji Azhari bin Jaafar untuk mencabut nombor cabutan
bertuah ketiga
Majlis diteruskan lagi acara penyampaian hadiah bagi best dress. Dijemput
En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah untuk menyampaikan hadiah.
BEST DRESS 1) Perempuan : ________________________________________________
2) Lelaki : ________________________________________________
3) Pasangan : ________________________________________________
CABUTAN Seterusnya untuk grand prize kita pada hari ini.
BERTUAH 1) Emas - 0.25 gram : Nombor __________
GRAND PRIZE 2) Emas - 0.5 gram : Nombor __________
3) Emas - 1 gram : Nombor __________
4) Emas - 1/4 Dinar : Nombor __________
5) Emas - Loket emas : Nombor _________
Hadirin sekalian,

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga persahabatan tersimpul rapi.
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi.
PENUTUP
Saya selaku pengacara majlis anda ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan sebarang kekurangan dalam
majlis ini.

Tetapi sebelum itu,


Dari rokan ke indragiri,
Membawa tinta ke kuala linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Minggu hadapan kita bertugas lagi.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Wahidayah. Wassalamualaikum WBT
Majlis bersurai…

Anda mungkin juga menyukai