Anda di halaman 1dari 5

TEKS MC PELANCARAN I LOVE RAMADHAN TAHUN 2023/ 1444H

Tema diberi barakahnya Ramadhan,

Bulan dituntut untuk berpuasa,

Selamat datang kami ucapkan,

Ucapan bismillah pembuka bicara.

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM

SEJAHTERA

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW serta para sahabat.

Ah lan wa sah lan wa marhaban bikum...

Ke majlis pencaran “ I Love Ramadhan” pada tahun

2023 bersamaan 1444 Hijrah peringkat SMK Majidi

Baru 2.
YANG BERUSAHA,
PUAN AINI BINTI
KAMAN PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU 2

YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ABDUL KARIM BIN
MASIRAN GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

PUAN KHALIZA BINTI ARBA’A


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PUAN AZIZAN BINTI ABDUL RAHMAN


GURU PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM

ENCIK MOHD AZMI BIN


MUNIJAT GURU PENOLONG
KANAN PETANG

KETUA - KETUA BIDANG


GURU BIMBINGAN DAN KAUSELING
BARISAN GURU
BARISAN PEMIMPIN PELAJAR SERTA PARA PELAJAR SEKALIAN

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah bicara.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Esa, kerana dalam kita bakal meniti bulan ramadhan yang penuh keberkatan,
dapat kita dipertemukan dalam Program Perasmian dan Pelancaran I Love
Ramadhan pada tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah
yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya
diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “ Hai orang
– orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
ke atas orang-orang sebelum ini agar kamu bertakwa.

Kalau pergi tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

HADIRIN YANG DIRAHMATII ALLAH SEKALIAN,


Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatya
menjemput saudara Mohd Syahin …… untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan.
AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Mohd Syahin atas bacaan
doa sebentar tadi.
Semoga usaha kita pada hari ini dipelihara dan dilimpahkan keberkatan oleh Allah
SWT.

HADIRIN SEKALIAN,
Para guru dan semua murid SMK Majidi Baru 2 yang dikasihi semua. Bagi
memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan saudara Mohd Farhan Bin Safari untuk meperdengarkan bacaan
ayat suci al-Quran.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Farhan atas bacaannya
sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ambang Ramadhan yang akan disampaikan
oleh Ustaz Khairul Abidin Bin Basir .
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairul Abidin Bin Basir atas
tazkirah yang amat bermakna sebentar tadi. Diharapkan para pelajar dapat
mengambil iktibar dan pengajaran seterrusnya menjadikannya sebagai amalan
dalam kehidupan kita.

Seterusnya, dengan penuh takzimnya , saya


Menjemput……………………………………
selaku…………………………………………
Sekolah menengah kebangsaan majidi baru 2 untuk menyampaikan ucapan beliau
seterusnya merasmikan program i love ramadhan , majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dipersilakan tn. Hj. Abdul Karim Bin Masiran mengiringi Pn Aini Bt Kaman bagi
menyempurnakan acara pelancaran “ I Love Ramadhan”.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Aini BT Kaman, pengetua smk
majidi baru 2 dan Tn. Hj. Abdul Karim Bin Masiran di atas perasmian tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas berkaitan program “ I Love
Ramadhan” tahun 2023/ 1444H yang dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan al-
Mubarak.
Dengan majlis menjemput ustazah wan zuriana selaku penyelaras Program “ I Love
Ramadhan” pada tahun ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah wan zuriana atas taklimat
sebentar tadi.

Para guru dan pelajar sekalian,


Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Denganberakhirnya, perasmian itu tadi, maka berakhirnya perasmian “ I Love


Ramadhan” 1444 Hijrah . Semoga semua program “ I Love Ramadhan” yang
dirancang berjalan dengan baik serta mendapat barakah dan keberkatan daripada
Allah Taala…..Amiin..

Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah
……….

Anda mungkin juga menyukai