Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK,


SMK LAYANG-LAYANG KIRI

Pada :
22 JUN 2023

Tempat :
SMK LAYANG-LAYANG KIRI

Disediakan oleh :
PN. PUTERI AMIRA MOHAMMAD KHALIL
CIK SABRINA BINTI AHMAD DAUD

BIL AGENDA TINDAKAN


KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dato’ Mohd. Nizar Bin
TETAMU Haji Zakaria, ALUMNI SMKLLK, diiringi Encik Mazlan Bin
Abdul Fatah, Pengetua SMKLLK masuk ke dalam dewan. P

NYANYIAN *Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
LAGU Negaraku dan Lagu Negeri Perak.
P
*********nyanyian lagu **********
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Hadirin dipersialakn duduk

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh dan selamat sejahtera


kepada

Yang Berbahagia, Dato’ Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria,


UCAPAN ALUMNI SMKLLK, P

1
ALU-ALUAN
Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Daud Bin Zainuddin,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Perancang.

Yang Berusaha Encik Ahmad Jaafar Bin Mohamed Isa, YDP PIBG
SMKLLK,

Yang Berusaha, Encik Mazlan Bin Abdul Fatah, Pengetua SMK


Layang-Layang Kiri,
Encik Zulkifli Bin Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Noor Haslinda Binti Hud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Mulia, Tengku Baiziah Binti Tengku Dorman, Penolong Kanan
Kokurikulum,

para guru, para ibu bapa, para penerima anugerah serta hadirin hadirat
yang dirahmati Allah sekalian.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


 
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah
dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini.
 
Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari SMK Layang-Layang Kiri,
majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke MAJLIS HARI
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK
LAYANG-LAYANG KIRI BAGI 2023.

2
Hadirin yang dimuliakan, S

Tangan ditadah penuh inayah


BACAAN Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
DOA
Moga majlis senantiasa selamat

Untuk itu, dijemput adik Muhamad Adam Najmi B. Mohd Nasir


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

****DOA*****

Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada adik
Muhamad Adam Najmi B. Mohd Nasir atas pimpinan doa sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Mazlan


Bin Abdul Fatah, Pengetua SMK Layang-layang Kiri untuk
S
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya
UCAPAN
mempersilakan.
PENGETUA
************************(ucapan Pengetua)

Terima kasih kepada Encik Mazlan atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan P


doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan
seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa,
guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di

3
puncak gemilang.
 
UCAPAN Kalau Tuan pikat kenari
PERASMIAN Jangan patahkan batang jerami
Kepada Tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami,

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berbahagia, Dato’ Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria, Bekas
Pelajar SMKLLK, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK SMK LAYANG-LAYANG KIRI BAGI TAHUN
2023. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 
(Ucapan Perasmian)
 
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dato’ Mohd.


Nizar atas kesudian merasmikan majlis kami pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,


Marilah kita sama-sama memberikan tumpuan kita ke pentas bagi
menyaksikan sebuah persembahan NYANYIAN ZAPIN yang akan
disampaikan oleh adik NUR AIN BASYIRAH DAN NUR ALIA
PERSEMBAHAN MAISARAH. S
murid

*******************NYANYIAN *****************

4
Terima kasih atas nyanyian yang sungguh merdu dan sangat
memukau itu tadi. Untuk makluman semua, persembahan itu tadi
adalah di bawah bimbingan Cikgu Norliza binti Din.

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Encik Ahmad Jaafar Bin Mohamed Isa, YDP PIBG
SMKLLK, Yang diiringi oleh, Puan Hasina Binti Sekunder Ali,
Guru Kanan Bidang Kemanusiaan , bagi menyampaikan anugerah. P
PENYAMPAIAN Dipersilakan.
HADIAH

PEPERIKSAAN Dimulakan dengan PENCAPAIAN TERBAIK UJIAN AKHIR


AKHIR TAHUN TAHUN SESI AKADEMIK TAHUN 2022.

PENCAPAIAN Sebagai tanda terima kasih, di jemput Puan Hasina untuk


TERBAIK menyampaikan cenderamata kepada Encik Ahmad Jaafar.
MATA
PELAJARAN Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Jaafar dan Puan
SPM TAHUN Hasina atas penyampaian hadiah dan sijil sebentar itu tadi.
2022.

Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama saksikan satu persembahan istimewa, alunan
Ghasidah yang akan didendangkan oleh 14 orang pelajar yang
PERSEMBAHAN diketuai oleh adik Muhd Adam Najmi. S
GHASIDAH

5
**************PERFORM***********
Terima kasih atas persembahan yang sangat mengasyikkan dan
memukau itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis Anugerah kita pada hari ini diteruskan dengan penyampaian


ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN P
SPM TAHUN 2022.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Daud Bin Zainuddin,
ANUGERAH Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Unit
2: Perancang.
KHAS SPM Yang diiringi oleh, Yang Mulia, Tengku Baiziah Binti Tengku
MURID Dorman, Penolong Kanan Kokurikulum bagi menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.

********************
BACA LIST

Sebagai tanda terima kasih, di jemput Tengku Baiziah untuk


menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ahmad Daud Bin
Zainuddin,

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Daud Bin


Zainuddin,
dan Puan Tengku Baiziah, atas penyampaian sijil dan hadiah
sebentar itu tadi.

6
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan


Yang Berbahagia, Dato’ Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria, S
ALUMNI SMKLLK,
Yang diiringi oleh, Yang Berusaha Encik Mazlan Bin Abdul
Fatah, Pengetua SMK Layang-layang Kiri bagi menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.

Dimulakan dengan

1. GRED PURATA MATAPELAJARAN (GPMP)


TERBAIK SPM TAHUN 2022.
2. PENCAPAIAN TERBAIK SPM TAHUN 2022
3. PEMBERIAN ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
KEPADA GURU YANG TELAH MENYUMBANG
KEPADA 100 PERATUS PELAJAR YANG LAYAK
TOKOH
MENDAPAT SIJIL SPM BAGI TAHUN 2022.
AKADEMIK
****SEBUT NAMA GURU****

TOKOH
MURID
Hadirin yang dimuliakan,
Kini, tibalah ke acara kemuncak kita pada hari ini iaitu penyampaian
ANUGERAH KHAS SPM, TOKOH AKADEMIK 2022 dan
TOKOH MURID 2022.

Berikut akan dibacakan serba sedikit latar balakang dan pencapaian


pelajar ini.

7
ANUGERAH KHAS SPM, TOKOH AKADEMIK 2022
nama : Fatin nor amirah mohamad murad
bil. adik beradik : bongsu dari 4 beradik
tarikh lahir : 12.3.2005
hobi : membaca
cita-cita:pembantu perubatan

Seterusnya akan dibacakan serba sedikit latar belakang dan


pencapaian pelajar ini,

ANUGERAH KHAS SPM TOKOH MURID 2022,


Nama: Farid Amirul Haiziq bin Ramli
Tarikh lahir: 2 April 2005
Bil adik beradik: Anak keempat dari 4 adik beradik
Hobi: Bermain permainan video P
Cita-cita: Tentera Laut
Moto hidup: "be better than you were yesterday"

Warga dewan yang dihormati,


Kami, warga sekolah berbesar hati ingin menyampaikan cenderamata
tanda penghargaan kepada insan yang menjadi tonggak utama dalam
menggerakkan semua program peningkatan akademik sepanjang
tahun 2022 sehingga sekarang. Beliau Insan yang dimaksudkan
adalah Encik Zulkifli bin Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran
SMKLLK.

Sebagai tanda terima kasih, di jemput Yang Berusaha Encik


Mazlan Bin Abdul Fatah, untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia, Dato’ Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria,.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dato’ Mohd.

8
Nizar Bin Haji Zakaria, dan Yang Berusaha Encik Mazlan Bin
Abdul Fatah, atas penyampaian sijil dan hadiah sebentar itu tadi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

PENUTUP Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita telah tiba ke
penghujungnya. Kami bagi pihak jawatankuasa pelaksana
mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar dan
para guru yang menerima anugerah pada hari ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada para tetamu jemputan atas


kesudian menghadiri majlis ini. Semoga kejayaan ini menjadi
pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Kami dengan rasa rendah hatinya ingin berterima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan


yang terkurang itu datangnya daripada kami.

Sekian terima kasih, Assalamualaikum warahmatuallahi


wabarakatuh.

- Semua ibu bapa dan pelajar boleh mengambil bungkusan


makanan yang telah disediakan di bahagian belakang.
- Para vip,

9
10

Anda mungkin juga menyukai