Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KULIAH SUBUH 10/28/2020

KHAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. …

Yang berusaha Puan Hajah Noridah bt Haji Ramlan,


Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

Yang dimuliakan Ustaz Muhammad Luqman bin Makhtar


Penceramah kita pada hari ini

Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


rakan-rakan guru dan AKP, serta sahabat puteri muslimah SESERI
yang dikasihi Allah hendaknya.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum dan Selamat Datang,


bertemu kita lagi pada pagi nan indah lagi barakah ini untuk sama-
sama meraikan Hari Nuzul al-Quran yang terlalu istimewa ini
dengan pengisian kuliah subuh peringkat Sekolah Menengah Sains
Seri Puteri tahun 2021.

Telah ku terima surat-Mu


Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Menyelimuti seluruh hatiku
TEKS PENGACARA MAJLIS KULIAH SUBUH 10/28/2020
KHAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Telah ku terima surat-Mu


Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku

Petikan lirik lagu surat cinta merujuk kepada alQuran al Karim


yang dinyanyikan oleh kumpulan In team.
Hadirin sekalian,
Kita mulakan tirai Kuliah Subuh sempena Hari Nuzul al Quran
tahun 1442 Hijrah Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dengan
Ummul Kitab, al-Fatihah.
Amin ya rabbal ‘Alamin.

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian


Pengisian jiwa dan rohani 1442 hijrah kita mulakan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tiada makanan jiwanya

Sesungguhnya kita rasa amat bersyukur dan bertuah kerana


bersama-sama kita pada pagi ini merupakan penceramah yang
TEKS PENGACARA MAJLIS KULIAH SUBUH 10/28/2020
KHAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

cukup berpengalaman dan ahlinya dalam bidang al-Quran. Ustaz


Muhammad Luqman bin Makhtar merupakan penulis buku
sepenuh masa dimana sehingga kini telah menulis 16 buah buku
yang sangat menarik. Antara karya beliau termasuklah, x-plorasi
surah-surah al Quran, x-plorasi Yasin, x-plorasi al-Baqarah dan
banyak x-plorasi yang lain. Buku asam garam rumahtangga nabi
siri 1,2, dan 3 dan buku al-Quran yang belum kita baca antara
hasil buah tangan terbaharu daripada Ustaz. Beliau merupakan
mantan Ketua Editor Majalah Solusi. Begitulah sedikit sebanyak
latar belakang penceramah kita pada hari ini.

Dengan itu, majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Muhammad


Luqman bin Makhtar untuk menyampaikan ceramah dan
perkongsiannya yang bertajuk ‘Indahnya berbicara tentang
Kalam-Mu’
_________________CERAMAH____________________________
Subhanallah, suatu pengisian yang sarat dengan ilmu yang sangat
berguna. Tiada apa yang diharapkan mudah-mudahan ianya
mampu mencambah kenal dan cinta kita kepada Kalam Allah, al-
Quran al Karim yang merupakan panduan utama dan pertama
buat seluruh umat Islam
.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada Ustaz
Muhammad Luqman bin Makhtar atas perkongsian ilmu yang
sangat membekas kepada kami puteri-puteri SESERI dan seluruh
warganya.
TEKS PENGACARA MAJLIS KULIAH SUBUH 10/28/2020
KHAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Kami daripada pihak pengelola majlis memohon ribuan kemaafan


atas segala khilaf yang berlaku. Sekali lagi jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada barisan pentadbir, , guru-guru, para AKP
dan tidak lupa sahbat puteri-puteri SESERI atas kesudian berada
dalam majlis ilmu ini.

Kita tutup majlis kita hari ini dengan tasbih kifarah dan Surah al-
Asr.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, saya tutup dengan kalimah mulia
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi
wa barakatuh

Anda mungkin juga menyukai